Follow Dashboard
Tokens?

You're Mine! No One Else! - 2
Tuesday, 29 May 2012 | 06:59 | 2 Komen Penguat
BAB 2





AKU memandu kereta Harrier putihku yang dihadiahkan oleh ayah dengan laju. Kalau aku bawa kereta tak sah orang cakap macam pelesit! Bukan apa.. Satu, aku dah terbiasa. Dua, aku kalau dah lambat memang redah jela.. Macam ni la aku pagi-pagi. Everyday  mesti bangun lambat. Dan everyday  tu jugak la aku bawa kereta macam pelesit. Hehehe.. Ketiga, aku rasa heaven kalau aku bawa kereta laju-laju. Rasa macam perasaan marah aku hilang.

Aku membelokkan keretaku di hadapan rumah banglo empat tingkat. Aku memberhentikan kereta di tepi jalan dan keluar dari kereta.

Aku memegang beg tangan Louis Vuitton yang dibeli oleh ibuku di Paris semasa melancong bersama ayah. Aku melangkah tenang ke arah pintu pagar yang tinggi dan berukir cantik lalu aku menekan butang loceng di tepi pintu pagar tersebut.

Pintu pagar terbuka luas. Aku masuk ke dalam sambil memberi senyuman kepada Pak Rudy merangkap pengawal keselamatan rumah itu.

“Assalamualaikum Mak Wan.. Mama kat mana?” Tanyaku sopan sambil memberi senyuman kepadanya.

“Waalaikumussalam.. Cik Mizan.. Ada dekat laman. Sekejap ye Mak Wan panggil.” Jawab Mak Wan gembira. Aku dan Mak Wan memang baik. Tapi, aku tak suka jugak dia panggil aku dengan panggilan ‘cik’ tadi. Malu! Dah banyak kali jugak dia panggil aku macam tu. Hari ni aku akan pastikan Mak Wan tak panggil aku ‘cik’ lagi!

“Ehh, tak pe. Tak pe.. Saya pergi laman sana. Mak Wan.. Lagi satu, tak perlulah panggil saya ‘cik’. Saya kurang  selesa lah. Pembantu rumah saya panggil saya Mizan je.. Tak perlu cik ye Mak Wan? Boleh?” Aku memegang tangannya.

Mak Wan tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

“Okey! Saya pergi dulu ye. Bye Mak Wan..” Aku melambaikan tangan lalu pergi dari situ dan menuju ke arah laman.

Sampai saja aku di laman, aku nampak Datin Qaisurina dan Tengku Raziqah Insyirah sedang berbual di atas pangkin yang berukir cantik. Kelihatan muka Tengku Raziqah Insyirah terkejut. Aku mula pelik. Aku terus mendekati mereka untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

Aku berjalan perlahan-lahan ke arah pangkin yang membelakangi aku. Kedengaran suara Datin Qaisurina. “Iqa jangan bagitau kak Mizan tau. Ini rahsia. Kalau mama tau, siap Iqa.” Aku mengerutkan kening. Apesal nama aku naik pulak ni? Rahsia apa ni?

Tengku Raziqah mengangguk-anggukkan kepala. “Mama jangan risau.. Iqa takkan bagitau….” Tengku Raziqah berhenti bercakap setelah ternampak aku mendekati mereka.

“Eh! Kak Mizan! Bila sampai? Meh duk sini.” Tengku Raziqah terus turun dari pangkin lalu memeluk lenganku dengan erat. Aku tersenyum senang melihat telatahnya. Dengan mukanya ala-ala Pan-Asian, tinggi lampai, mata bundar.. Senang cerita dia ni cute + cantik. Aku suka tengok dia. Tu lah abang-abang dia pun handsome-handsome!

“Baru je..” Aku mengekori dia menuju ke pangkin. Sampai saja di sana aku terus menyium tangan Datin Qaisurina.

“Laa.. Dah datang dah anak mama ni. Meh duk sini.” Datin Qaisurina memberi ruang kepadaku untuk duduk. Aku duduk di sebelahnya manakala Tengku Raziqah duduk di sebelahku sambil bermain-main dengan jariku.

“Mama.. Tadi Mizan ade dengar something.” Aku terus berterus-terang apa yang aku telah dengar tadi.

“Ermm.. Dengar apa?” Datin Qaisurina kelihatan tenang.

“Rahsia apa yang mama dan Iqa cuba sorokkan dari Mizan? Tadi Mizan dengar..” Aku mengerutkan kening.

“Err.. Aaa.. Hmm..” Datin Qaisurina menggelabah.

“Aaa.. Ma, nampaknya tak boleh sorok dah perkara ni.” Tengku Raziqah menyampuk tiba-tiba. Selepas Datin Qaisurina mendengar kata-kata Tengku Raziqah serta merta muka dia pucat.

