You're Mine! No One Else! - 8
Monday, 29 October 2012 | 08:49 | 6 Komen Penguat
BAB 8“SEINGAT aku, tak pernah aku pergi rumah macam ni. Kat mana pulak aku ni? Ibu mana? Ayah? Along? Abang Haidi? Mana dieorang ni? Takkan aku sorang sorang dalam rumah ni?”Aku berjalan-jalan mencari ahli keluargaku di setiap ceruk rumah besar ini.
Cantik rumah ni! Besar pulak tu. Tapi, mana ahli keluarga aku yang lain ni? Kenapa tak ada sesiapa kat sini? Seram pulak aku!
Aku membuka salah satu pintu di tingkat atas rumah besar ini. Aku melopong melihat bilik sebesar ruang tamu rumahku.
“Wahh! Cantiknya!” Aku terpesona. Sebuah katil diletakkan di tengah-tengah bilik. Di atas katil itu ada kelopak mawar yang bertaburan. Cantik! Aku berjalan perlahan mendekati katil itu. Sepanjang menyusuri perjalanan ke katil, ada lilin yang menyala tersusun sepanjang perjalananku.
Apabila sampai di hadapan katil, aku mengambil kelopak mawar dan aku bawakan ke hidung. Wangian kelopak mawar itu membuatkan jiwaku tenang dan damai.
“Sayang..” Suara lelaki tiba-tiba menampar gegendang telingaku. Aku terus memusingkan badanku berhadapan dengan lelaki itu. Rashid?! Apa dia buat dekat sini? Kenapa dia ada dalam bilik ni? Yang peliknya, bibirku terus mengukirkan senyuman. Eh, apa ni?!
Tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki sedang memandang ke arahku di depan pintu bilik yang terbuka luas. Terus senyuman di bibirku kendur. Lelaki itu memandang aku tanpa ada segaris senyuman. Aku mengerling memandang Rashid untuk mendapatkan penjelasan. Namun, Rashid hanya tersenyum. Tapi, aku rasa aku tak pernah jumpa lelaki ni. Badannya sasa dan segak. Wajahnya putih bersih, hidungnya mancung, tinggi. Sememangnya nampak sempurna padaku. Tapi, siapa dia?
Lelaki itu perlahan-lahan berpusing hendak pergi dari situ. Aku dengan segera berlari mendapatkan lelaki tadi. Aku pun tak tahu kenapa aku bertindak begini. Panggilan Rashid tidak aku hiraukan. Pemergian lelaki tadi buatkan aku tiba-tiba jadi cemas.
“Tunggu! Awak, tunggu!” Aku menjerit-jerit memanggilnya sambil berlari mengejarnya. Aku lihat dia langsung tidak menoleh memandangku. Aku teruskan berlari sehingga berada di luar rumah. Akhirnya dia menoleh memandangku.
“Saya cintakan awak. Cinta sangat-sangat!” Kata lelaki itu dengan nada yang ikhlas. Aku hanya berdiri kaku sambil memandang tepat wajahnya.
“Mizan! Saya cintakan awak! Selama-lamanya!” Rashid menjerit dari jauh. Aku memandang silih berganti antara lelaki tadi dengan Rashid. Rasa hatiku bercampur baur. Sedih, gembira, terharu, kecewa.
Lelaki tadi terus berpaling dari situ lalu pergi. Aku tidak larat untuk mengejarnya lagi. Kata-kata lelaki itu dengan Rashid asyik-asyik terngiang-ngiang di telingaku. Kata-kata itu juga membuatkan kepalaku berat. Bagai ada masalah yang terbeban di dalam kepalaku.
“Don’t cry. You have me. Please don’t cry.” Rashid memujukku sambil memandang wajahku dengan penuh kasih sayang.Entah kenapa hatiku sekejap saja sudah tenteram. Rasa dilindungi, dikasihi, dicintai dengan sepenuh hati.
