You're Mine! No One Else! - 6
Tuesday, 23 October 2012 | 02:01 | 2 Komen Penguat
BAB 6
“DIK, Rashid ajak keluar tu!” Ibu mengetuk-ngetuk pintu bilikku. Aikk, apasal pulak bapak setan tu ajak aku keluar pulak?! Aku terus menuju ke pintu dan membukanya.
“Hah, cepatlah siap. Rashid ajak keluar tu.”
“For what?” Aku mengerutkan keningku.
“Cari baju pengantin. Lagi seminggu lebih nak kahwin dah ni.”
“Alaaa.. Adik dah cakap adik tak nak!” Aku menghentakkan kakiku di atas lantai. Dah macam budak gedik jadinya aku.
“Aikk, tadi nak?”
“Bila mase pulak?”
“Tadi…”
“Yang tu tak…” Belum sempat aku meneruskan ayatku, ibu memotong.
“Adik.. Please.. Ibu merayu sangat! Kalau tak adik, siapa lagi.. Ibu tak tau macam mana nak merayu kat adik lagi. Please.. Terima Rashid, sayang?” Ibu membuat muka sedih.
Aduhai.. Merayu-rayu ni lah aku lemah. Lagi-lagi ibu atau mama yang merayu. Hai.. Hati, kenapa kau terlampau lemah ni?!
Aku mengeluh lembut. “Hmm, okey. Adik nak siap jap. Suruhlah dia tunggu kat bawah.”
Ibu terus memelukku. “Sayang adik! Okey, ibu suruh dia tunggu. Cepat sikit tau!” Muka ibu bersinar-sinar. Suka betul dia!
Aku hanya menganggukkan kepala. Selepas itu ibu turun dengan senyuman yang lebar. Haihh, ibu.. ibu.. Aku menutup pintu bilikku semula.
“Aiseyh! Ibu memang nak sangat aku kahwin dengan bapak setan tu! Macam mana ni?!” Aku menghempaskan badanku di atas katil.
“Kalau ibu dah tau, mesti mama pun tau. Apa kata, aku mintak mama yang cancel kan.” Aku bangun serta merta dengan senyuman jahat.
“Yes! Aku suruh Rashid cakap dengan mama dia yang dia nak batalkan perkahwinan ni. Yes! Otak yang bergeliga Mizan!” Aku memuji diriku sendiri.
Aku mencapai sehelai blouse lengan panjang berwarna hijau lembut yang berbunga kecil berwarna putih dan seluar slack warna hitam dipadankan dengan tudung berwarna putih. Aku terus memakai pakaian tersebut. Selepas itu aku menempekkan bedak powder di mukaku.
Selesai bersiap, aku turun dengan senyuman yang lebar memandangkan ada idea jahat di kepala otak aku ni! Hehehehe..
“Amboi, cantiknya!” Along menegurku.
“Perli ke puji?” Aku memandang dia dengan kening terjongket sebelah.
Along ketawa dan menjongketkan bahunya. Haish! Asyik kenakan aku je! Aku terus ke ruang tamu. Kelihatan hanya ada ibu, ayah dan abang Haidi je. Aikk, bapak setan tu mana? Iqa?
“Ibu, mana dieorang?” Aku bertanya kepada ibuku seraya duduk di sebelahnya.
“Rashid pergi hantar Iqa sekejap. Kejap lagi dia datang sini balik.” Ibu memandangku atas bawah.
Aku menganggukkan kepala.
“Cantiknya anak ibu!”
“Baru hari ni ke cantiknya bu?”
“Tak delah.. Kali ni lain sikit. Ade serinya!” Ibu tersenyum.
“Seri ape bende la ibu ni.” Aku menggeleng-gelengkan kepala.
“Seri orang nak kahwin lah!” Along menyampuk tiba-tiba seraya duduk di sebelah abang Haidi.
“Eii dia ni! Menyibuk je kerja!” Aku menjeling tajam ke arah along.
“Whatever!” Dia menjelirkan lidahnya.
“Perangai macam budak-budak! Padahal nak jadi mak budak dah!” Aku menjuihkan bibirku.
“Suka hati ah! Menyibuk je!” Along menjelirkan lidanya sekali lagi. Eii bakal mak budak ni. Aku potong lidah tu karang, baru tau!
“Hish budak-budak ni! Tak gaduh memang tak sah kan?” Ibu mengerutkan keningnya. Ayah hanya tergelak kecil sambil membaca surat khabar.
