You're Mine! No One Else! - 4
Friday, 15 June 2012 | 23:31 | 12 Komen Penguat
BAB 4AKU mengambil telefon bimbitku. Aku menghantar mesej kepada kawan-kawanku dan Faqhrul serta kawannya, Farish.
Assalamualaikum. Sorry petang tadi tak dapat join. Ada masalah keluarga. :) Sorry sangat!
SEND!
Aku membaringkan badanku di atas katil. Fikiran aku asyik-asyik teringat pada Rashid. Yang peliknya rasa geram aku sekejap je. Sekarang aku dah macam…. Boleh terima. Erkk, amende ni?!
Aku menggeleng-gelengkan kepala sambil menutup muka.
“Aaaaaaaaaaaa!! Serabutt!!!!!!!!!” Aku menjerit sekuat hati.
Tiba-tiba along masuk ke dalam bilikku. Dia membuka pintu sebesar-besarnya. “Woi! Bising ah!” Dia menjerit kepadaku.
“Eiiiii!!! Ahhhhhhh!!!!” Aku menjerit sekali lagi.
Kali ni along mendekati aku. “Kau ni kenapa? Mental?!”
Aku menjerit lagi. Selepas itu aku menangis.
“Laa.. Nangis pulak.. Kenapa ni?” Along duduk di sebelahku. Aku terus memeluk along.
“Wuuuuu… Alonggggg!!” Aku memeluk dia dengan erat.
“Kenapa ni? Cer cite?” Along mengusap-ngusap kepalaku.
“Tak nak kahwin.. Tak nak kahwin..” Aku menggeleng-gelengkan kepala sambil menangis.
“Laa.. Kenape pulak? Kahwin lah bagus.. Dapat pahala je memanjang kalau kita dekat dengan suami.”
Lagi kuat aku meraung selepas dengar along cakap macam tu.
“Sudah! Lagi kuat pulak! Ish budak ni!”
“Along dah tau cite belum?” Aku bertanya kepada along masih dalam keadaan menangis.
“Tau cite ape ni?” Along mengerutkan keningnya.
“Adik kena kahwin dengan Abang Rashid?” Aku mencapai tisu di sebelah katilku.
“Hah?! Ye ke?! Bagus la macam tu.. Along tengok dia tu boleh tahan.. Muda-muda dah ade master lagi.. Mesti kerja besar lah dia nanti tu.. Nanti boleh dia jaga adik kan? Perangai dia tu pun along suka jugak. Baik, sopan, gentleman, suka tolong orang.. Memang adik bertuah dapat dia tau. Along paling suka bila dia senyum, nampak cute sangat!” Along puji bapak setan tu?!
Lepas dengar pujian along kepada Rashid yang tersangat-sangat melambung tu, aku terus meraung balik. Kali ni lagi kuat dari tadi.
Ape lah along puji dia sangat?! Semua yang along cakap tu, OUT! Contohnya...
Baik?? “Ahh! Kau buatlah sendiri! Aku kisah ape?! Kau mati ke hidup ke, buat ape aku kisah!” Teringat lagi aku kata-katanya semasa aku pergi kem bersama-sama dengannya.
Sopan??? “Woi! Aku tak suruh kau buat macam tu pun kan?! Bengap ah kau ni!” Teringat lagi aku ayatnya semasa aku kerja berkumpulan dengannya untuk mengatur majlis Hari Guru.
Gentleman???? “Sape suruh kau masuk?! Aku ketua! Kau kuli! Bagi aku masuk dulu!” Arghh!! Tu ke nama gentleman?!
Suka tolong orang???????? Masa tu aku baru balik dari meeting dengan ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah. Aku bawa banyak sangat fail. Semua maklumat penting. Dalam perjalanan nak balik kelas dengan membawa fail yang berlambak-lambak tu, aku terlanggar seseorang. Habis semua fail aku terabur atas koridor.
“Jalan tu pandang depan! Yang kau tengok fail tu macam tak de bende depan kau tu pahal?! Lain kali, PANDANG DEPAN!” Suara lelaki yang sudah aku kenali bermain di telinga. Aku terus mengutip fail-fail yang bertaburan di atas lantai. Aku tengok dia menonong meninggalkan aku. Langsung tak tolong?!
“Woi! Kot ye pun tolong lah! Kau pun langgar aku tadi kan?!” Aku memandang dia dengan tajam. “Buat ape aku tolong! Dah mate kau tu letak kat lutut! Kutip sendiri ah!” Dia membalas kata-kataku dengan lancang lalu pergi dari situ dengan perasaan tanpa serba salah. Itu ke namanya suka tolong orang? Cuba explain sikit??
