You're Mine! No One Else! - 9
Thursday, 15 November 2012 | 20:42 | 10 Komen Penguat
BAB 9
SELESAI menghadiri khusus, Rashid mengajak aku membeli cincin perkahwinan. Akhir-akhir ni, aku rasa macam dah okey sikit dengan dia. Macam.. Aku dengan dia kawan. Hurmm.. Lebih kurang macam tu lah kot.
Akhir-akhir ni jugak, aku rasa aku makin suka dekat dia. Bukan sebab dia handsome, tapi sebab perangai dia. Bila diflashbackkan balik, apa yang along puji dia dulu memang ada dalam diri dia. Kenapa dia tak tunjukkan perangai baik dia dekat aku dulu eh? Kalau dari dulu dia buat perangai baik dia tu, confirm aku tak akan benci dia!
“Mizan, cuba ni?” Suara Rashid menyedarkan aku dari lamunan. Dia menunjukkan sebentuk cincin emas putih bertatahkan sebutir berlian. Aku menyarungkan cincin ke jari manisku. Cantik! Muat pulak tu.
“Okey tak?” Rashid bertanya. Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum.
“Cantik! Sekali pilih dah berkenan.” Aku tersengih.
“Okey, pasal cincin dah settle.” Rashid meminta cincin di jariku. Aku keluarkan cincin itu dan aku letakkan di atas tangannya.
“I’ll take this.” Pekerja kedai emas itu menganggukkan kepala.
“Lepas ni kita pergi makan then balik. Okey?” Aku mengangguk setuju.
Rashid memberi kad kreditnya kepada pekerja tersebut.
“Nah, pegang ni.” Rashid memberi aku sebuah beg kecil. Aku ambil.
“Okey, thanks.” Ucap Rashid kepada pekerja itu sambil tersenyum nipis.
“Let’s go.” Aku dan Rashid beriringan menuju ke Starbuck.
Dalam perjalanan aku asyik melihat sekeliling. Langsung tak memandang Rashid di sebelah. Tak ingat pun Rashid kat sebelah sebenarnya! Asyik sangat tengok baju-baju yang tergantung di luar kedai. Ikutkan hati, nak aje aku meluru masuk dalam kedai-kedai tu semua. Tapi.. Ah, hari ni bukan hari untuk bershopping Mizan! Wake up!
“Rashid?” Suara lembut di sebelah Rashid menarik perhatian aku. Aku memandang perempuan di sebelah Rashid. Cantiknya perempuan ni! Muka comel, ramping, putih.. Tinggi dia..pendek sikit daripada aku. Maklumlah, aku ni tinggi lampai orangnya.
Baju blouse kuning dengan seluar hitam panjang. Rambutnya dilepaskan dan diklipkan sedikit di bahagian belakang. Nampak elegent!
“Fazlin?” Rashid seperti terkejut dengan kehadiran perempuan itu.
Fazlin? Bukan ke tu nama yang Aliff cakap hari tu? Hmm.. Ni kot makwe Rashid. Lawa! Patutlah.. Taste dia tinggi betul. Tapi, kenapa aku rasa kecewa pulak ni? Haishh! Mizan, please don’t do it here!
“Hai.. You buat ape dekat sini?” Fazlin cakap pun aku boleh cair. Lagilah Rashid! Suara dia lembut je. Sedap dengar. Aku nak tau jugak dia nak jawab apa dekat makwe dia ni.
“Ermm.. I.. I.. I teman kawan I beli barang dia.” What?! Kawan?! Aku dah sebak.
“Ohh.. Ni kawan you?” Fazlin memandang aku sambil menghulurkan tangan hendak bersalam. Aku menghulurkan tangan membalas salamnya dengan senyuman yang kelat.
“Fazlin.”
“Mizan.” Fazlin menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Cepat-cepat aku leraikan pautan salamnya. Rasa menyampah pula tiba-tiba memandang mukanya. Aku dapat rasakan perbuatannya seakan-akan fake.
“You sekarang nak pergi mana?” Fazlin mengalihkan pandangan memandang Rashid. Suaranya berubah menjadi manja. Euww, geli mak!
“I rasa I nak balik dah ni. Nak hantar kawan I balik. You nak pergi mana?” Balas Rashid sambil mengerling pada jam tangan di pergelangan tangannya sekilas.
“Ohh.. You tak nak keluar dengan I? I sorang je ni.. Lagipun, kita dah lama tak jumpa. Apa salahnya kita keluar..” Suara Fazlin menjadi makin gedik. Cet, geli ketiak aku woi!
