Follow Dashboard
Tokens?

You're Mine! No One Else! - 19
Thursday, 27 December 2012 | 18:16 | 26 Komen Penguat

BAB 19




EXPLAIN please?” Rashid memandang tajam wajahku. Aku hanya memandang wajahnya tanpa reaksi.

“Nak explain apa?” Tanya aku dengan nada mendatar.

What?! Explain apa?! Mizan! Banyak benda yang perlu kau explainkan! Lari rumah, tak angkat telefon, tak ada khabar berita and the very worst thing, who’s that man?!” Aku menjeling tajam ke arah Rashid.

“Kenapa?! Kau jealous aku rapat dengan lelaki lain?!” Rashid memandang tajam wajahku. Nampak dengan jelas bahawa dia sedang tahan marah.

Yes! Aku jealous! Aku tak suka kau rapat dengan mana-mana lelaki!” Aku tersenyum senget.

Jealous? No, I don’t think you need to. You already have somebody, right?!” Rashid tersengih seketika. Kemudian mukanya kembali serius.

“Kemas barang-barang kau. Kita balik hari ni!” Tegas Rashid.

“Apa hak kau nak paksa-paksa aku?” Ujarku dengan selamba.

“Aku tunang kau. Please respect me!” Aku tergelak memandang wajahnya yang masih serius.

“Tunang? Sejak bila?” Aku bertanya dengan nada yang sinis.

“Mizan, aku…” Belum sempat Rashid meneruskan kata-katanya, aku memotong.

“Aku tanya ni! Sejak bila?!” Aku menjegilkan mataku. Rashid memandang ke arah lain seketika. Dia mengeluh berat.

Okay! I’m sorry! Aku gurau je hari tu..” Aku tergelak sinis. Gurau? Putus tunang tu gurau? Kalau cerai ada ke main gurau-gurau?

“Dengan aku, tak ada gurau-gurau lah!” Aku memeluk tubuh seraya mengalih pandangan memandang ke tempat lain. Buat sakit hati je kalau pandang muka bapak setan ni!

“Dah, balik nanti aku explain. Now, kau kena ikut cakap aku. Kau kena balik.” Kata Rashid dengan nada yang tegas.

“Sebab?” Tanya aku dengan selamba. Aku lihat Rashid mengambil nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya perlahan-lahan.

“Ibu sakit.” Kata-kata Rashid membuatkan aku terkejut.

“Sakit? Sejak bila?” Badan aku sudah menggeletar.

“Sejak kau mula lari dari rumah. Sekarang, aku nak kau kemas barang. Kita balik. Aku tunggu kau dekat lobi.” Belum sempat aku hendak bertanya lebih lanjut, Rashid pergi meninggalkan aku.

Ibu…! Aku segera berlari menuju ke lif.


“RASHID, tolong. Aku mintak tolong sangat ni.” Rashid seperti serba-salah mukanya. Aku memandang Suraya yang sedang duduk di kerusi.

“Okey, boleh. Tapi, kalau ayah dengan ibu tanya kau pandai-pandai lah jawab.” Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum lebar.

Thanks.” Rashid menganggukkan kepalanya.

Aku mendekati Suraya. Wajahnya yang muram membuatkan aku bertambah risau.

“Su.. jangan sedih ya. Su boleh ikut.” Suraya hanya menganggukkan kepalanya lalu tersenyum segaris.

“Terima kasih banyak-banyak kak.” Aku mengangguk seraya tersenyum.

“Jom, feri dah sampai.” Panggilan Rashid membuatkan aku dan Suraya tersentak. Cepat-cepat aku dan Suraya bangun dan mencapai bagasi-bagasi yang perlu dibawa balik. Kami bertiga sama-sama menuju ke arah jambatan.


ENTAH kenapa aku rasa macam ada benda yang tertinggal. Tapi, aku dah check satu bilik tadi. Semua dah selamat masuk dalam beg. Haishh.. Apa benda ni?

“Mizan..” Aku memalingkan wajahku memandang Rashid.

“Hmm?” Aku jongketkan kedua-dua belah keningku.

“Kau okey?” Aku kerutkan kening.

Of course I’m okay. Kenapa pulak?”

“Tak ada.. Aku saja tanya. Aku tengok muka kau macam gelisah je.” Aikk.. Cepat betul dia boleh perasan reaksi aku. Padahal aku dari tadi asyik melihat telefon di tangan.

“Hmm.. Nothing.” Aku tersenyum kelat. Telefon bimbit aku letakkan di dalam beg. Aku mengambil nafas dalam-dalam lalu aku hembus perlahan-lahan. Aku nak membuang perasaan marah yang terbuku di hati. Kalau ikutkan hati aku, nak je aku cakap kasar-kasar dengan Rashid ni! Sakit hati aku masih tak surut lagi bila nampak muka dia.

“Hmm.. Aku nak tanya. Macam mana kau boleh jumpa aku?” Aku bertanya tanpa memandang wajahnya.

“Ayah yang jumpa. Lagipun, ayah kau kan orang besar. Impossible tak dapat cari. Actually, ayah dah jumpa kau lama dah.. Dia pun tahu kau menginap dekat mana. Tapi, aku minta dekat ayah nak bawak kau balik. So, ayah let it go je kat aku.” Aku mengemam bibir. Apelah bengap sangat aku ni.. Kenapa aku boleh lupa ayah aku orang besar. Syarikat perhotelan ayah aku pun dah sampai luar negara. Lagi-lagi dalam Malaysia. Semua dalam poket dia je!

“Ohh.. Aku lupa.” Aku mengangguk sendiri dengan muka yang serius. Padahal dalam hati, sedang menahan malu yang teramat! Boleh lupa pulak bapak sendiri berpangkat besar. Apa nak jadilah aku ni..

Aku memandang Suraya di sebelah kiriku. Kelihatan dia begitu asyik melihat ke luar tingkap. Aku mengeluh perlahan. Susah betul hidup Suraya. Begitu banyak dugaan dan rintangan yang perit telah dia harungi. Berbeza dengan aku yang masih boleh hidup mewah dengan harta ayah dan ibu. Tak apa Su, akak berjanji dengan diri akak, akak akan bawa Su keluar dari kancah kehidupan Su yang sebelum ni. Akak akan bawa Su ke kehidupan yang lain. Itu janji akak Su!

Tiba-tiba Suraya menoleh memandangku. Aku melemparkan senyuman kepadanya. Dia seperti susah untuk mengoyakkan senyuman.

“Kak..” Aku menjongketkan kening.

“Kenapa Su?”

“Akak tak telefon Tuan Megat? Dia tak tahu pun akak balik.” Kata-kata Suraya membuatkan jantungku berdegup kencang. Aku menoleh memandang Rashid di sisi kananku. Rashid memandang tajam wajahku. Aku menelan air liur yang terasa kesat.

Adoi, masalah!!!

p/s : Sepatutnya bab 18 dengan 19 digabungkan. Tapi, dah terpost bab 18 dulu.. btw, enjoy reading! Rashid dah datang~ hehehe. Selamat membaca ^^V
#Kalau nak komen, tekan link bawah title post. Thankyouu :D


Old things | New things