Aku bangun dan terus menuju ke dapur.
Aku tertelan air liur melihat pudding karamel masih lagi ada di atas meja makan. Aku terus mengambil mangkuk dan sudu di atas meja. Aku mengambil beberapa sudu puding karamel ke dalam mangkuk dan aku memasukkan ke dalam mulut. Wahhh!! Sedapnya!!
Tak cukup satu mangkuk aku bedal, aku mengambil lagi dan lagi sampai pudding tu habis. Sedap gila! Sedap hingga menjilat jari! Yummy!
“Adik! Habis dah pudding tu dimakannya!” Ibu memandangku dengan matanya sengaja dibulatkan.
“Hehehe.. Sedap sangat! Suruhlah Mak Midah buat lagi.” Aku tersengih.
“Eii budak ni! Dah, pergi sana. Rashid dah tunggu tu.” Ibu menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Okey, bye bu!” Aku mencium tangannya.
“Hmm, bye.” Balas ibuku.
Aku mengatur langkah ke ruang tamu pula. Aku mencium tangan ayah dan alongku. Setelah itu aku keluar dari rumah.
Rashid sedang bersandar di tepi kereta Ferrarinya. Aku memandang dia tidak berkelip sambil mendekatinya. Handsomenya! Hati aku terdetik ayat itu. Kenapa dia sangat indah dekat mata aku ni? Dia pakai ubat pengasih ke ape ni? Aku menggelengkan kepala. Uish, tak mungkin!
Dia hanya memakai t-shirt lengan pendek berwarna biru muda dan seluar slack berwarna hitam. Dengan t-shirt lengan pendeknya, dia kelihatan begitu segak. Dengan badannya yang sasa, dadanya yang bidang, lengannya yang berketak-ketak, mukanya yang putih bersih, hidungnya yang mancung, bibirnya merah, matanya hitam bersinar. Semuanya indah di mataku. Semakin aku mendekati dia, semakin hati aku diamuk debaran. Adakah aku dah jatuh cinta semula padanya?
Dia juga memandangku lama. Seperti tidak mahu lepas memandangku. Seperti tiada sesiapa di sekeliling aku dan dia. Cuma ada aku.. dan dia. Panahan matanya sangat mempersonakan aku. Di mataku, dia adalah lelaki yang paling kacak di dunia ini.
Aku berdiri di hadapannya. Mataku dan matanya masih saling bertatapan. Lama.
Dah lama hati aku tak berdebar macam ni lepas dia tinggalkan Malaysia dulu. Macam mana aku benci dia pun, hati aku akan tetap suka dekat dia balik. Susah betul aku ni! Tak tetap pendirian betul! Tapi, sumpah! Hari ini, waktu ini, saat ini, dia sungguh indah di mataku.. Sungguh aku terpesona dengan matanya yang memandang aku dengan romantik , penuh kasih sayang, penuh cinta.. Aku dapat rasakan.
“Apa pun yang terjadi.. Ku kan slalu ada untukmu.. Janganlah kau bersedih.. Cause everything gonna be okay..!”
Zuppp! Suara sumbang tadi telah membawa aku dan dia ke alam nyata semula. Aku terkebil-kebil memandangnya.
“Ehem!” Dia berdehem.
Aku pula memandang sekeliling. Hendak mencari suara sumbang tadi.
Laa.. Pak Gan! Aku lihat dia sedang menyiram pokok bunga sambil bernyanyi.
“Ermm.. Jomlah. Lambat pulak nanti.” Dia kelihatan malu-malu hendak memandang mukaku. Kalau dia malu, aku berganda-ganda lagi malu! Aku terus berjalan ke sebelah bahagian keretanya lalu aku masuk ke dalam keretanya. Arghh! Malu gila!
Dia menghidupkan enjin keretanya lalu menderum laju meninggalkan villa.
Semasa dalam perjalanan, tiada sepatah pun yang keluar dari mulutnya. Aku? Lagilah! Berganda diam! Tak berkutik langsung!
Dia membelokkan keretanya memasuki tempat letak kereta yang kosong. “Jom!” Dia keluar dari kereta. Aku keluar dari kereta dan mengekori dia dari belakang. Aku dan dia masuk ke dalam Butik Nur Cahaya.
“Rashid?” Suara seorang perempuan menyapa kami berdua ketika berada di dalam Butik Nur Cahaya.
Rashid menoleh memandang perempuan itu. Kemudian dia tersenyum. Cutenya! Eh! Apesal semua indah kat mata aku ni?!
