You're Mine! No One Else! - 5
Monday, 3 September 2012 | 01:26 | 22 Komen Penguat
BAB 5
AKU jalan beriringan dengan Rashid memasuki Pasar raya Tesco. Rashid menolak troli dan aku mencari barang-barang yang ada dalam list.
Aku menuju ke bahagian belakang, tempat membeli barang basah. Aku ambil aje ikan yang ibu pernah beli. Semua aku letakkan dalam troli. Rashid pula tolong hantar ke mesin penimbang. Kalau tak cukup ibu pandai-pandailah tambah. Hehehe..
Selepas itu, aku menyuruh Rashid mengangkat seguni bawang merah, seguni bawang putih dan seguni kentang. Dia mengikut saja.
“Lepas ni kena beli maggi, telur, tom yam paste, gula, garam, lada hitam, sos tiram, sos, kicap, kordial air, sup bunjut, susu, Koko Krunch….” Belum sempat aku hendak sambung, Rashid memotong.
“Honey Star? Pencuci muka kau? Berus gigi? Ubat gigi? Haihh, budak ni! Asal boleh kau nak baca semua dalam list tu kan? Sayur? Kau tak beli?” Rashid menjegilkan matanya ke arahku.
Aku tersenyum selepas itu aku tergelak terbahak-bahak. Semua orang di sekeliling aku memandang. Ahh! Aku kisah ape?! Dah bapak setan ni buat lawak! Hahaha!
“Woi! Semua pandang ah!” Rashid berbisik di telingaku.
Aku masih ketawa. Sampai air mataku keluar. Aduhaii.. Ape la bapak setan ni suka membebel! Bebelan dia pulak kelakar! Macam manalah aku boleh tahan. Hahaha!
Tengah galak ketawa, tiba-tiba Rashid menutup mulutku dengan tangannya sendiri. Automatik aku berhenti ketawa.
“Woi! Ape sentuh-sentuh ni?! Aku cepuk kau karang, baru tau?!” Aku membulatkan mataku sambil mengangkat tangan seakan-akan hendak memukul dia.
“Dah kau tu gelak macam orang gila! Semua orang pandang! Malu aku tau tak?!” Rashid menjegilkan matanya lagi. Kali ini dia mendekatkan wajahnya ke wajah aku.
“Haishhh!” Aku terus berjalan meninggalkan dia di belakang.
Aku mencapai semua barang yang berada di rak. Aku langsung tak memandang apa barang yang aku capai.
“Kau nak borong satu kedai ke apa ni?!” Kata-kata Rashid menyedarkan aku. Aku memandang troli di belakang aku. Habis semua barang aku sumbat! Aku menggaru-garukan kepala aku yang tak gatal.
“Aaaa… Kau punya salahlah ni! Hish!” Aku terus letakkan balik barang-barang yang tidak diperlukan.
“Aku pulak?!” Rashid menunjukkan jari telunjuknya ke muka dia.
“Shut! Tolong aku letak balik.”
“Eiii kau ni kan!”
Rashid membantu aku meletakkan balik barang-barang yang tak diperlukan.
“Eh, Mizan!” Tiba-tiba ada seorang lelaki menegurku. Aku menoleh ke belakang.
“Faqhrul! Buat apa kat sini?” Aku terus tersenyum melihat dia.
“Teman mak saya beli barang. Awak pulak?” Faqhrul bertanya kepadaku dengan muka yang manis dengan senyuman.
Aku menoleh sekilas ke arah Rashid. Dia memandang aku dengan tajam. Huh! Pandang aku pun dah macam bapak setan!
“Beli barang dapur. Mak saya suruh.”
“Ohh.. Eh! Bukan ke tu lelaki kat rumah awak hari tu?” Faqhrul memandang Rashid sekilas sebelum dia memandang aku.
“Haah. Ibu saya suruh dia ikut saya sekali. Kejap eh.. Rashid.. Kenalkan, ni Faqhrul. Faqhrul, ni Rashid.”
Faqhrul mengangkat tangannya hendak bersalam. Rashid membalas acuh tak acuh dengan muka yang mencuka.
“Rashid ni umur dia 25 tahun.” Aku memberitahu Faqhrul sambil memandang Rashid sekilas.
“Ohh, abang la ni?”
