Follow Dashboard
Tokens?

You're Mine! No One Else! - 13, 14
Saturday, 1 December 2012 | 19:52 | 18 Komen Penguat

BAB 13



AKU berjalan bersama-sama Suraya menuju ke lif. Dah pukul sepuluh malam. Patutlah mata aku mengantuk semacam.

Excuse me?” Seorang perempuan memakai baju kerja lengkap tiba-tiba menegur kami.

Yes?” Aku tersenyum memandangnya.

“Boleh saya bercakap dengan Cik Suraya sekejap?” Aku memandang Suraya. Suraya pun memandang aku. Aku tertanya-tanya. Macam mana perempuan ni boleh kenal Suraya?

“Suraya nak?” Aku bertanya kepada Suraya dengan dahi berkerut.

“Untuk apa?” Suraya bertanya kepada perempuan itu.

“Ada hal sikit yang perlu saya cakapkan pada Cik Suraya.” Suraya menganggukkan kepalanya. Perempuan itu membawa Suraya jauh daripada aku. Aku hanya boleh melihat mereka dari jauh.

Kenapa dia nak cari Suraya pulak? Hish.. Pelik, pelik..

Aku memeluk tubuh sambil bersandar di tepi tembok. Aku tengok perempuan itu tengah menulis sesuatu di atas kertas. Suraya pula sedang bercakap. Aku menguap. Ahh.. Mengantuknya!

“Kalau ngantuk pergi tidur!” Suara lelaki di belakangku telah mengejutkan aku.

“Ahhh!” Aku terjerit kecil. Sekarang aku terdengar dia ketawa pula. Aku menoleh ke belakang. Laa, orang asing ni?!

“Kalau ngantuk pergilah tidur..” Sekali lagi dia mengulang ayat yang sama. Tetapi kali ini lebih lembut nadanya.

“Aku tunggu Suraya kejap..” Aku memandang depan semula.

“Ohhh.. Okeylah, aku pergi dulu. Bye. Good night!” Dia melangkah meninggalkan aku. Aku melihat gaya jalannya semasa dia melangkah. Hmm.. Sasa, tegap, tinggi.. Not bad.. Aku mengangguk-angguk sendiri.

Suraya aku lihat seperti dia mendekati aku. Okey, memang dia mendekati aku pun.

“Jom, kak. Ngantuk dah.” Dia menarik lenganku.

“Dia tanya apa?” Aku bertanya padanya.

“Tak ada apa-apa.. Dah lah kak.. Tak payah kisah sangat.. Jom! Saya dah ngantuk gila dah ni!” Suraya menarik lenganku menuju ke lif. Aku menjongketkan bahu. Dah Suraya cakap macam tu, aku pun kisah apa..


BAB 14



AKU memandang jam di dinding. Pukul tujuh pagi. Nasiblah aku off minggu ni. Kalau tak memang dah tertinggal subuh dah ni. Aku perlahan-lahan bangun dari katil sambil menggosok-gosok mata. Aku lihat katil Suraya sudah kosong. Terdengar shower ditutup. Suraya baru habis mandi agaknya..

Aku mencapai telefon bimbitku. Aku onkan. Wowww! First time aku tengok missed call banyak ni. 1134! Gila lah! Padahal baru tiga hari aku duduk sini. Aku offkan balik telefonku. Aku membaringkan semula tubuhku  di atas katil. Rasa malas dan mengantuk.

Belum sempat aku hendak terlena semula, aku dikejutkan dengan suara Suraya yang riuh memanggil aku.

“Akak!! Bangun! Bangun! Dah pagi! Kata nak keluar hari ni!” Seperti siren yang memekik-mekik Suraya membangunkan aku. Macam langau pun ada jugak! Aku tersengih sendiri.

“Akak!! Bangun!!!” Pekik dia sekali lagi. Bunyi almari dibuka. Mulut Suraya seperti mengomel-ngomel sesuatu. Tetapi bicaranya tidak jelas.

“Akak!! Bangun!! Tengok ni! Okey tak baju yang Su pilih ni? Kalau akak tak berkenan, Su tukar.. Akak!! Bangunlah!!” Aku bingkas bangun duduk di atas katil dengan muka yang blur. Jadi blur bukan apa, first sebab Su memekik. Penat nak dengar. Second sebab aku baru bangun tidur. Memang muka aku blur pun kalau baru bangun tidur!