“Eh, Syan?” Dia tersenyum lebar. Aku turut menoleh memandang ke belakang. Seorang perempuan cantik seperti model. Putih, tinggi, ramping. Lawa betul!
“Tak sangka jumpa kau kat sini mok! Kau buat ape kat sini?” Perempuan bernama Syan itu bertanya kepadanya Rashid.
“Mok? Haihh, tak tukar-tukar lagi nickname aku tu kan?”
“Dah memang kau mok pun! Tapi kan.. Kau makin handsome ah! Tergugat aku! Hahaha.”
“Well.. Rashid always handsome! Hahaha. Kau buat ape kat sini weh? Butik kau?”
“Haah. Manager ni weh!” Syan menunjukkan tag nama yang dipinkan pada bajunya.
“Elehh.. Aku tak tanye pun!” Rashid mencibirkan bibirnya.
“Hahaha. Kau baru balik dari oversea eh?” Syan bertanya lagi. Haihh, nampaknya aku dah macam tunggul je kat sini.. Baik aku cari dulu baju tu. Dah berkenan, aku bagitaulah dia.
Aku berjalan meninggalkan mereka yang sedang rancak berbual. Maklumlah.. Lama tak jumpa. Aku membelek-belek baju yang tergantung di dinding tanpa memandang dia yang sedang berbual dengan perempuan model itu.
Aku terhenti membelek. Mataku tertacap pada sepasang baju pengantin berwarna putih. Cantik sungguh design baju pengantin itu. Dengan manik-manik yang bertaburan di bawah baju tersebut dan designnya sungguh unik. Lain daripada yang lain!
“Disebabkan kau kawan aku, okeylah. Aku bagi discount.” Aku terdengar suara perempuan itu di belakang aku.
“Haa.. Macam tu lah! Thanks Syan!” Rashid tersenyum.
Perempuan itu mendekati aku dengan senyuman yang manis.
“Hai Mizan.. Nama akak, Syana. Kawan dolu-dolu Rashid. Hehehe..” Dia menghulurkan tangannya hendak bersalam. Aku bersalam dengannya sambil tersenyum. Mesti Rashid bagitau dia nama aku ni.
“Cantiklah Mizan ni! Patutlah Rashid berkenan!” Kak Syana mengenyitkan matanya kepada Rashid. Rashid hanya tersengih.
“Eh! Mane ade kak.. Biasa-biasa je..” Aku menyangkal kata-kata kak Syana.
“Cantik! Betul! Pastu, cute lagi.” Kali ini dia mengenyitkan matanya kepadaku.
“Tak adelah kak.. Memandai je akak ni. Akak lagi cantik ape.” Aku tersenyum memandangnya.
“Haish, degil jugak bakal isteri kau ni Rashid. Aku cakap dia cantik, dia cakap aku pulak yang cantik.”
“Memang dia tu degil sikit. Dah lah! Kiteorang pergi kedai kau ni bukannya nak berborak. Kiteorang nak beli baju. Cepatlah Syan..” Dia cakap aku degil?! Cis! Mulut tak de insurans betul! Tapi.. Aku ni memang degil pun! Hehehe..
“Okey, okey. Jom Mizan. Ikut akak.” Kak Syana menarik tanganku ke fitting room. Dia memanggil beberapa orang pekerjanya untuk membantunya.
“Mariah, ambil baju tu.” Arah kak Syana.
Sepasang baju kurung moden berwarna hijau diserahkan kepada aku. Aku terus mencuba baju itu di dalam fitting room. Sebelum keluar, aku membelek-belek baju itu di atas badanku. Hmm.. Not bad..
Aku keluar dari fitting room. “Wow! Very gorgeous! Cantik betul!” Kak Syana memujiku sambil menyuruh aku membuat cat walk di hadapannya.
Aku memandang ke arah Rashid. Kelihatan dia juga memandang aku. Pandangan matanya sama seperti di villa tadi. Redup dan romantik. Ahh! Parahlah aku ni!
“Okey, baju ni kira jadilah ye. Rashid! Kau perlukan berapa baju ni?” kak Syana memandang Rashid yang berada di belakangnya.
“Tiga.” Jawab Rashid pendek.
“Okey. Kau pun kira jadilah warna hijau ni ye.” Kata kak Syana sambil membetulkan baju di badanku.
“Indah, tengok mana perlu dikecikkan atau dibesarkan. Mariah, ambil baju putih yang tergantung tu. Lagi satu, cari baju warna biru muda. Yang paling cantik.” Arah kak Syana kepada pekerjanya.
