Follow Dashboard
Tokens?

Cinta Buat Aku - 2
Friday, 20 July 2012 | 12:21 | 3 Komen Penguat
Bab 2


AKU berjalan beriringan dengan Abang Taufiq. Kejadian yang terjadi tadi masih mendorong aku tidak mahu bercakap dengannya. Apa yang dia tanya aku akan jawab, hmm.. Tu je. Aku tahu dia bengang. Ikutkan cerita, aku lagi bengang! Bengang tahap gaban!

“Hana.. Jawablah.. Hana betul ke nak pergi KL tu?” Aku tidak memandangnya. Kedengaran suaranya seperti merayu-rayu.

“Hmm..” Jawapan yang sama aku bagi.

“Hana… Please.. Jangan buat abang macam ni. Risaulah abang..” Suaranya mendayu-dayu di telingaku.

“Dah abang tanya betul ke Hana nak pergi KL, Hana jawablah hmm.. Habis tu Hana nak jawab ape?” Aku memandang dia sekilas di sebelahku. Aku nampak dia tersenyum.

“Haa, macam tu lah.. Jawab panjang-panjang sikit. Baru abang lega! Jadi, Hana memang nak pergi KL? Lusa ni?” Aduhaii.. Abang Taufiq ni, berapa banyak mau tanya ha?

Aku mengangguk bersungguh-sungguh.

“Kalau abang tak kasi Hana pergi macam mana?” Aku mengerutkan kening.

“Hek? Kenapa pulak? Hana bukan buat apa pun dekat sana. Just kerja. Cari duit.. Lagipun, abang sendiri cakap abang main-main je tadi kan?”

“Aikk.. Hana memang nak kahwin dengan abang ke?” Suaranya kedengaran teruja.

“Ceh.. Perasannya dia!” Aku mencebik.

“Kalau macam tu, bile kita nak kahwin eh?” Abang Taufiq di sebelah aku sudah tersengih-sengih.

“Abang Taufiq.. Jangan merepek dekat sini boleh? Dah, dah. Esok teman Hana beli barang yang perlu boleh?” Aku memandang dia sambil tersenyum.

“Untuk Hana, semua boleh!” Abang Taufiq mengenyitkan matanya kepadaku. Awhh.. Comelnya muka dia!

KEESOKAN harinya, aku dan Abang Taufiq berjalan ke pekan menaiki keretanya, Toyota Camry. Kereta yang paling aku suka! Dia beli kereta ni pun sebab aku cakap aku suka kereta ni. Awhh.. So sweet Abang Taufiq!

Dari kedai ke kedai kami kunjungi. Barang-barang yang aku beli, semua abang Taufiq yang bawa. Dia yang nak.. Aku tak suruh pun.

“Ada lagi ke barang nak beli?” Aku memandang muka Abang Taufiq. Lah.. Penatnya..

“Meh la Hana bawak sikit. Kesian abang.” Aku ambil beberapa beg kertas di tangannya. Dia tersengih.

“Tau je Hana kan..”

“Yelah.. Dah abang tak pandai control muka. Ikutkan hati nak je suruh abang bawak semua ni.”

“Amboii.. Ingat abang ni kuli ke apa?”

“Haah, memang pun.” Aku menjelirkan lidah ke arahnya.

“Pandai eh Hana. Peluk kang, baru tau!” Abang Taufiq menjegilkan matanya ke arahku.

“Nak kena taekwando Hana, cubalah! Hahaha..” Abang Taufiq ikut tergelak.

“Pandai je Hana ni.. Ada barang apa lagi yang tak cukup?” Aku lihat list yang berada di tangan.

“Hmm.. tinggal towel je. Towel Hana dah buruk lah. Warna dia macam dah boleh buat lap kaki dah. Hehehe..” Aku tersengih-sengih.

“Tulah.. Pemalas sangat nak basuh baju.. Macam tulah jadinya. Dah pergi KL ni, macam mana pulak lah nanti..” Abang Taufiq menggelengkan kepala.

“Alaa.. Hana kahwin nanti, Hana rajinlah. Abang tak yah lah risau..” Aku tersenyum lebar menampakkan gigiku.

“Iyelah Hanaku sayang…” Abang Taufiq jalan mendahuluiku. Sayang? Uhuk uhuk! Aku tak salah dengar kan? He called me Sayang right?! Oh myyy!!

“Hana! Cepatlah. Ape tercegat lagi dekat situ?” Abang Taufiq yang berada jauh lima belas langkah dariku, aku pandang. Setelah itu, baru aku mendekatinya.

AKU letakkan semua barang di atas sofa. Ah! Penatnya! Lima jam berjalan dah buat kaki aku macam nak koyak. Aduhh.. Aku memicit-micit kakiku yang terasa sengal-sengal. Tiba-tiba aku teringat benda yang Abang Taufiq bagi tadi. Bingkas aku bangun mengambil beg tangan di atas meja sebelah televisyen.
Aku menyelongkar beg tanganku. Sebuah kotak kecil berwarna perak aku keluarkan. Kotak pun dah cantik, mesti dalam dia pun cantik! Aku teringat semula kata-kata dia sebelum dia beri aku hadiah yang aku tak jangkakan ini.