“Su.. Nampak gayanya tak lama telinga akak ni akan berkhidmat lagi dengan tubuh badan akak lagi. Cuba Su bangunkan akak dengan cara baik sikit.. Goyangkan bahu akak, cakap, akak.. Bangun.. Dah pagi ni.. Tu pun dah cukup Su. Akak akan bangun. Tak perlulah Su jerit..” Muka aku blur, cakap aku santai dan malas membuatkan Suraya tergelak.

“Okey kak.. Su minta maaf. So, baju ni okey?” Suraya berdiri di depanku sambil mengangkat tinggi-tinggi baju blouse hitam berbunga kecil warna putih bersama seluar slack warna hitam. Dipadankan dengan selendang berwarna kelabu. Aku menaikkan ibu jariku sambil tersenyum. Tak sia-sia aku upah Suraya.

“Okey sangat! Akak, nak mandi kejap.. Su gosoklah baju tu.” Suraya menganggukkan kepalanya. Aku mengambil tuala di atas penyidai kecil lalu aku masuk ke dalam bilik air.

Selepas 15 minit, aku keluar dari bilik air sambil mengelap mukaku. Aku lihat Suraya sedang menonton televisyen. Aku mengambil pakaianku yang telah digosok oleh Suraya lalu aku pakai. Untuk tacapan yang terakhir, aku menempekkan bedak powder ke mukaku dan secalit maskara di bulu mata.

“Dah siap?” Aku bertanya kepada Suraya. Suraya menganggukkan kepala sambil tersenyum.

“Okey, jom!” Aku mencapai beg tanganku. Suraya segera menutup televisyen dan mengikutku di belakang. Aku dan Suraya melangkah keluar dari bilik.

“Kak, kita jalan-jalan kat hotel dululah. Orang cakap kat sini banyak kemudahan. Nak tengok jugak..” Suraya berkata dengan bersungguh-sungguh.

“Okey.. Jom!” Aku dan Suraya masuk ke dalam lif.

Sampai di ground floor, aku dan Suraya berjalan-jalan di sekitar hotel. Haah lah. Banyak kemudahan dekat sini. Kolam renang aku dah sedia tahu. Selain tu ada boat sailing, snorkeling, spa, reflexology path dan paling best, ada aktiviti main bola pantai! Memang resort ni dekat betul dengan Pantai Tengah. Aku memang suka dengan pantai! Boleh tengok sunset. Weee, bestnya! Tempat ni pun luas! Pandai betul aku pilih tempat! Eh, terpuji diri sendiri pulak. Hehe..

Kami ke Restoran Mentari dahulu untuk bersarapan. Restoran Mentari yang terletak berhadapan dengan pantai sungguh mendamaikan jiwa. Semasa makan boleh juga merasa angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa dari arah pantai.

Makanan di sini dihidang secara buffet. Aku mengambil roti telur dua keping, satu ketul ayam goreng dan air teh. Selepas itu aku mengambil tempat yang berdekatan dengan pantai. Boleh dapat angin yang nyaman!

“Kak, saya dengar kat sini ada aktiviti bola pantai setiap pagi dan petang. Akak nak join tak? Saya dah lama nak belajar main.” Suraya menyuap nasi lemaknya ke mulut.

“Bola pantai?  Suraya minat bola pantai ke?” Aku memandang mukanya. Suraya hanya menganggukkan kepala.

“Ade charge ke tak?”

“Entah.. Saya pun tak pasti. Hari tu saya tengok macam ada orang main kat situ.”

“Hmm.. Suraya nak ke?” Suraya menganggukkan kepala.

“Okey. Lepas ni kita pergi tengok.” Suraya tersenyum lebar sambil menganggukkan kepalanya.


EXCUSE me. Bola pantai ni memang free game dekat sini ke?” Aku bertanya kepada salah seorang lelaki yang sedang memegang bola pantai.

“Haah.. Kalau cik nak main boleh je join dieorang kat sana tu.” Kata lelaki itu sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah tepi pantai.

“Ohh.. Boleh je join macam tu?”

“Boleh. Kalau cik nak join sekarang saya boleh tunjukkan.” Kata lelaki itu sambil tersenyum manis.

Aku memandang Suraya yang berada di sebelahku. Suraya tersengih lalu mengangguk. “Hmm.. Okey.” Jawabku seraya memandang lelaki itu.