“Kak.. Mama ingat nak ajak kita pergi jalan-jalan kat Korea.. Nak shopping-shopping. Nak ikut?” Tengku Raziqah laju menuturkan ayat itu. Aku tersenyum lega. Ingatkan apa tadi.. Rupa-rupanya nak pergi melancong.

“Laa.. Ingatkan apa. Nak pergi melancong pun nak rahsia-rahsia ke mama?” Tanyaku kepada Datin Qaisurina. Mukanya kembali ceria.

“Eh! Tak de lah. Takut Mizan tak nak ikut je nanti. Tulah mama nak surprisekan Mizan.. Nak ikut tak?” Tanya Datin Qaisurina sambil tersenyum ke arah ku.

Sure lah nak ikut mama.. Mizan memang suka melancong! Hehehe..” Aku tersengih menunjukkan gigiku yang putih bersih.

“Bagus lah macam tu!” Tengku Raziqah pula bersuara.

“Tapi, bila mama?” Aku bertanya lagi.

“Belum tahu lagi.. Tapi, memang nak pergi Korea lah..” Balas Datin Qaisurina.

Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum.

“Lagi satu mama nak mintak tolong dengan Mizan ni..” Datin Qaisurina menggenggam jari jemariku.

“Apa mama? Semua Mizan sanggup buat untuk mama? Hmm?”

“Mizan dah tau kan Abang Rashid dah habis buat master dekat London kan?” Datin Qaisurina bertanya kepadaku dengan tenang.

Huh! Nama bapak setan tu pulak! Aku terus menganggukkan kepalaku tanpa mengetahui apa yang tersirat dalam perkataan yang diucapkan oleh Datin Qaisurina.

Weekend  ni dia balik.” Apa pulak lah mama nak cakap sekerat-sekerat ni? Cakap jelah terus. Aku menyampah kalau orang cakap sekerat-sekerat ni. Huh! Sabar Mizan.. Sabar..

“Jadi?”

“Mama nak Mizan ambil dia dekat KLIA boleh?”

Mukaku terus berubah serta merta. WHAT??!! Ambik bapak setan tu?!

“Aaaa.. Mama tak boleh ambil ke? Bukan apa.. Mizan ad…” Kata-kataku dipotong laju oleh Datin Qaisurina.

“Please Mizan.. Mama esok ada seminar kat PD sampai hari ahad.. Boleh eh?” Datin Qaisurina memandangku dengan penuh berharap.

“Iqa ada program dekat kampus.” Tengku Raziqah terus bersuara. Huh! Mesti nak lepaskan diri la nih!

“Ikmal kan ada..?” Aku terus membuat dalih lagi.

“Ya Allah! Ikmal kan kat luar negara? Mizan lupa ya?” Datin Qaisurina memandang aku dengan kerutan di dahi.

Ehh, macam mane aku boleh lupa! Ikmal tu sebaya dengan aku. Haiyaaa.. Aku tepuk dahi!

Sorry ma.. Mizan lupa lah.. Hehe.” Aku tersengih-sengih.

Datin Qaisurina menggelengkan kepalanya.

“Mizan.. Boleh ya? Hmm? Boleh eh?”Datin Qaisurina memandangku dengan penuh berharap.

Aduhai.. Kenapalah nasib aku macam ni?! Kenapa aku yang kena ambil bapak setan tu?! Aku memandang wajah Datin Qaisurina sekali lagi. Matanya penuh berharap. Tak lain tak bukan..

“Okey ma.. Esok Mizan pergi.” Dengan penuh keterpaksaan aku meluahkannya.

Muka Datin Qaisurina bersinar-sinar. Dia terus memelukku. “Thank you sayang! Thank you very much!” Ucapnya dengan gembira.

Aku menganggukkan kepala. Macam tu lah.. Bila aku tengok dia buat muka kesian.. Merengek.. Tak sampai hati aku nak melukakan hatinya. Dia seperti ibuku. Tak sanggup aku nak buat hajatnya tidak kesampaian.

SELEPAS minum petang di rumah Datin Qaisurina, aku terus meminta diri untuk pulang. Di fikiranku tak habis-habis berfikir tentang ‘bapak setan’ iaitu makhluk yang paling aku benci dan menyampah! Kenanganku bersamanya bagaikan keset diulang kembali.

“WOI! Kau ke yang letak pinggan ni?” Aku menjerit nyaring.

“Haah! Aku yang letak! Ape masalah kau?” Rashid membalas semula kata-kataku.

“Owhh, ni semua kerja kau la! Aku nak kau kutip balik pinggan tu, kau letak dalam besen! S E K A R A N G !” Aku menempik kuat ke arah Rashid tanpa mempedulikan orang di sekeliling.