“Adik! Woi adik…!” Aku terdengar suara along memanggilku. Aku mengangkat muka hendak mencari along di mana. Tetapi, Rashid pula semakin lama semakin hilang dari pandangan mataku.
“Adik! Adik! Oi! Mizan Alina Afisya!” Aku rasa bahuku digoyang-goyangkan. Kenapa suara ni macam suara along? Eh! Aku kat mana ni?
Perlahan-lahan aku membuka mata. “Hah! Bangun pun. Susah betul nak bangunkan budak ni!” Muka along menyapa mataku.
“Eh! Kat mana ni?!” Aku terus melompat bangun dari katil sambil memandang sekeliling.
“Kat rumahlah! Tu lah.. Tidur entah berapa jam. Rumah sendiri pun dah tak ingat lagi! Cepatlah siap! Dah pukul enam pagi dah ni. Bila pulak nak pergi U nanti.”
“What??!! Dah pukul enam pagi?! Semalam kenapa tak kejut?!” Mata aku membulat memandang along.
“Dah kau asyik tidur je memanjang. Orang kejut pun kau boleh tidur je.. Dah! Cepat siap!” Along meninggalkan aku sendirian di bilik.
Aku menggaru-garukan kepala. Laa, tadi tu mimpi rupanya.. Eii, kenapa pelik sangat mimpi aku tu? Rashid? Errr.. Tapi, lelaki tadi tu siapa? Aish! Mimpikan mainan tidur! Dah lah, malas aku nak hiraukan lagi.
Aku mengunci pintu bilikku. Perlahan-lahan aku masuk ke dalam bilik air dengan tuala di bahu.
HARI ni, pagi-pagi lagi Rashid dah tercongok depan villa. Mula-mula pelik jugak aku kenapa dia datang pagi-pagi buta. Rupa-rupanya dia nak hantar aku ke universiti. Katanya senang nak balik nanti. Terus je pergi. Aku pun ikut jelah.. Lagi-lagi ibu yang paksa.
“Aku nak nombor telefon kau boleh? Kalau apa-apa aku boleh terus call kau.” Haah, ye tak ye jugak. Aku belum bagi dia nombor phone aku lagi.
“Okey.” Aku hulurkan telefon bimbitku kepadanya. Dia menekan-nekan punat telefon Blackberry Bold aku dengan laju.
“Okey, thanks. Nombor aku pun aku dah savekan dalam phone kau ni. Nanti aku call.” Dia memulangkan telefonku semula. Aku menganggukkan kepala.
“Petang nanti aku datang. Two sharp! Okey?” Dia mengangkat dua jari di depan mataku.
“Ye.. Kau dah sampai nanti, inbox jelah aku.” Jawab aku malas-malas.
“Okey, aku balik dulu.”
“Kay. Bye!” Dia masuk ke dalam kereta dan menderum meninggalkan aku di depan universiti. Aku berjalan menuju ke kafeteria. Hendak berjumpa dengan kawan-kawanku.
DARI jauh aku sudah ternampak Arisya dan Nadhrah duduk bertentangan di kafeteria. Cassandra dan Syazwina mesti tak datang lagi ni. Yang aku tahu, Arisya dan Nadhrah ni berjiran. Kalau hendak keluar berjalan, Arisya akan tumpang Nadhrah. Tak pun Nadhrah akan tumpang Arisya. Itulah dua orang ni kamceng.
Aku dan kawan-kawan baik aku ni, dari sekolah menengah lagi kiteorang memang best friends. Masa dah habis SPM, aku mintak ayah aku hantar aku kat Uitm Lendu. Disebabkan pengaruh ayah kuat, kawan-kawan baikku dapat masuk Universiti yang sama jugak. Jadi, persahabatan kami terjalin sampai sekarang.