“Sorry.. I terpaksa pergi sekarang jugak. Lain kali kita keluar ya? Sorry..” Rashid membalas lembut. Aku terus memalingkan muka apabila Rashid memandang aku. Dia pun sama! Siap kau Rashid! Masalah kau belum selesai lagi dengan aku!
“Ermm.. Okey… Nanti you call I tau.”
“Okey.. I will. I pergi dulu ye. Bye..”
“Okey, bye.”
Aku menghulurkan tangan hendak bersalam dengan Fazlin. Fazlin juga menghulurkan tangannya membalas salamanku. Selepas itu, aku terus melangkah menuju ke pintu keluar shopping mall tanpa menunggu Rashid terlebih dahulu.
DARI tadi aku mendiamkan diri. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut aku. Kalau nak bercakap pun, nak cakap apa? Nak cakap aku cemburu? Ohh please! Nanti Rashid tau aku suka dia pulak! Eii.. Tak mau aku!
“Kenapa kau diam je ni?” Tiba-tiba Rashid bertanya dengan nada yang lembut. Mukanya tenang sambil memandu kereta. Aku membuat muka. Dah tau buat-buat tak tahu!
“Mizan.. Kenapa ni? Kenapa kau diam je? Aku ade buat salah ke?” Eii dia ni! Aku tolak dia keluar dari kereta ni kang! Boleh pulak dia tanya dia ada buat salah ke tidak?! What kind of question daa?!
“Mizan.. Please answer me.”
“Nothing.” Jawabku sepatah sambil memandang ke luar tingkap.
“Mizan.. Kau kenapa? Hmm?” Suara Rashid masih lagi lembut. Aku mengetap bibir perlahan.
“Aku cakap tak ada! Tak adalah! Tak faham bahasa ke?!” Balasku dengan tegas. Mataku masih memandang ke luar tingkap. Tidak langsung memandangnya di sebelahku.
Rashid terdiam. Nah! Tau pun nak terdiam! Selagi aku tak cakap kasar dengan kau, sampai bila-bila kau tak faham bahasa! Eii!! Geramnya!! Aku memandang tajam wajahnya yang tenang.
“Kau.. Kenapa..” Aku terhenti. Rashid mengerling sekilas memandang aku.
“Kenapa apa?” Dahinya berkerut. Aku mengambil nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan. Sabar Mizan.. Sabar..
“Kau sedar tak apa yang kau cakap tadi?” Aku bertanya dengan nada yang keras. Muka aku serius, tangan aku genggam erat.
“Cakap apa?” Rashid mengerutkan keningnya.
“Dekat Fazlin.” Muka Rashid berubah.
“Err… Aku.. Aku..” Aku mengalihkan pandangan memandang hadapan dengan senyuman sumbing.
“Tergagap?! Rashid, aku nak tanya. Perkahwinan kita lagi seminggu. Kau rasa wajar ke kau cakap aku ni kawan kau dekat Fazlin? Hah?! Wajar ke?!” Suaraku melenting marah.
“Fazlin akan tau jugaklah!” Rashid turut meninggikan suara.
“Bila?! Kau nak dia tau masa majlis perkahwinan bermula?! Apa sebenarnya yang ada dalam fikiran kau ni Rashid? Aku tak fahamlah!” Aku ketap gigi kuat-kuat. Geram!
“Then, kau nak aku call Fazlin sekarang jugak? Okey! Aku call Fazlin and cakap kau tunang aku! Puas?!” Rashid memandang tajam wajahku. Aku menjongketkan kening.
“Then, do it! Now!” Aku mencabar dia. Dia terus membelokkan keretanya di tepi jalan tanpa memberikan signal terlebih dahulu. Kereta Toyota Vios membunyikan hon panjang di belakang kereta milik Rashid. Nasib baik tak terlanggar!
“Kau nak mati ke?!” Aku menjerit lantang. Rashid hanya memandang depan seperti menahan marah. Ah! Aku kisah ke?!
Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia seperti teragak-agak hendak menelefon Fazlin. Lama dia memandang telefon bimbit di tangannya. Aku tersengih seketika.
“See? Teragak-agak! Kalau kau nak sangat dengan girlfriend kau tu, tak payah setuju nak kahwin dengan aku! Buang masa je uruskan semua persiapan perkahwinan!” Aku membuka tali pinggang keselamatan dengan kasar. Aku tarik beg tanganku sampai ke atas bahu. Tanganku sudah bersedia hendak membuka pintu.
“Kau nak pergi mana?!” Rashid memegang lenganku. Aku terus menepis tangannya.
