Follow Dashboard
Tokens?

You're Mine! No One Else! - 18
Wednesday, 26 December 2012 | 21:29 | 26 Komen Penguat

BAB 18


AKU rasa badan aku seperti digoyang-goyangkan. Perlahan-lahan aku membuka mata. Wajah Suraya menyapa pandanganku. Aku menguap perlahan seraya duduk di atas katil. Aku mengerling memandang jam di sisi katil. Dah pukul enam pagi.

“Hmm.. Su. Kenapa?” Aku bertanya kepada Suraya apabila Suraya tidak bersuara. Dia hanya memandang aku tanpa berkata-kata. Aik, kenapa pulak dengan budak ni? Kena sampuk ke? Aku duduk di atas katil sambil memandangnya.

“Su.. Kenapa ni?” Aku memegang tangannya. Tiba-tiba Suraya memeluk aku.

“Eh, Su.. Kenapa ni?” Aku membalas pelukannya sambil menggosok-gosok belakang badannya. Tidak lama kemudian aku terdengar suara tangisan.

“Su.. Kenapa menangis ni?” Makin kuat aku dengar tangisan Suraya. Aku memeluk dia lebih erat sambil menggosok-gosok belakang badannya.

Selepas lima minit, Suraya merungkaikan pelukan. Aku mengesat air matanya di kedua-dua belah pipinya.

“Meh, duduk sebelah akak.” Suraya bangun lalu duduk di sebelahku. Aku memeluk bahunya.

“Su.. Kenapa ni? Kenapa tiba-tiba menangis? Hmm?” Aku tanya Suraya dengan nada yang lembut. Suraya masih diam di dalam pelukanku. Aku mengeluh perlahan. Mungkin Suraya tak bersedia lagi nak cerita kot.

“Tak apalah.. Kalau Su dah bersedia nak cerita kat akak, akak sedia pinjamkan telinga. Hmm?” Aku menggosok-gosok bahunya sambil memandang dia dengan penuh rasa kasihan.

Sudah lebih lima minit Suraya berada di dalam pelukanku tanpa suara. Aku mula rasa tidak selesa dengan kedudukan yang statik dari tadi.  Perlahan-lahan aku merungkaikan pelukan di bahu Suraya.

“Su, akak mandi dulu ye. Kejap lagi kita keluar.” Aku melemparkan senyuman kepadanya sebelum bangun dari katil. Belum sempat aku melangkah, Suraya memegang lenganku.

“Akak.. Tolong Su kak..” Ujar Suraya dengan nada yang perlahan. Aku memusingkan badan menghadap Suraya.

“Kenapa?” Serentak itu juga aku duduk di atas katil bersebelahan dengannya.

“Akak tolong bawa Suraya keluar dari negeri ni kak.. Tolong kak.. Kalau tak Su akan mati kak.. Tolong Su kak..” Aku tergamam melihat kelakuan Suraya. Dia merayu dengan bersungguh-sungguh.

“Tapi.. Kenapa?” Aku mengerutkan kening tanda tidak faham.

“Akak.. Tolong janji dengan Su dulu. Bawa Su jauh dari negeri ni.. Tolong kak.. Tolong..” Suraya memegang erat tanganku. Aku meletakkan tangan kiriku di atas tangannya.

“Ye.. Akak janji. Tapi, boleh bagitahu akak kenapa?” Suraya menundukkan wajahnya.

“Su.. Su.. Su tak aman duduk sini kak.” Aku mengerutkan kening. Menunggu Suraya meneruskan kata-katanya.

“Su orang miskin kak. Mak ayah Su selalu dilayan buruk oleh orang kampung. Entah apa salah mak ayah Su sampai diaorang langsung tak ada belas kasihan tengok kami hidup miskin. Kami bukan ada rumah. Kami sekeluarga duduk dekat sebuah pondok yang usang. Tak pernah nak susahkan siapa-siapa pun. Sebenarnya, mak ayah Su meninggal sebab dibunuh. Tapi, sampai sekarang tak tahu siapa pembunuhnya. Su cari siapa yang bunuh mak ayah Su. Tapi.. semuanya sia-sia kak.. Tak ada sesiapa pun nak bantu Su cari siapa pembunuhnya. Su bukan ada adik-beradik lain.” Suraya berhenti seketika menahan tangis. Aku tergamam dan terkejut mendengar ceritanya.

“Lepas mak ayah Su meninggal, Su dipaksa duduk dengan pak cik Su. Pak cik Su tu suka minum, berjudi, selalu pergi kelab malam.. Ada satu hari tu, dia bawak Su pergi kelab malam.  Mulanya dia cakap dekat Su dia nak bawa Su pergi makan malam. Jadi Su pun ikut lah dia. Masa Su dekat kelab malam tu, dia serah Su dekat seorang lelaki Cina. Dia tinggalkan Su dekat situ. Su hampir dirogol kak.. Tapi, Alhamdulillah.. Su dapat jalan larikan diri.” Suraya menangis teresak-esak. Aku memeluk bahunya untuk mententeramkannya. Aku terasa sebak. Walaupun aku tidak melaluinya, aku dapat rasakan betapa peritnya hidup Suraya.