Aku tahu, diaorang kawan dengan aku kerana aku. Bukan nak menghimpit aku untuk kepentingan diaorang. Sepanjang aku berkawan dengan diaorang, tak ada pun diaorang mintak kat aku macam-macam. Iyelah.. Diaorang pun dari golongan yang berada.. Arisya dan Syazwina tu anak Dato’. Cassandra tu datuknya punya syarikat sendiri. Lagipun, ayah aku dengan datuk Cassandra boleh tahan baiknya. Lagi-lagi aku best friend dengan dia sejak tadika. Memang ngam habis lah! Nadhrah pula anak Syed. Ayahnya adalah kawan baik ayahku. Selalu juga dia datang ke villaku. Dari kecil lagi kami dah berkawan sampailah sekarang.
Aku segera mendekati mereka berdua yang sedang rancak berborak di kafeteria.
“Good morning darlings!” Aku menyergah mereka dari tepi. Terkejut diaorang! Keh keh keh..
“Hish budak ni! Pagi-pagi nak buat jantung aku lemah! Good morning..!” Arisya memarahi aku. Nadhrah pun menjeling tajam kepada aku.
“Ala.. Rileks la korang. Marah-marah ni kenapa?” Aku memeluk bahu Arisya seraya duduk di sebelahnya.
“Tak de.. Tak marah pun!” Suara Arisya masih keras lagi. Ni mesti ada yang tak kena ni!
“Alahai.. Korang marah aku eh? Kenape?” Aku menongkat dagu dengan kedua-dua belah tanganku sambil buat muka kesian.
“Kau sedap je tinggalkan kiteorang masa study group tu! Jahat tau tak?!” Tiba-tiba Cassandra bersuara. Ehh! Mana datangnya Cassandra ni?!
“Eh! Dari mana kau ni?! Tetibe je menyampuk! Tah lah tak bagi salam!” Nadhrah pula yang memarahi Cassandra. Aduhai.. Hari ni nampaknya semua orang kain merah lah. Nak marah je kerja.
“Ohhh.. Korang marah sebab aku tinggalkan korang hari Sabtu hari tu? Korang nak tau cerita sebenar tak?” Aku terus bercakap lepas aku tengok semua muka dah ketat je. Baik aku ceriakan suasana.
“Sini, sini.” Aku suruh mereka mendekati aku. Mereka semua mendekati aku dengan muka yang mencuka.
“Korang tau kan, siapa lelaki yang muncul tetiba kat belakang aku time tu kan?” Diaorang semua mengangguk.
Terus aku cerita dari A sampai Z.
Habis saja cerita, kawan-kawan aku memandang aku dengan mulut melopong.
“Kau dipaksa tunang? Kau tak cerita pun kat kiteorang kan?” Nadhrah bertanya kepadaku. Aku hanya tergelak kecil.
“Masa tu aku tak kisah sangat pasal tu. Bagi aku semua tu tak penting. Lagi-lagi time tu aku tak tau pun siapa tunang aku tu.” Aku menjawab dengan tenang sambil tersenyum.
“Kalau nak cerita pasal Rashid, dia makin handsome lah! First time aku nampak die hari tu, aku dah terjatuh suka! Hehehe..” Aik, biar betul si Cassandra ni?
“Bakal suami aku tu weh!” Aku menjeling manja ke arah Cassandra.
“Lek ah. Main-main je..” Cassandra tersengih.
“Tadi Rashid lah yang hantar kau pergi U ni?” Syazwina bertanya kepadaku sambil tersenyum.
“Haah. Lagipun hari ni kiteorang nak pergi khusus perkahwinan. So, dia datang jemput aku nanti.” Syazwina menganggukkan kepalanya.
“Then, ade pape lagi nak tanya?” Aku bertanya kepada mereka. Kalau aku tak bagi jawapan kang, wartawan tak bergaji ni asyik pot pet pot pet je. Tak pun boikot tak nak cakap dengan aku. Hadoi..