“Hana..” Abang Taufiq menyeru namaku.

“Hmm..?” Aku menyahut.

“Nah!” Dia menghulurkan sebuah kotak kecil berwarna perak. Cantik!

“Eh! Apa ni Abang Taufiq?” Terkejut aku. Mana taknya.. First time dia bagi aku hadiah seistimewa ni..

“Hadiah untuk Hana.. Abang tak tau apa patut abang kasi. Jadi, abang pilih jelah apa yang sesuai untuk Hana. Hana, abang nak Hana pakai benda ni tau. Jangan tanggal-tanggal. Jaga benda ni macam jaga hati abang. Boleh?” Aku terkedu. Jaga macam jaga hati abang? Hati aku dah berdebar-debar.

“Hadiah ni untuk apa abang?” Aku memandang mukanya dengan penuh persoalan di kepala.

“Kan Hana nak pergi KL esok.. Jadi, abang hadiahkan lah Hana ni.. Nanti kalau ada masa, abang jenguk-jenguklah Hana dekat sana. Jaga benda ni tau?” Dia memandang tepat wajahku.

“Okey.. Thank you abang.. Tak sangka dapat hadiah hari ni. Hehehe..” Aku tersengih. Dia tergelak kecil.

You’re welcome.. Promise dengan abang jaga benda ni elok-elok. Okey?”

“Okey! I’m promise!” Aku mengangkat tangan seperti berikrar.

Tanpa buang masa, aku buka kotak kecil yang berada di tanganku. Seutas rantai dan gelang! Aku keluarkan rantai emas putih yang berbuahkan sebentuk kunci. Di kunci itu terukir TH. Terharunya! Gelang pula aku keluarkan. Ada bentuk-bentuk love di sekitar gelang. Aku teliti lagi di sekitar gelang. TAUFIQHANA. Oh my god! Abang Taufiq, I LOVE YOU VERY MUCH!!!!

SELESAI berkemas, aku masukkan bagasi-bagasiku ke dalam kereta Myvi merah jambuku yang aku beli menggunakan duit peninggalan arwah mak ayahku sejak kecil. Kereta dan rumah sangat bermakna bagiku kerana semuanya berkaitan dengan arwah mak ayah. Ah, rindunya pada mak dan ayah!

Aku tersandar di tepi kereta. Penat betul! Sekarang sudah pukul 7.30 petang. Maghrib dah masuk dah ni.. Tanpa lengahkan masa, aku tutup pintu kereta serta bonet. Esok tinggal mandi dan terus bertolak ke Kuala Lumpur.

Sebelum masuk, aku ternampak Suraya dan Azwin berjalan di hadapan rumahku. Segera aku menyapa mereka.

“Assalamualaikum..” Mereka berdua menoleh memandangku.

“Waalaikumussalam Kak Hana..” Mereka bersalaman denganku.

“Pergi masjid ke?” Mereka berdua mengangguk sambil tersenyum.

“Ohh.. Ni, akak nak berterima kasih sangat kat Suraya sebab bagi akak kerja tu.. Akak memang dah lama nak cari kerja. Tapi, tak dapat-dapat. Kerja asyik tanam anggur je. Boring jugak kan?” Mereka berdua tergelak kecil mendengar kata-kataku.

“Tak de apanya kak.. Saya harap akak berjayalah kerja dekat sana..” Aku mengangguk sambil tersenyum.

Thanks.. Akak harap Suraya dapat capai apa yang Suraya nak. Belajar elok-elok.. Capai kejayaan, capai matlamat yang kita nak. Solat jangan tinggal bila dah belajar kat luar negara tu nanti.. Jaga aurat. Banyak dugaan dekat sana. Suraya kena jaga diri betul-betul tau.” Aku menasihati dia. Dia menganggukkan kepala sambil tersenyum.

“Insya-Allah kak.. Akak doakanlah yang terbaik untuk saya. Esok akak dah bertolak?” Aku menganggukkan kepala.

“Haah.. Suraya bila pergi sana?”

“Lagi dua minggu.. Rasa gerun pun ada jugak kak..” Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Memang.. Dulu pertama kali dia hendak ke luar negara, Abang Taufiq dan Mak Mah yang menghantarnya ke KLIA. Rasa takut, risau, gerun, berdebar-debar, semua bergabung. Tak pernah ke luar negara lah katakan.. Seorang diri pula tu!

“Sabarlah.. Banyak-banyakkan berdoa supaya dipermudahkan perjalanan kat sana. Okeylah Suraya.. Azwin.. Karang maghrib tertinggal pulak. Apa-apa pun akak nak berterima kasih banyak-banyak kat Suraya ye.” Aku bersalam dengan mereka berdua.

Small matter tu kak.. Hehe. Okey, saya pergi dulu ye. Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam..” Aku menjawab sambil tersenyum memandang Suraya dan Azwin berjalan menuju ke masjid yang berada 200 meter di hadapan.

Aku terus masuk ke dalam. Karang tak pasal-pasal kena sampuk hantu. Huishh.. Tak sanggup.. Tak sanggupp..!

(hope korang suka. peaceee ^^V)


Old things | New things