“Memang Su sempat larikan diri. Tapi, lepas tu Su diculik. Su dihantar ke sini. Su dipaksa menjadi pelacur dekat sebuah kelab malam. Tapi, suatu malam tu, Su dengan empat orang kawan Su berkomplot nak larikan diri. Su dengan dua orang kawan Su sekarang dapat larikan diri. Tapi lagi dua orang tak sempat. Lama Su menyorok dengan kawan-kawan Su. Lepas 2 bulan, Su dengan kawan-kawan cuba minta kerja. Su dapat kerja dekat kedai baju tu. Tak sampai seminggu Su jumpa dengan akak.” Berkerut-kerut keningku mendengar cerita Suraya. Sungguh perit hidup Suraya.

“Sekarang.. Pak cik Su dah tau Su dekat mana.. Su takut kak.. Su takut dia buat macam-macam lagi dekat Su.. Tolong Su kak..” Aku mengangguk-anggukkan kepalaku berkali-kali.

“Akak tolong. Jangan risau.” Aku memeluk Suraya dengan erat. Ada juga orang zaman sekarang nasibnya sebegini. Kalau nak bezakan kehidupan aku dengan Suraya memang sangat jauh bezanya. Ya Allah, aku sangat bersyukur ke atas rezeki yang telah kau berikan kepadaku dan keluargaku! Alhamdulillah..


AKU meletakkan sepinggan nasi goreng di hadapan Suraya. Wajahnya masih muram seperti pagi tadi. Makin risau pula aku dengan Suraya. Sebelum ini dia okey je. Bila dia muram begini, aku pun tak tahu macam mana nak buat.

Aku mendekatkan kerusi di sebelah Suraya. Aku memeluk bahunya.

“Sekarang Su jangan fikir apa-apa. Akak ada. Akak akan jaga Su. Sekarang, Su makan. Su kena kuat untuk teruskan hidup. Akak akan tolong Su. Tolong cari siapa pembunuh mak ayah Su. Su jangan risau ye.” Suraya memandang tepat mataku seolah-olah hendak mencari kebenaran. Aku mengangguk-anggukkan kepala.

“Su kena percayakan akak. Lagipun Su dah macam adik akak. I will not let my sister suffers!” Suraya menundukkan wajahnya.

“Su dah susah nak percayakan orang kak.. Maafkan Su..” Aku menggosok-gosok bahunya.

“Tak apa.. Akak faham.”

“Terima kasih kak. Terima kasih banyak-banyak.” Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum.

No biggie.. And ingat! I will not let my sister suffers!” Aku mengenyitkan mata ke arah Suraya. Suraya tergelak kecil melihat reaksi aku.

“Akak tak makan?” Suraya mencapai sudu dan garfu di atas pinggan. Alhamdulillah.. Su nak makan. Aku tersenyum sendiri.

“Kejap lagi. Akak nak tengok Su makan.” Kata aku sambil tersenyum lebar. Suraya memandang aku dengan senyuman.

Seketika kemudian, tiba-tiba ada seseorang meletakkan sepinggan nasi lemak di atas meja. Aku mendongak memandang orang itu.

“Eh! Megat?” Aku menegur Megat. Megat tersenyum lebar lalu duduk di kerusi yang kosong.

Can I join you guys?” Pertanyaan Megat aku jawab dengan ketawa. Megat menjongketkan keningnya.

What? Kenapa gelakkan saya pulak?” Muka Megat yang terpinga-pinga makin membuatkan aku tergelak.

Can you stop doing that?” Tanya aku dengan ketawa bersisa.

Doing what?” Nampaknya Megat betul-betul tak faham apa yang aku cuba katakan.

“Okey, first, janganlah buat muka macam tu. Kelakar! Second, awak dah duduk then awak boleh cakap ‘can I join you guys?’ Memang tak lah.. Hahaha..” Megat turut ikut aku ketawa. Suraya pun aku tengok seperti menahan gelak.

“Hahaha.. Okey, okey. Sorry.” Kata Megat dengan ketawa yang bersisa. Aku hanya memandang dia sambil tergelak.

“Tak makan?” Megat bertanya kepadaku selepas puas ketawa. Aku hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.

“Eh, mana boleh macam tu. Breakfast la yang akan membekalkan kita tenaga seharian. Baik awak pergi makan.” Megat memandang aku dengan kening yang berkerut. Amboi.. Dia pulak yang risau terlebih!

“Tak apa.. nanti saya makan. Janganlah risau..” Megat menggeleng-gelengkan kepalanya.

No! Awak kena makan. Kejap, saya tolong ambilkan.” Serentak itu juga Megat bangun lalu menuju ke tempat buffet. Tidak sempat aku hendak menghalang.

“Haish.. Megat ni.. Degil betul!” Ucapku tanpa sedar.

“Bukan degil kak.. Dia ambil berat pasal akak.” Aku memandang Suraya di sebelah. Suraya tersenyum memandangku.

“Assalamualaikum.” Tiba-tiba ada suara garau menyapa telingaku. Aku mendongak memandang pemilik suara itu. Mata aku membulat.

“Rashid?!”

p/s : Rashid dah datang~ Hahaha. Enjoy reading. Selamat membaca! ^^V
#Kalau nak komen, tekan link bawah title post. Thankyouu :D


Old things | New things