“Aku nak jadi pengapit kau boleh?” Arisya memeluk lenganku sambil tersengih.
“Eh! Baru aku teringat! Pun boleh..” Aku tersenyum lebar.
“Alaa.. Baru teringat nak tanya. Sibuk betullah Ica ni!” Cassandra memuncung mulutnya tanda protes.
“Siapa cepat dia dapat!” Aku mengenyitkan mataku ke arah Cassandra.
“Aloooo..” Cassandra memeluk tubuh dengan muka yang masam.
“Dah, dah. Jom! Nanti lambat pulak.” Terus aku tarik tangan Cassandra menuju ke bilik kuliah.
AKU memandang jam tanganku. Baru pukul 1.30 petang. Bolehlah aku join kawan-kawan aku makan dekat kafe. Nasib baik Puan Sufi hari ni ada hal. Dapatlah keluar awal.
“Jom makan. Aku laparlah.” Aku mengajak kawan-kawanku di luar bilik kuliah.
“Jom.” Jawab kawan-kawanku serentak dengan suara yang teruja. Biasalah, kalau pasal makanan memang group aku number one!
Dalam perjalanan ke kafeteria, telefonku berbunyi menandakan mesej masuk. Aku terus membuka mesej itu.
Dekat mana ni? ~ Rashid
Cepatnya dia mesej aku. Aku balas balik.
Kafeteria. Tengah makan.
Ehh, jangan makan dulu! ~ Rashid
Apesal pulak aku tak boleh makan ni? Ni nak marah ni!
Apesal pulak? Aku laparlah!
Makan dengan aku. ~ Rashid
Tak nak! Aku lapar ni!
Aku ambik kau sekarang. ~ Rashid
Eii! Nak jugak aku makan dengan dia.
Kay, aku tunggu 10 minit. Kalau kau tak sampai jugak, aku makan! :P
Okey. Tunggu tau! ~Rashid
Aku tidak balas balik mesejnya.
“Ehem! Mesej dengan cik abang ke?” Nadhrah menjongketkan kening sebelahnya sambil tersenyum.
“Sibuk je!” Aku menjelirkan lidah kepada Nadhrah. Nadhrah tergelak.
“Korang… Mizan dah pandai sekarang…” Nadhrah menguatkan suaranya, menarik perhatian kawan-kawan aku yang lain.
“Pandai apenye Nad?” Cassandra bertanya sambil mengerutkan kening.
“Ayang.. Dah makan belum? Ayang belum makanlah.. Makanlah dengan sayang nanti yea..” Aku terus mencubit lengan Nad. Dia menyeringai sakit. Padan muka! Mengada sungguh!
“Fuyoo.. Bersayang-ayang.” Arisya tersengih-sengih mengejek aku.
“Wei! Tak payahlah percaya cakap Nad ni. Mane ade sayang-ayang tu! Geli-geliman aku tau tak!” Aku mencekak pinggang memandang mereka yang masih giat mengenakan aku.
“Alahai.. Kenapa tak baby-bee je terus. Kan lebih umph tu!” Syazwina pula yang mengusik aku.
“Sebelum aku memBaby-bee kan korang, baik diam! Aku hempuk baru tau!” Aku menunjukkan buku limaku kepada diaorang. Diaorang tergelak-gelak melihat reaksiku. Huh! Boleh pulak diaorang gelak? Aku serius ni!
Aku melangkah laju menuju ke tempat duduk berdekatan dengan sinki di kafeteria. Kawan-kawan aku masih tersengih-sengih memandang aku. Haihh, ni lah yang aku menyampah sebenarnya!
“Bila difikirkan balik kan, macam tak percaya je kau akhirnya kahwin dengan Rashid. Masin jugak mulut Ica dulu.” Cassandra yang duduk betentangan denganku bersuara sambil tersengih.
“Apenye yang masin?” Aku buat-buat tak faham.