“Haah. Ermm, Faqhrul, saya rasa saya nak pergi dululah. Nanti tak sempat pulak.” Aku mempamitkan diri selepas tengok muka Rashid masih lagi masam. Masamnya macam jeruk perkasam! Buruk benor!
“Okey okey! Saya pun nak pergi dah ni! Bye!”
“Okey, bye!”
Rashid terus berjalan meninggalkan aku di belakang. Elehh, mengada betullah mamat ni!
Aku berlari anak mengejar dia di depan. Bila sampai di sebelahnya, “Kau jealous eh?” Aku tersenyum sinis sambil memandang mukanya.
Muka Rashid seperti terkejut. “Eh.. Mane.. Mane ade! Tolonglah! Nak jealous dengan kau?! Ape barang!” Dia membalas kata-kataku sambil menjeling.
“Elehh, tak mengaku!” Aku mencibirkan bibirku.
“Woi! Buat ape aku nak jealous! Aku dah ade makwe lah!”
“Ohh, really? Prove it! Aku nak tengok!” Aku menjegilkan mataku ke arahnya.
“Okey! No problem! Kalau kau dah tengok, jangan menganga!” Rashid menjelirkan lidahnya.
“Okey!” Aku memandang dia dengan kening yang terjongket.
Aku terus mengambil barang-barang yang perlu dibeli. Setelah itu aku dan Rashid bersama-sama melangkah ke kaunter bayaran.
“RM 540. 75.” Aku terus mengeluarkan kad kredit di dalam beg tanganku. Tapi, belum sempat aku memberi, Rashid telah menghulurkan kad kreditnya.
“Kau bayar nape?” Aku berbisik di telinga Rashid.
“Suka hati aku lah!” Tanpa mempedulikan aku, dia tanda tangan di atas resit dan terus berlalu dari situ.
Hish, mamat ni! Aku terus berlari mengejarnya. Eii!! Laju betul dia jalan! Macam kaki gergasi!
“ASSALAMUALAIKUM..” Aku terus masuk ke dalam villa.
“Waalaikumussalam.. Haa, balik pun! Lama betul kiteorang tunggu! Dating ke?” Tengku Raziqah muncul di depan pintu dapur.
“Aikk, Iqa pun ade? Tak tau pun..” Aku melangkah mendekatinya.
“Pagi tadi dah ade dah. Kak Mizan je yang tak perasan..” Dia mencium tanganku.
“Ohh.. yeke? Tak pe lah, jom masak. Hari ni nak masak ape?”
“Ayam masak cili padi, tom yam, kari ikan, sambal udang…” Aku memotong cakap Tengku Raziqah.
“Amboiii.. Banyaknya! Nak buat kenduri ke?”
“Hahaha.. Main-main jelah kak..” Tengku Raziqah memeluk pinggangku sambil tergelak. Aku tersenyum melihatnya.
“Dah, jom!” Aku menarik tangannya masuk ke dapur.
BANYAK juga lauk yang tersedia atas meja. Ada Ayam masak cili padi, tom yam, laksa, air soya dicampur dengan cincau,yummy! Sedapnya! Ada lagi satu hidangan yang aku paling suka, puding karamel yang dibuat oleh Mak Midah! Kalau Mak Midah buat puding karamel ni, memang aku takkan lepaskan peluang untuk habiskan. Sedap gila! Yummy! Super delicious!
Aku duduk di atas kerusi sambil tanganku mencapai puding karamel. Tiba-tiba ada seseorang mengetuk tanganku dari belakang.
“Ouch!” Aku terus memandang orang yang telah mengetuk tanganku. Ibu!
“Eii! Makan tak sabar-sabar! Pergi panggil ayah, abang Rashid dengan abang Haidi dekat depan sana.” Arah ibu dengan tegas.
Aku membuat muka monyok. Baru nak ambik puding tu!
Aku melangkah ke ruang tamu dengan penuh keterpaksaan. “Ayah.. Abang Rashid.. Abang Haidi.. Sila makan. Dah siap.” Aku memanggil mereka yang sedang rancak berbual di ruang tamu.
“Haa, okey, okey. Kejap lagi kiteorang datang.” Balas ayahku.
Aku menganggukkan kepala dan terus ke dining room.
“Dah panggil?” Tanya ibu.
“Dah..” Tanpa berlengah lagi, aku terus mencapai puding itu dengan pantas. Ibu tidak dapat menghalang aku.