“Mari saya tunjukkan.” Aku terus mengikut lelaki itu dari belakang. Dari jauh kelihatan beberapa perempuan berbikini dan beberapa orang lelaki berseluar pendek paras lutut sedang bermain bola pantai. Memang mat saleh tak tahu jaga aurat betul! Eh, mat saleh tau ke jaga aurat? Ngek kau Mizan!

Sir! Ada orang nak join!” Jerit lelaki tadi ke arah seorang lelaki berseluar pendek yang sedang asyik bermain dengan mat saleh-mat saleh seksa-seksi itu. Aku terdengar saja perkataan ‘Sir’ yang keluar dari mulut lelaki itu, terus aku tersentak. Siapa lagi kalau bukan orang asing tu. Dekat sini semua orang memanggilnya sir.

“Eh, eh. Tak apalah. Saya tak jadilah.” Kelam-kabut aku bercakap. Suraya yang berada di sebelah aku pun sudah aku tidak hiraukan lagi. Yang aku tahu, aku tak nak tengok orang asing tu. Menyampah!

“Eh, kak Mizan! Su macam mana? Takkan nak tinggalkan Su sorang-sorang?” Suraya mengejar aku dari belakang. Aku berhenti dari melangkah. Alamak! Si Suraya ni pulak nak main. Aduhai..

“Alamak Su.. Aduhai.. Macam mana ni eh.” Aku menggaru-garukan kepalaku sambil mengerut-ngerutkan kening.

“Cik! Sinilah! Sir ajak main ni.” Suara lelaki tadi memanggil aku dari arah barat. Aku memandang ke arahnya. Semua mat saleh-mat saleh yang sedang bermain tadi sudah berhenti dan sekarang mata mereka tertumpu kepada aku dan Suraya. Ish, nak ke tak nak?

“Ala kak.. Jom lah. Ni lah peluang kita.” Suraya memujuk aku sambil menggoyang-goyangkan lenganku. Aku menggigit bibir bawahku. Aish, tak boleh jadi ni!

“Hmm.. Akak teman. Su main. Boleh?” Aku tersenyum segaris. Suraya mengerutkan keningnya kemudian mengangguk setuju.

“Okey. Akak kena teman tau. Jangan tinggalkan Su sorang-sorang. Promise?” Suraya menaikkan jari kelingkingnya. Aku tergelak kecil namun jari kelingkingku tetap aku pautkan di jari kelingkingnya.

“Okey. Promise!” Setelah Suraya mempercayai kata-kataku, dia mengheret aku mendekati mereka yang sedang menunggu untuk bermain. Suraya masuk kumpulan The Smurf manakala aku hanya duduk di tepi gelanggang sambil memerhatikan permainan yang sedang berlangsung.

Permainan sudah pun bermula. Aku terasa dari tadi aku seperti diperhatikan. Namun, aku buang perasaan itu jauh-jauh. Malas nak layan! Bola yang sedang melambung di udara menarik perhatianku. Orang yang sedang menyambut bola itu segera memukul kembali dengan kedua-dua belah tangannya yang digenggam.

Zupp! Mataku bertembung dengan matanya.  Asyik sungguh dia memandang aku. Aku menelan air liur banyak kali. Alamak, kenapa aura dia lain macam sangat ni? Segera aku tersedar dan terus melepaskan pandang ke arah lain.

Watch out!!” Jeritan seorang minah saleh menyentak aku yang sedang memandang ke arah Suraya. Aku mengalihkan pandangan melihat sekeliling. Kelihatan seseorang sedang terbaring sambil memegang kepala di atas pasir. Aku mengerutkan dahi. Dia jatuh? Macam mana boleh jatuh? Hah, ni mesti hati ke laut tadi! Padan muka! Aku tersengih seketika.

Mat saleh-mat saleh tersebut memimpin dia duduk di sebelah aku. Aku apa lagi, terkejut besarlah! Gila apa duduk sebelah aku. Tah lah hanya berseluar pendek paras lutut. Baju langsung tak ada. Aish, malu betul aku nak pandang dia dalam keadaan tidak sempurna pakaian itu. Tahulah badan hot. Nak juga ditunjukkan. Tak malu betul! Terus aku mengalihkan pandangan ke arah lain.

“Boleh tolong aku tak?” Aku terdengar suaranya memanggil aku. Aku mengalih pandangan memandangnya. Aku menjongketkan kening tanda ‘apa?’.

“Picitkan kepala aku boleh? Pening sangat-sangat lah.” Ujarnya dengan suara yang lemah. Aku mengerutkan kening.