“’Tapi kan, bagus jugak doh. Kot kot ibu kau dengan mak die nak jodohkan kau dengan abang Rashid. Mana tau kannn?’ Kat kolam renang dulu. Masa kita tengah siasat tentang prince charming kau dulu..” Pergh! Cassandra ingat ayat tu! Cayalah..!
“Dah lah korang! Malas aku nak layan lagi. Pergilah beli makanan.” Aku menjeling tajam ke arah Cassandra.
“Kau tak nak makan? Nak kahwin pun diet lagi?” Tanya Cassandra sambil tersengih-sengih. Aish! Tak suka betul aku! Tengoklah.. Dia kahwin nanti, lagi teruk aku kerjakan!
“Wei.. Nak makan dengan ‘orang tu’ lah.. Tak kan kau tak tau?” Nadhrah menepuk bahu Cassandra sambil tersengih-sengih.
“Kan dah berAyang-sayang tadi..” Arisya menyemarakkan keadaan.
“Makan dengan I lah baby.. I tak boleh makan tanpa you.. Macam tak lalu je..” Syazwina ketawa mengekeh-ngekeh selepas bercakap. Kawan-kawan aku yang lain pun ketawa. Sampai keluar air mata!
Aku terus mengangkat bukuku di atas meja dan mengangkat punggung ingin berlalu dari situ. Sakit betul hati aku! Aku cakap dah, dah lah! Mengada-ngada betul!
Cassandra mengejarku dari belakang. “Wei, sorry, sorry.. Janganlah marah.. Kiteorang gurau je.” Cassandra menarik tanganku.
Aku masih membuat muka marah.
“Wei.. Please.. Sorry sangat! Janji! Tak buat lagi.. Sorry.. Hmm?” Cassandra membuat muka kesian sambil merayu.
“Gedik lah kau ni!” Aku memukul lengannya dengan muka mencuka.
“Alaa.. Sorry lah.. Janji tak buat lagi.” Dia mengangkat tangan seperti berikrar.
“Yelah.. Lain kali jangan buat! Tah lah aku tengah lapar ni. Kau tau kan mood aku bile aku lapar?” Aku mengangkat jari telunjukku.
Cassandra menganggukkan kepala sambil tersengih. Kemudian dia menarik tanganku menuju ke kafeteria semula.
Kawan-kawan aku yang lain menyerbu aku. Semua meminta maaf.
“Wei, sorry sangat. Kiteorang gurau je..” Arisya memicit pipiku sambil meminta maaf. Minta maaf pun boleh sakitkan orang ke? Haihh..
“Wei, sorry eh. Janji tak buat lagi!” Syazwina mengangkat tangan kanannya seperti berikrar.
“I mintak maaf you.. Sorry sangat! Tak sangka kau boleh marah macam tu sekali.. Sorry baby..” Nadhrah memeluk bahuku sambil tersenyum.
“Yelah.. Lain kali jangan buat macam tu lagi. Kau tau mood aku bila laparkan?”
Kawan-kawan aku menganggukkan kepala tanda tahu dan sentiasa tahu.
“Dah, aku nak duduk.” Aku duduk di tempatku semula. Kawan-kawanku pergi membeli makanan. Aku memandang jam tanganku. Rashid masih ada enam minit je lagi..
Cassandra duduk di depanku sambil meletakkan pinggan di atas meja. “Yummy!” Sengaja dia berbuat begitu. Godik betul kawan aku ni!
“Hai..” Suara lelaki menyapa telingaku. Aku memandang ke kiri. Faqhrul dan Farish!
“Eh, Faqhrul.. Farish. Jemputlah duduk.” Aku menjemput mereka sertai aku dan Cassandra.
“Korang dari mana ni?” Aku bertanya sambil tersenyum.Yelah.. pelik jugak aku. Berpeluh-peluh lepas tu pakai baju t-shirt dengan seluar slack.