“Yeahh! Dapat jugak!” Aku tersenyum lebar dan terus berlari ke dapur.
“Haishh budak ni! Macam tulah bila dapat makanan.. Langsung.. Bla bla bla.. ” Aku tersengih mendengar ibu membebel di hadapan.
“Kak, jomlah makan.” Tengku Raziqah menegurku di belakang. Dia sedang membawa beberapa pinggan. Aku terus menghabiskan pudingku dan menolongnya menganggkat pinggan-pinggan tersebut.
“Jom!” Aku berjalan dan dia mengikut di belakangku.
Aku letak satu per satu pinggan di atas meja. Selesai membuat kerja itu, ayah dan Rashid sudah tercegat di depan meja makan.
“Jemput makan, abang, Rashid, Iqa..” Panggil ibu.
Masing-masing duduk di tempat yang kosong. Ayah duduk di tempat ‘king’. Ibu duduk di bahagian kiri meja, masih sebelah ayah. Iqa duduk di sebelah ibu dan Rashid duduk bertentangan dengan ibu. Along dan Abang Haidi ‘belum jumpa jalan dining room’ lagi. Aku berkira-kira hendak duduk di sebelah Tengku Raziqah.
Tetapi……
“Adik, duduk sebelah Rashid sana.” Ibu bersuara tenang. Tetapi ayatnya lebih kepada arahan.
“Tak moh. Adik nak duduk sebelah Iqa.” Aku berlari hendak mengambil tempat di sebelah Iqa. Tiba-tiba along duduk di sana. Aduh!
“Along! Adik duk sana!” Aku memarahi along.
“Mane leh! Along dah dapat dulu!” Along menjelirkan lidahnya. Eii! Tak padan dengan perangai orang mengandung betul!
“Pergi duduk sana!” Ibu menjegilkan matanya ke arahku. Aku masih berdegil dengan menggeleng-gelengkan kepalaku.
“Tak nak makan sudah!” Ibu mencibirkan mulutnya.
Aku memuncungkan bibirku sambil duduk di antara abang Haidi dan bapak setan tu! Kelihatan bapak setan tu tersenyum senget. Aku terus memijak kakinya di bawah meja.
“Awww!!” Rashid menjerit kesakitan. Padan muka kau!
“Eh! Kenapa ni Rashid?” Ayah memegang sebelah bahunya.
Dia memandang aku. “Takde pape ayah.. kaki ni.. sakit sikit.” Rashid tersengih sambil memicit-micit kakinya.
Hahahaha! Alasan tah pape tah! Aku menahan tawa di dalam hati supaya tak meletus. Hanya senyuman saja yang aku keluarkan.
Ayah menganggukkan kepalanya. “Baik-baik sikit.” Kata ayah lagi. Dia menganggukkan kepala.
Selepas itu dia memandang aku dengan tajam sambil berkata sesuatu tanpa mengeluarkan suara.
“Siap kau! Lepas ni kau kena!” Mulutnya terkumat-kamit bercakap tanpa mengeluarkan suara.
Aku hanya menjelirkan lidah. “Aku kesah apa?!” Aku membalas semula kata-katanya tanpa mengeluarkan suara juga.
“Apa yang kamu dua orang terkumat-kamit ni?” Ibu menegurku dengan bapak setan tu.
“Aaa.. err..Tak de pape bu.. Abang Rashid cakap dia nak masak ramai-ramai bila kenduri perkahwinan nanti.” Spontan ayat itu keluar dari mulutku.
Ibu tersenyum-senyum memandang aku. “Ohh, kalau macam tu boleh je.. Tak payah risau.. Ibu dah bincang dengan mama Rashid dah. Memang nak masak ramai-ramai. Janganlah risau.” Kata ibu sambil senyumannya tidak lekang-lekang dari bibir.
Aku memandang Rashid. Rashid pun senyum. Tapi aku nampak senyuman dia macam sinis je.
Aku memutarkan ayat yang aku dah cakap tadi di kepala otak aku. Ya Allah! Nampak macam aku boleh terima perkahwinan ni! Oh nooo! Aku menekup mulutku dengan sebelah tangan.
“Adik dah kenyang! Bye!” Aku terus berlari naik ke bilikku.
Panggilan ibu langsung aku tak hirau lagi. Cisss! Aku tak nak lah!
-Kalau suka, like dan komen ye! ;D-