“Kalau pening pergi jelah hospital. Kenapa duduk sini lagi?” Selamba aku berkata dengan muka tanpa riak.

“Tak larat lah. Please. Tolong aku. Picit je.” Pintanya lagi. Aduhai, aku bukan tak nak tolong. Tapi masalahnya bukan muhrim.

“Kau tu lelaki, aku perempuan. Kita bukan muhrim!” Aku memandang tajam wajahnya. Tetapi pandangannya tetap lembut seperti tadi. Adui, menggetarkan jiwa betul!

“Hmm..” Jawabnya lemah seraya mengalihkan pandangannya ke arah laut. Eh, merajuk ke? Biar betul orang asing ni merajuk? Rasa nak gelak pulak! Haha!

“Okey. Aku tolong. Come.” Aku tak sampai hati nak tengok muka merajuk dia tu. Comel sangat! Tergugat aku! Puihh..!

Mukanya terus berseri-seri. Dia mengensot mendekatiku sambil tersenyum. Alahai, anak omak! Aku memicit kepalanya dengan berlapikkan sehelai tuala kecil milik orang asing itu. Seketika kemudian, aku baru perasan. Macam mana aku boleh baik dengan orang asing ni? Bukan ke aku main menyampah lagi dengan dia. Sekarang tolong picitkan kepala. What?!

“Okey, done!” Aku menghentikan pergerakan di kepalanya serta-merta.

“Oh, thanks. Kurang sikit rasa sakit. Boleh main balik rasanya.” Hah? Aku melopong memandangnya. Dia ni biar betul? Tadi kemain pening kepala sangat. Aku picit kepala dia pun tak sampai dua minit, dah okey? Penipu betul!

“Eh, tak ada, tak ada. Mana boleh main. Just stay here sampai elok rasa pening.” Kataku dengan suara tegas. Aku lihat dia membetul-betulkan rambutnya semula. Gaya macam tak kisah je apa yang aku cakap.

“Hey! Dengar tak ni?” Aku menyiku lengannya dengan muka berkerut. Degil jugak orang asing ni!

“Jom!” Dia terus menarik aku ke gelanggang. Aku yang tidak sedia hampir saja hendak terjatuh. Tetapi dia lebih cekap menarik kedua-dua belah tanganku yang berlapik.

“Eh, pergi mana ni?” Aku masih terpinga-pinga dengan ajakannya. Dia mengheretku masuk ke dalam kumpulan yang sama dengan Suraya. Manakala dia masuk kumpulan bertentangan. Ah, masak aku! Dia ni gila apa?! Aku tak nak mainlah!

Semua orang disitu bersorak melihat aku dan dia masuk ke dalam gelanggang. Dia sempat mengenyitkan matanya kepadaku. Ish, menyampah!

Nak tak nak terpaksa aku join sekali. Bola itu tidak pernah sekali pun jatuh ke arahku. Geram pula rasanya bila kita seorang saja yang tercongok di tengah-tengah gelanggang. Orang lain berkejar-kejaran mencari bola. Haih, tak boleh jadi ni!

Bola yang sedang melambung tinggi di udara membuatkan aku hendak memukulnya. Segera aku berlari mendapatkan bola tersebut. Namun, kakiku tersadung  di satu timbunan pasir lalu terjatuh. Seorang minah salleh sedang berlari untuk mendapatkan bola sambil berlari ke belakang tidak menyedari aku sudah selamat berbaring di atas pasir. Tetapi, sempat dia berhenti daripada memijakku. Namun, pasir dari hasil hentian langkahnya telah masuk ke dalam mataku. Cepat-cepat aku menutup mata menahan pedih.

Auch!” Aku menggenyeh-genyeh mataku untuk mengurangkan rasa sakit. Aku cuba hendak membuka mata. Tetapi, semuanya sia-sia. Langsung tak boleh buka!

Tanganku terhenti menggenyeh mata selepas terasa ada satu tangan menghalang aku dari berbuat demikian.

“Jangan tenyeh lagi mata tu. Nanti lagi teruk.” Suara dia kedengaran sungguh dekat sekali. Aku tutup mata dengan kuat sampai mukaku berkerut-kerut. Aduh, pedih sungguh!

“Okey, meh aku tolong. Rilekskan mata.” Perlahan-lahan aku merilekskan mata. Tetapi mataku tetap tidak kubuka.