Perempuan yang bernama Indah itu mengukur ukuran badanku.
“Jess, ukur badan Rashid!” Kak Syana memanggil seorang lelaki yang berada di kaunter bayaran. Lelaki itu menuruti kata-kata kak Syana.
Mariah membawa sepasang baju berwarna biru muda. Wow! Cantiknya ton baju tu! Dan sebelah tangannya pula baju putih yang aku belek tadi. Wowww! Baju tadilah!
“Mizan.. Cuba ni.” Kak Syana menyuruh aku mencuba baju berwarna biru muda itu. Aku mengambil baju itu dan masuk ke dalam fitting room sekali lagi.
Cantik betul baju ni! Aku keluar dari fitting room dan mencari kak Syana.
“Kak Syan, okey tak?” Aku bertanya kepada kak Syana yang masih tidak kelihatan.
“Okey sangat!” Suara Rashid berada di belakang aku. Aku terus berpusing melihat dia di belakangku. Dia memandang aku lama. Aku juga terpaku melihat dia yang sememangnya indah di mataku.
“Amboi.. Tunggulah kahwin dulu cik abang oi!” Suara kak Syana menyedarkan aku dan dia.
Rashid buat-buat pandang lain. Aku terus memandang kak Syana. “Kak Syan, okey tak ni?” Aku memusing-musingkan badan di hadapannya..
“Okey sangat! Semua baju sesuai dengan Mizan.” Kata kak Syana sambil tersenyum simpul.
Aku tersenyum memandangnya dan aku terus berdiri di depan cermin sambil membelek-belek baju di hadapan cermin.
“Rashid, kau cuba baju ni. Mizan pulak cuba baju ni. Yang ni untuk akad nikah korang.” Kak Syana menyerahkan baju putih yang aku minat tadi kepada aku dan baju melayu berwarna sedondon dengan baju aku kepada Rashid. Aku masuk ke dalam fitting room dan Rashid masuk ke dalam fitting room sebelah.
Aku keluar dari fitting room setelah selesai bersiap. Rashid juga baru keluar dari fitting room sebelah.
“Memang padanlah korang ni! Si Cantik dan Si Handsome!” Kak Syana menaikkan ibu jarinya sambil tersengih.
“Well.. Thanks Syan!” Rashid mengenyitkan matanya kepada kak Syana.
Kak Syana hanya mengangguk sambil tergelak. Mungkin sudah biasa dengan perangai Rashid yang terlebih perasan tu.
Aku dan Rashid menukar semula baju biasa. Aku dan dia menuju ke kaunter pembayaran.
“Syan, discount fifty percent lah.” Kata Rashid sambil mengeluarkan dompetnya.
“Amboi.. Bankrupt lah aku macam tu! Aku bagi kau discount thirty je.. Boleh lah. Butik aku ni baru nak gah.” Balas Kak Syana sambil menulis-nulis di atas resit.
“Laa.. Sikitnya. Kedekut betul kau dengan aku kan Syan?”
“Hish budak ni! Fine, fine! Fifty laa..”
“Yes! Macam tu lah! Nanti kalau kawan aku yang lain nak kahwin, aku syorkan butik kau. Okey?” Rashid tersengih.
“Okey! Tu terlampau bagus tu! Hehehe.. Jangan lupa promote aku punya butik tau!” Kata Kak Syana sambil menghulurkan resit kepada Rashid.
“No problem! Duit pendahuluan aku bayar lima ratus dulu eh.”
“Okey. Kalau baju ni dah siap, aku hantar sendiri kat rumah kau.”
“Bila boleh siap?”
“Dalam seminggu. Ape-ape pun, aku akan call kau nanti.”
“Okey, thanks Syan. Jemput la datang majlis kiteorang nanti. Kad undangan nanti aku bagi.”
“Okey! Kalau bab kenduri-kendara ni aku mesti nak datang punya! Lagi-lagi kau punya majlis!” Kak Syana tersengih.
“Aku pergi dulu eh. Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..” Jawab kak Syana. Aku pula bersalaman dengannya.
“Thanks kak.. Pergi dulu.” Dia menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
-p/s: Sorry sangat sebab publish lambat. memang asyik hadap buku je. tak ada masa nak bukak laptop. actually, kat Penulisan2u dah publish bab 6. cuma dekat sini lambat sikit. Sorry againnn ^^ -selamat membaca! :D