Senyuman dia pulak?? Aku tengok dah macam orang gila yang senyum! Langsung tak suka aku woi!
Chet! Semua yang along cakapkan tadi tu, langsung tak masuk dalam fikiran aku ni! Semua yang along cakap tu semua tak de! OUT!
Aku masih menangis. Aku lihat along pun dah tak tau nak cakap ape lagi. Dia menggaru-garukan kepalanya. Tiba-tiba suami along ada di depan pintu. Aku terus mencelinap bawah selimut.
“Eh, sorry sorry. Abang tak nampak..” Abang Haidi merangkap suami kakak aku turut menggelabah.
“It’s okey! Abang Haidi nak jumpe along kan? Along, pegi sana. Suami along dah panggil.” Aku bercakap dalam selimut. Entah dengar ke tidak, aku pun tak tahu.
Tapi yang peliknya tak ada seorang pun yang menyahut. Perlahan-lahan aku keluar dari selimut. Laaaa, dah blah dah? Hai.. Suami isteri ni memang tak boleh langsung berenggang. Nak dapat anak dah pun..
Tapi best jugak jadi along. Kahwin dengan orang yang dia cinta dan orang tu pun cinta dia. Kan bagus kalau aku macam tu jugak.. Tapi, aku nak kahwin dengan siapa? Aku ni memang susah sikit nak suka dekat seseorang.. Umur aku ni pun baru 23 tahun.. Kalau nak fikir pasal kahwin tu memang nombor tiga atau empat la.
Tapi!! Aku tak nak kahwin dengan orang yang bernama TENGKU RASHID ZAFRAN BIN DATO’ TENGKU ZAHRIN tu!! Aku rela kahwin dengan mamat Indon daripada kahwin dengan mamat siamang bin bapak setan tu! Tapi….. eiiii!! Gelilah aku! Ape pulak la nak kahwin dengan mamat Indon! Tahlah……. Eiii!!! Tak sanggup aku!
Aku membuat aksi geli geliman. Aku turun dari katil sambil membuat orang yang hendak muntah. Aku tutup pintu bilikku. Rasa geli aku tak hilang-hilang dari tadi. Aku tutup lampu dan terus rebah di atas katil.
Eiiii!! Kenapa rasa geli ni tak hilang-hilang lagi?!
AKU bangun setelah terdengar jam locengku berbunyi. 6.30 pagi! Dengan malasnya aku turun dari katil dan mencapai tuala di tepi bilik mandi seterusnya masuk ke dalam bilik air. Mandi.
Selesai mandi, aku mencapai t-shirt warna putih lengan panjang dan seluar trek warna hitam. Tudung pun aku wajib pakai kat dalam rumah ni. Maklumlah.. ada satu keluarga lagi duduk dalam rumah ni.. Ikutkan hati nak je aku pindah ikut kawan-kawan aku yang lain. Tapi bila aku menyuarakan hasrat aku satu ni, ibu menangis sebab dia tak nak aku berjauhan dengan dia. Lepas kejadian tu aku dah tawar hati nak tinggalkan rumah aku ni. Macam manalah aku dah kahwin nanti? Ibu nak aku duduk sini ke lagi?
Selesai bersiap, aku turun ke dapur. Kelihatan Mak Midah, Suranti dan Kasidah sedang menyiapkan sarapan. Aku membuka peti sejuk lalu mengambil susu kotak.
“Eh, Mizan dah bangun dah? Cepatnya.. nak pergi mana hari ni?” Mak Midah menyapa aku.
“Tak de pergi mana-mana pun Mak Midah.. boring la asyik tidur je.” Aku menyengih. Mungkin Mak Midah pelik dengan aku hari ni. Iyelah.. Anak dara sorang ni tak sah bangun kalau tak dikejutkan. Hari ni lain pulak rutinnya. Hehehe..
Aku mencapai gelas di rak dan menuangkan susu ke dalam gelas.
“Hari ni nak masak apa?” Aku bertanya sambil minum susu di gelasku sedikit-sedikit.
“Nasi goreng, roti bakar dan air teh, cik Mizan.” Jawab Susanti.
“Err, Susanti, umur awak berapa?” Aku bertanya kepadanya. Dia mengerutkan keningnya.
“20 tahun cik Mizan.” Jawabnya teragak-agak.
“Haa, kalau macam tu panggil kak Mizan. Tak sukalah panggil cik ni. Nampak formal. Saya lagi suka orang dalam rumah ni anggap saya kawan atau family dia. Baru best! Boleh? Umur saya 23 tahun. Awak panggil saya akak, saya panggil awak.. ermm.. Susan? Boleh eh?” Dia menganggukkan kepalanya sambil tersenyum senang.