Aku terasa mataku dibuka dan angin hangat masuk ke dalam mataku. Sekali, masih sakit. Dua kali, kurang sedikit. Tiga kali, aku boleh mencelikkan mata. Aku mengelip-ngelipkan mataku beberapa kali.

“Sakit lagi?” Tanya dia padaku. Aku menggelengkan kepala seraya tersenyum.

Thanks.” Ucapku dengan seikhlas hati. Kalau dia tak ada tadi, memang menanggung kesakitan yang teramat lah aku.

No problem. Nak terus main ke nak duduk tepi?” Aku menggelengkan kepala tanda surrender nak main. Gila nak main dengan sakit-sakit macam ni? Bukannya mata aku nampak sangat sekarang ni. Kabur-kabur je sebab air mata melekit-melekit dekat tubir mata.

Hey miss, I’m very sorry okay.  I don't know that you are trying to get the ball. I’m sorry.” Minah salleh yang menyebabkan mata aku masuk pasir tadi meminta maaf. Siap berpeluk-peluk dengan aku.

Its okay..” Ucapku sambil tersenyum ikhlas kepadanya.

By the way, I'm Sansha. You?”

“Mizan Alina Afisya. Just call me Mizan.”

“Oh, nice to meet you Mizan. Ermm.. I think I want to invite you to dinner tonight. At Mentari Restaurant. Come join us! Muslims are also invited to the event. Please come, ya!” Eh, peliknya! Tak apa Mizan.. Think positive! Mesti minah salleh ni ajak aku sebab nak minta maaf. Aku hanya tersenyum sambil mengangguk.

Okay Sansha, we’ve to go now.” Orang asing itu berkata setelah lama mendiamkan diri duduk di sebelahku.

Okay. Don’t forget tonight Mizan. I’ll wait for you! Bye..” Ujar Sansha dengan wajah yang gembira. Baik jugak minah saleh ni.. Peramah sungguh!

Okay.. I will come. Don’t worry.” Sansha menganggukkan kepala sebelum berlalu meninggalkan aku.

“Jom.” Dia memandangku seraya berdiri. Aku mengerutkan kening. Pergi mana pulak? Aku tengah sakit ni. Consider lah sikit..

“Pergi mana?” Tanyaku dengan muka berkerut.

“Ikut je.. Balik bilik, tukar baju, then keluar. Jom.” Amboi, amboi, amboi.. Suka hati dia je nak mengarah aku.

“Tak nak!” Aku mencebikkan bibir lalu memandang ke arah laut.

“Kau nak aku angkat kau ke nak jalan sendiri?” Aku terus memandang wajahnya dengan muka serius. Gila mamat ni! Nak kena pelempang ke ape?

“Kau jangan eh! Nak makan pelempang aku boleh la kau buat!” Aku membulatkan mataku. Dia tergelak melihat reaksi aku. Ish mamat ni. Psiko ke?!

“Kacau sikit dah gelabah. Dah lah, cepat kita pergi cepatlah kita balik.” Aku mengerutkan kening. Pergi ke tidak? Tidak sempat aku berfikir panjang, dia sudah menarik lenganku supaya berdiri. Ei! Tau lah kuat! Aku menjeling geram ke arahnya. Dia pula, tersenyum sumbing. Eii!!

“Suraya! Pinjam kakak awak ni ye! Bye..!” Jeritnya kepada Suraya. Aku lihat Suraya mengangguk sambil menaikkan ibu jarinya. Ni lagi sorang. Boleh pula dia bagi mamat ni angkut aku. Cis, tak gunes betul!

“Jom!” Dia tarik tanganku tetapi aku keraskan badan. Aku buat-buat tak tahu bila dia pandang aku dengan tajam. Orang cakap tak nak, tak nak lah! Tak faham bahasa!

I’ve no choice now.. Get ready!” Mata aku terbeliak apabila dia sudah berura-ura hendak mencempung aku. Mampus aku! Aku mencicit lari sebelum dia sempat mencempung aku. Gila mamat ni! Sungguh-sungguh gilaaaa!!!

“Tau takut!” Aku terdengar ketawanya yang kuat dari belakang. Gedik betul orang asing ni!

Aku tersenyum tanpa sedar.

p/s : Actually nak post semalam. Tapi, sibuk nak tengok bola. Hehe.. Nasib Malaysia menang :D Enjoy reading ^^ Kalau ada silap, tegurlah ye. Kadang-kadang saya tak perasan. ^^V
#Kalau nak komen, tekan link dekat bawah title post. Thankyou :D


Old things | New things