“Kau jangan sentuh aku! Orang yang bergelar suami aku saja yang layak sentuh aku! Orang macam kau, sampai bila-bila tak akan boleh sentuh aku! Aku nak kita batalkan perkahwinan ni! Kau tak jujur!” Suaraku melengking-lengking marah. Mukaku sudah terasa panas. Pintu kereta aku buka.
“Kau keluar, kita putus tunang!” Aku terus berpusing menghadap Rashid dengan mata membulat.
“Kau.. Cabar aku?!” Riak muka Rashid seperti tidak tentu arah.
“Baik!” Aku terus keluar dari kereta. Pintu keretanya aku hempas kuat-kuat. Aku terus berlari tanpa memandang belakang. Air mataku menitik laju. Aku tak tau ke mana aku harus pergi.
Kebetulan ada sebuah teksi yang sedang menurunkan penumpang di sebuah stesen bas yang berdekatan. Aku terus mendekati teksi itu dengan langkah tergesa-gesa. Aku nak lari dari semua ni! Aku nak lari!!
AKU keluar dari teksi dan membayar tambang. Selepas itu aku masuk ke dalam villa. Aku memberi salam. Tetapi tiada seorang pun menjawab. Aku terus naik ke bilik tidurku. Aku kunci pintu dan berbaring di atas katil.
Air mataku mula menitis sekali lagi. Mungkin nama aku langsung tiada di ruang hatinya.
Bukan mungkin lagi Mizan! Memang ya pun! Langsung tak ada! Zero!
Aku menangis teresak-esak. Sakit hatiku hanya Allah saja yang tahu!
AKU terbangun setelah terdengar telefonku berbunyi. Aku melihat jam di sisi katilku. Pukul 5 pagi! Aku melihat telefon bimbitku. 1 message. Aku terus buka mesej tersebut.
Aku ambik kau pagi ni. ~ Rashid
Ceh! Tak payah! Aku tak perlukan bantuan kau! Aku terus bangun menuju ke bilik air. Aku tak balas pun mesej dia.
Selesai mandi, cepat-cepat aku bersiap ke universiti. Takut terserempak dengan dia pagi nanti.
Aku keluar dari rumah pukul enam pagi. Kalau aku pergi universiti sekarang, mesti tak ada orang. Baik aku jalan-jalan. Jalan pun lengang je. Bawak laju-laju ni gerenti tak accident! Hehehe..
Aku offkan telefon bimbit aku dan aku buka radio kuat-kuat. Aku memecut laju kereta Harrier putihku.
“Ahhh!! Heavennyaaaa!!” Aku menjerit sambil membuka tingkap.
Lepas setengah jam aku bawa kereta macam pelesit, aku berhentikan kereta di bahu jalan. Aku onkan semula telefonku. Tak ada sesiapa yang telefon! Ini sudah bagus! Hehehe..
Aku rasa aku macam nak cuti dalam beberapa hari. Nak tenangkan fikiran! Baik aku lari tanpa tinggalkan berita! Lepas seminggu baru aku balik. Yes! Betul tu!
Aku offkan telefon dan memecutkan keretaku menuju ke utara. Yeahh!!
AKU berhenti di kawasan R&R Pulau Pinang. Perutku sudah berkeroncong minta diisi. Eh! Aku tak ada baju. Macam mana nak duduk sana seminggu? Alamakk! Aku tepuk dahi.
Baik aku keluarkan duit. Kalau aku guna kredit kad, tak selamat. Aku terus menuju ke ‘bank segera’ yang berdekatan. Duit yang ayah masukkan dalam akaun aku setiap bulan, aku keluarkan. Fuh, banyak jugak! Aku terus masukkan dalam beg tanganku.
Selesai makan, aku teruskan perjalananku ke Kedah.
FUH! Lepas 8 jam, sampai jugak aku kat Kedah ni. Aku membawa kereta aku ke kawasan pedalaman.
“Wahhh!!” Aku terpesona melihat padi yang menghijau. Cantik gila! Rasa macam nak jalan-jalan je dekat sana.
Dah puas tengok padi, aku pergi beli peta di kedai buku yang berdekatan. Satu peta Kedah lagi satu peta Pulau Langkawi.
Aku bawa kereta menuju ke Kuala Kedah.
Selepas 1 jam, aku sampai di sana. Aku meletakkan kereta di tempat kosong yang dibantu oleh pekerja di sana.
“Terima kasih.” Aku bagi dia sepuluh ringgit. Dia ambil dan tersenyum.
“Terima kasih kak.” Ucapnya. Aku menganggukkan kepala lalu melangkah pergi.
p/s: maaf kepada siapa yang lama menunggu. ^^ enjoy reading yea. kalau nak komen, dekat atas ye. ;) TQ