“Baiklah ci.. eh! Baiklah kak Mizan.” Susanti menjawab dengan teragak-agak. Masih tidak biasa lagi dengan panggilan itu!
“Kena praktik selalu tu! Hehe.. Kasidah umur berapa pulak?” Aku bertanya kepada Kasidah pula. Dah macam penyiasat je aku ni. Hehehe..
“25 tahun.” Jawab Kasidah pendek sambil tersenyum.
“Haa.. Well you know right? Just call me Mizan. Boleh? Memandangkan awak lebih tua daripada saya. Saya panggil awak kak Ida? Boleh?”
Kasidah pun menganggukkan kepalanya. “Okey Mizan!” Jawabnya gembira. Aku tersenyum gembira.
“Aikk! Cepatnya adik bangun?!” Suara ibu muncul tiba-tiba di belakang aku. Terkejut aku! Aku mengurut-ngurut dadaku.
“Assalamualaikum ibu yang ku sayangi. Terkejut adik tau?” Aku memeluk ibuku.
“Waalaikumussalam..” Ibu tersengih. “Tak de lah.. Ibu pelik je.. Selagi ibu atau sesiapa yang tak kejutkan adik bangun, takdenye adik nak bangun..” Haihh, nampaknya semua orang dah masak dengan perangai aku ni.
“Boring la pulak asyik tidur je bu.. Tu lah adik turun tu..”
“Hah, yelah.. Ni, kenapa turun dapur? Nak belajar memasak ke?”
“Ala.. Adik memang dah pandai masak dah pun ibu.. Cuma ibu je tak kasi adik masak..”
“Elehh.. Pandai masak konon! Masak air, masak maggi, masak nasi boleh lah!” Ibu menjuihkan bibirnya.
“Hahahaha! Kelakarlah ibu buat macam tu!” Aku ketawa melihat telatah ibuku. Ibu pun ikut ketawa.
“Hahaha.. Yelah, Adik buat ape kat sini sebenarnya?” Tanya ibuku. Masih ada sisa tawanya.
“Saja.. Nak kenal-kenal dengan maid baru kita ni..” Ibu menganggukkan kepalanya.
“Okey lah bu, adik nak baring-baring kat depan dulu. Bye..”
“Okey.. Bye..” Ibu membalas kata-kataku seraya duduk di kerusi yang berdekatan dengan dapur.
Aku menuju ke ruang tamu. Aku membuka televisyen dan mencari rancangan yang menarik. Layan channel Cartoon Network pun okey gak time time ni. Mata aku melekap di kaca televisyen melihat Tom sedang mengejar Jerry. Lama-lama, mata aku semakin memberat dan aku terlelap di situ.
AKU terbangun dari tidur selepas terdengar riuh rendah di dapur. Aku melihat sekilas jam di dinding. Sudah pukul 11.00 pagi. Aku bangun dari pembaringan dan duduk di sofa. Aku meraup mukaku . Aku menguap besar memandangkan tiada siapa di sisiku.
“Menguap tutup mulut! Kau nak lalat masuk ke ape? Lebah masuk pun okey jugak!” Tiba-tiba ada satu suara mengejutkan aku. Siapa pulak yang tegur aku tadi?! Aku memandang ke kiri. Seorang lelaki yang kacak mukanya dengan memakai t-shirt Polo warna hitam di badannya yang sasa dan seluar slack. Lama aku memandang dia. Otakku yang masih belum terima stimulus dari mataku mendorong aku berbuat begitu. Seketika kemudian, laaa.. Bapak setan rupanya! Cis! Macam mana dia boleh ada dekat sini?! Macam mana aku boleh tak nampak dia?!
“Ehh! Macam mana kau boleh ada dekat sini ni?!” Aku membulatkan mata. Seraya itu juga aku meraba-raba kepalaku. Huh! Nasib baik aku pakai tudung!
“Mama aku suruh datang. Eii! Kalau ikutkan aku, tak nak aku jumpa kau deh! Aku penat tau tak? Tah lah tidur aku tak cukup bila belajar kat sana. Pastu naik flight lagi. Penat gila! Pastu balik rumah nak jumpa kau segala.. Huh!” Rashid membebel panjang. Aku buat muka selamba.
“Pergilah balik.” Aku bercakap tanpa riak.
“Ei kau ni! Kot ye pon aku datang sediakanlah air ke ape ke.. Ni kau halau je tetamu kau ni?” Rashid pula memandangku dengan mata yang sengaja dijegilkan.
“Bukannya tetamu terhormat pun. Tetamu tak diundang!” Aku menjelirkan lidahku kepadanya.