“Padang.. Kena handle budak sukan.” Jawab Faqhrul seraya duduk di sebelahku. Farish pula duduk di sebelah Faqhrul.
“Ohh.. Pergilah beli air. Tak haus?”
“Kejap lagilah. Penat.” Faqhrul memandang aku sekilas lalu mengeluarkan sehelai kain dari begnya dan dilapnya ke muka.
Aku hanya menganggukkan kepala. Aku memandang Cassandra semula. Tapi, aku pelik! Apesal minah ni senyum-senyum? Aku memandang Faqhrul. Tak ada pulak dia pandang Faqhrul. Aku pandang Farish pula. Ohh.. Hmm.. Dah tangkap cintan rupa-rupanya dua orang ni!
“Ehem!” Aku berdehem kuat. Cassandra dan Farish terkejut. Kedua-duanya segera membuat kerja masing-masing.
“Kenapa Mizan?” Faqhrul bertanya.
“Tak ada pape.. Ada ulat bulu dah naik meroyan dekat sini..” Aku menjeling ke arah Cassandra.
“Apa? Ulat bulu? Naik meroyan?” Faqhrul mengerutkan keningnya.
“Hmm.. Tak ada ape-ape lah. Awak tanyalah sendiri dengan kawan awak tu..” Aku memandang Cassandra sambil menjongketkan kening sebelahku. Amboi! Dah pandai bercinta! Kau kahwin, kau siap! Hehehe..
Telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku terus buka inbox.
Kau kat mana? ~ Rashid
Yes! Akhirnya dapat jugak makan! Aku terus balas mesejnya.
Kafeteria. Tengah tunggu kau. Kau kat mana?
Tunggu sana. Aku jemput. ~ Rashid
Ehh, tak pe.. Aku pergi kat kau je. Kau kat mana?
Tak nak! Aku nak tengok kau makan ke tidak. :P ~Rashid
Eleh! Tak nak percaya pulak dia!
Wei, sumpah aku tak makan! Dah lah, jangan ngengade. Kau kat mana?
Kay, kalau aku bawak kau makan, jangan kau tak nak makan pulak eh? ~ Rashid
Iyelah.. Kau kat mana?
Dekat.. Dekat kau. ~ Rashid
Mengada betullah dia ni!
Serius lah wei!
Aku serius lah ni! ~Rashid
Aku memandang sekeliling. Tiba-tiba aku terpandang dia di meja hujung kafeteria. Dia asyik dengan telefonnya.
Dah nampak? Mesra betul dengan si Faqhrul tu.. ~ Rashid
Dia ni jealous ke tengok aku dengan Faqhrul? Bukan ke dia cakap dia dah ada makwe..?
Dia kawan aku, mestilah mesra. Tunggu situ. Aku nak kiss n hug dengan kawan-kawan aku kejap.
Faqhrul sekali?! ~Rashid
Hahaha! Gila! Takkan lah aku nak kiss n hug Faqhrul?
Haah.. Kenapa? Jealous?
Kalau berani, buat! Aku cium kau kat situ jugak kang! ~Rashid
Meremang bulu roma aku. Gilalah dia ni!
Ish! Surelah tak! Dia lelaki dan aku perempuan. Bukan muhrim! Dah, stop mesej. Wait there!
Aku menyimpan telefon bimbitku ke dalam beg.
“Korang.. Aku mintak diri dulu eh. Ada hal.” Aku bangun dari tempat duduk dan mengangkat buku-buku aku di atas meja.
“Hmm.. Okey!” Cassandra menganggukkan kepalanya.
Arisya, Nadhrah dan Syazwina melambaikan tangannya ke arahku. Aku membalas semula lambaian mereka.
Faqhrul dan Farish memandang aku sambil tersenyum. Aku melambaikan tanganku ke arah mereka juga. Mereka balas sambil tersenyum.
Selepas itu aku terus mendekati Rashid di hujung kafeteria.
p/s : Selamat membaca! :D