“Hek elehhh. Tu pun kau nak berkira ke? Angkat pinggan orang yang kau suka, yang kau minat pun tak nak ke? Bangga tu woi!” Satu kantin sudah bising. Aku terkejut. Macam mana dia boleh tahu?!

“Woi bro! Aku tak mainlah nak suka kau muka macam jamban tak siap ni! Aku lagi rela suka kat mamat bangla daripada kau tau tak?! Dah la kau! Perasan gila!” Aku membalas. Satu kantin sudah bising dengan gelak ketawa. Aku tersenyum sinis.

“Woi minah gemuk! Kau sedar sikit boleh tak? Kau tu tahlah gemuk! Perasan mamat bangla tu nak suka kau! Woi! Mamat bangla mane nak suka budak gemuk macam kau?! Perasan woooo!!’ Rashid memulang paku keras kepada aku.

“Brooooo, at least aku ni gemuk, aku ade la jugak perasaan simpati, perasaan kasih sayang sesama manusia! Bukan macam kau, muke handsome, hati kau sebijik macam taik! BUSUK! Pergi matilah kau!”

“Owhh, sedar jugak kau aku ni handsome kan? Ingat tak nampak kehenseman aku ni.” Rashid tersenyum senget. Cheh! Ingat handsome sangat ah tu! Pirahhhh!

“Chehh! Woi! Muke handsome, hati macam taik pon tak gune la wei! Perasan doh mamat ni aku syok kat die! Woi! Mane kau tau aku minat kat kau ke tak ni?! Gila perasan kot!!” Aku menjerit geram ke arah dia.

“Chehhh! Tak nak mengaku doh budak ni! Wei! Kau ingat aku tak tau ke kau tu dah lame syok kat aku kan! Cume kau takut kena reject  je dengan aku! Yelah, kau kan gemuk! Mane setanding dengan aku!”

“Pehhh! Boleh tak kau tak payah perasan semangkuk tiga tingkat tu?! Aku tak pernah minat dekat orang yang hati dia busuk la! Tak pernah! Dan tak mungkin! Stop la perasan doh!” Aku cuba menutup segala rahsia aku dengan berkata begitu. Sekarang aku, never ever love him anymore! Hati busuk!

“Elehh, nak cover line ah tu! Tak payah la wei! Aku tetap benci kau! Benci sebenci-bencinya!”

“Owhh, kau ingat kau sorang?! Aku lagi berganda benci kat kau! Benci teramat! Sampai ke tulang hitam! Sampai mati aku benci kau!” Aku kunci rapat-rapat diri aku dengan kata-kata itu. Sampai mati aku benci diaaaaa!

“Hah! Elok la tu! Tak de la aku ade peminat budak gemuk lagi dah! Eiii!! Geli kau tau tak!” Kata Rashid sambil membuat reaksi geli-geliman.

Aku tergelak sinis. “Watch out with your words muke jamban tak siap!” Aku melangkah pergi bersama kawan-kawannya dengan perasaan yang sebal.

Aku dan kawan-kawan berhenti di sebuah pondok di belakang sekolah.

“Wowowowowowowowo!” Cassandra tiba-tiba menggelabah.

“Apesal kau ni? Tetibe wowowo. Panjang pulak tu!” Aku memandang wajah Cassandra dengan penuh dengan kerutan di dahi.

Wait the moment! Errr, bukan ke die kekasih pujaan hati kau? Kenapa jadi macam tu?” Cassandra pula mengerutkan keningnya.

Now, it’s OVER! He is my enemy! I really really really hate him! Very much!” Aku mengetap gigi tanda geram.

AKU masih lagi ingat perdebatan aku antara dia di kantin sekolah semasa aku di tingkatan 5. Dahulu memang aku suka dekat dia. Lepas dia menggores aku dengan kata-kata dia yang sangat tajam bagaikan belati yang baru diasah, aku benci dia seumur hidup aku! Aku benci dia!

Disebabkan kata-katanya dulu lah aku kuruskan badan. Aku nak tunjukkan yang aku tak ada kelemahan. Aku nak kelihatan hebat dan tidak ada siapa yang boleh lawan aku. Termasuklah dia. Aku benci dia!

Perasaan menyesal datang menyerbuku. Menyesal kerana telah bersetuju dengan mama untuk mengambil dia di KLIA. Entah macam mana muka dia pun aku tak tahu. Dah 6 tahun aku tidak bersemuka dengannya. Perasaan ingin tahu untuk melihat wajahnya membuak-buak. Tak pe Mizan.. Esok kau dah boleh tengok dia. Tapi, boleh ke aku berhadapan dengan dia? Dia benci aku dan aku benci dia! Arghh! Serabut!
Aku terus mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air. Mandi lagi bagus! Sejukkan hati dan badan aku yang sememangnya panas bila teringatkan bapak setan tu!

- :D -


Old things | New things