“Aish budak ni! Nasib baik kau anak orang! Kalau tak, dah kena dah dengan aku!” Balas Rashid geram.
“Ape yang kau nak buat kat aku hah?!” Aku sengaja mencabar.
“Betul kau nak tau?”
“Betullah!”
Dia tiba-tiba duduk di sebelahku. Apahal pulak mamat ni?! Dia selepas itu mendekatkan mukanya ke mukaku.
Dekat.. lagi dekat.. lagi dekat.. Oh noo! Ape dia nak buat ni?!
Aku buat muka selamba. Padahal dalam hati, Allah saja yang tahu!
“Adik!” Ibu memanggilku. Fuh! Selamat aku! Terima kasih ibu! Terima kasih!!
Rashid terus duduk tegak di atas sofa. Elehh! Tau takut! Dia memberi senyuman kepada ibu. Ibu membalasnya semula.
“Dik.. Boleh beli barang dapur tak? Hari ni ibu lupa pulak Wak Teman cuti balik kampung.”
“Hmm, okey. Mana listnya?” Aku menadah tangan meminta list barang-barang yang hendak dibeli. Ibu mengambil list barang-barang tersebut di poket seluarnya lalu dihulurkan kepadaku. Aku menganggukkan kepala.
“Kalau Rashid nak pergi apa salahnya.” Aku membulatkan mata selepas ibu berkata.
“What?! Ehh, tak payah bu.. Adik boleh pergi sendiri.” Aku menolak rancangan ibu untuk suruh Rashid mengikutku untuk beli barang-barang dapur.
“Hmm.. Boleh.. Apa salahnya ibu..” Jawab Rashid tanpa mempedulikan aku di hadapannya.
Aku membulatkan mataku dengan lebih besar. Apahal bapak setan ni?! Mengada betullah!
“Haa.. Baguslah macam tu.. Hah adik, pergi tukar baju. Takkan nak pakai t-shirt pulak?”
“Alaa.. Boleh lah ni. Nak beli barang dapur je kot..” Jawab aku selamba.
“Yelah.. Suka hatilah..” Ibu membalas kata-kataku sebelum ke dapur semula.
“Dah, jom!” Rashid bersuara.
“Jap, aku nak ambik dompet.” Tanpa menunggu balasan daripada dia, aku terus berlari menaiki tangga.
Aku kelam kabut mengambil dompet dan telefonku di atas meja solek. Lepas aku pastikan tiada apa yang tinggal, aku terus turun ke ruang tamu semula. Rashid sudah tiada di ruang tamu. Pasti di luar.
Aku berlari keluar. Kelihatan Rashid sedang bersandar di kereta Ferrari 599 GTO warna merahnya.
“Wei! Takkan pakai kereta Ferrari kot?” Aku bertanya lalu mendekatinya.
“Ala.. Same je. Cepatlah.” Rashid terus masuk ke dalam keretanya. Aku pun kelam kabut masuk di tempat sebelah pemandu di dalam keretanya.
“Bila kau beli kereta ni?” Aku bertanya kepadanya setelah aku masuk ke dalam kereta. Teruja pulak aku. Kan bagus kalau aku mintak ayah beli kereta ni dulu..
“Semalam.” Jawab Rashid pendek.
“Semalam?! Bukan kena tunggu berbulan-bulan dulu baru dapat ke?!” Aku terkejut mendengar apa yang dia katakan tadi.
“Kalau ada duit semua no problem! Kau tak pernah buat ke?” Jawab Rashid selamba.
“Tak.. Ayah aku tau lah kot. Kalau aku memang tak tau..”
“Lain kali ambik tau bende ni semua. Barulah tak jadi katak di bawah tempurung!”
“Apa kena mengena?!”
“Cakap dengan kau ni memang menyakitkan hati betul!”
“Huh!” Aku mengeluh kuat. Meluat betul aku dengan bapak setan ni!
“Ha! Pasal tadi, sambung lepas kahwin eh?” Rashid menjongketkan keningnya sambil tersenyum.
“Kau ni memang otak ‘blue’ betul kan?! Siapa nak kahwin dengan kau? Aku nak batalkan perkahwinan ni!” Jawabku geram.
“Kau berani ke nak bantah cakap mama dengan ibu? Kalau dieorang nangis aku tak tau..” Rashid menggeleng-gelengkan kepalanya sambil buat muka kesian.
“Hish! Kau ni!” Aku terus membuang pandangan ke luar tingkap. Malas nak bercakap dengan mamat siamang ni! Buat sakit hati je!
-bersambung~ kalau ade yang kureng, ringan2 lah tangan itu menulis komen ye. hehe :D -