You're Mine! No One Else! - 3
Saturday, 9 June 2012 | 06:24 | 2 Komen Penguat
BAB 3TOK tok tok!
Aku terbangun lepas terdengar orang mengetuk pintu bilikku. Aku mencapai jam loceng di tepi katil. Serta merta hilang kantukku. Jam 12 tengah hari! Memang nak sembahyang subuh pun dah tertinggal. Aduhai.. Apalah aku ni! Eh! Bukan ke aku off seminggu ni. Huh! Nasib baik!
Aku bergegas menuju ke pintu dan membukanya.
“Haa, dah bangun pun! Kata nak jemput Rashid? Dah pukul berapa ni?” Muka ibu menyapaku. Aikk! Mana ibu tahu aku nak ambik bapak setan tu??
“Mana ibu tau adik nak ambik Abang Rashid ni?” Aku bertanya pelik kepada ibuku. Abang.. Rashid? Aku tak hingin langsung nak panggil dia ‘abang’ actually. Tapi, lepas ibu aku marah aku sebab berKau-Aku dengan dia, aku panggilah dia abang.. Tapi, hanya depan ibu, ayah, mama dan papa je. Kalau aku dengan dia, jangan harap!
Ibuku kelihatan mencari perkataan yang sesuai untuk membalas kata-kataku.
“Errr.. Aa! Auntie Qaisurina la bagitau ibu. Dah! Pergi siap! Kejap lagi dia nak sampai tu. Kang tak sempat sampai.” Ibu menolak aku masuk ke dalam bilik air selepas habis berkata-kata.
“Kejaplah bu.. Nak ambik tuala.” Aku masuk balik ke dalam bilik dan masuk ke dalam bilik air semula.
“Ibu sediakan baju untuk adik ye.”
“Okey!” Aku menjerit dari dalam bilik air.
Aku keluar dari bilik air setelah selesai mandi. Nampaknya baju-baju aku dah siap digosok. Baju blouse warna biru cair lengan panjang, sehelai kain panjang warna biru pekat dan tudung warna putih. Aku terus memakainya.
Aku menempekkan bedak powder di mukaku dan memakai maskara. Aku memang tak suka bersolek. Gincu adalah barang yang paling aku tak suka. Tu lah bibir aku merah semula jadi. Hehe..
Aku mengambil beg tanganku dan terus turun ke tingkat bawah.
“Ibu, adik pergi dulu!” Aku terus ke pintu hadapan.
“Okey! Bye!” Ibu menjerit dari dalam.
Selepas aku memakai kasut aku terus masuk ke dalam kereta dan terus memecut laju menuju ke KLIA.
DI KLIA lain pula ceritanya. Langsung tak nampak batang hidung bapak setan tu! Aku mengerling melihat jam tangan, 1.05 petang. Aikk! Kata pukul 1.00 petang dia sampai. Kenapa tak nampak-nampak dia lagi ni?
Aku sekali lagi melihat sekeliling. Berjalan-jalan mencari bapak setan itu!
Tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki segak memakai baju kemaja lengan panjang yang dilipat sampai ke paras siku yang bewarna biru cair dipadankan dengan tali leher berjalur putih dan biru di depan pintu masuk. Rashid! Ya! Itu Rashid! Aku masih ingat lagi wajahnya. Ehh, wait wait! Baju aku dan dia sama?! Ah! Lantak ah!
Dia aku lihat sedang melihat jam tangannya sambil mengerutkan kening. Dia memandang-mandang sekeliling. Tanpa mempedulikan kes sama baju, segera aku mendekati dia.
“Wei, jom!” Aku terus mengajaknya. Dia kelihatan terkejut dan memandangku dengan pelik.
“Who are you?!” Dia tanya aku dengan pelik.
“Baru enam tahun tak jumpa aku kau dah tak kenal? Well, I’m Mizan Alina Afisya binti Tan Sri Khalif!” Aku sengaja menyebut nama penuhku dengan nama ayahku sekali. Rasa sakit hati aku tidak pernah padam bila berhadapan dengannya.
Dia kelihatan lebih terkejut dari tadi. Mulutnya melopong. Dia memandangku bagaikan tidak percaya.
“What?! Dah, jom!” Aku terus merampas bagasinya dan laju melangkah. Dia mengikut aku dari belakang tanpa banyak cakap.
Sampai saja di keretaku, aku terus membuka bonet di belakang dan meletakkan bagasinya di situ. Dia pun meletakkan barang-barangnya di bonet keretaku.
Tiba-tiba dia menjulurkan tangannya. Aku memandang dengan pelik. Takkan nak salam dia pulak? Buang tebiat ke ape dia nak aku salam dia?
“Ape ni? Takkan aku nak salam kau pulak? Aku dan kau bukan muhrim okey!” Aku berkata sinis sambil menutup bonet.
“Tak sangka otak kau ni singkat kan? Aku mintak kunci kereta lah!” Rashid membalas semula kata-kataku dengan sinis.
Dushh! Kata-katanya sekali lagi menumbuk hatiku. Grrrr, tak gune betul bapak setan ni! Dia boleh cakap aku ni otak singkat?! Tak gunaaaaaaa!!
“Hish! Nah!” Aku terus memberi kunci keretaku kepadanya dengan perasaan yang geram. Tak apa kau! Lepas ni siap kau! Grrrrr!
Dia tersenyum senget menandakan dia telah menang. Aku apa lagi, terus masuk ke dalam kereta dengan perasaan yang sangat sangat sangat geram. Muka aku kerutkan. Sakit sangat hati aku ni! Tak guness!
Dia masuk di bahagian memandu dengan wajah yang tenang. Dia memandangku sekilas dan terus menghidupkan enjin. Selepas itu dia membawa keretaku dengan berhati-hati.
Semasa dalam perjalanan tiada langsung suaranya kedengaran. Aikk! Bapak setan ni bisu ke hape? Pelik juga aku. Dulu kalau berjumpa denganku mesti mulutnya becok. Becok bukan apa.. Becok sebab tak puas hati apa yang aku buat. Semuanya salah di matanya. Naik meluat aku!
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Nama Nadhrah terpapar. Terus aku menjawab.
“Hello, assalamualaikum.” Sapaku.
“Waalaikumussalam! Mizan! Kau mane ni? Kiteorang dari tadi dah tercongok depan villa kau ni!” Nadhrah menyergah aku. Aku terus menepuk dahi. Alamak! Macam mana aku boleh lupa hari ni aku ada study group dengan dieorang!
“Alamakk!! Aku lupa weh! Korang makan-makan dulu kat luar boleh? Aku rasa perjalanan balik ni ambik masa dalam satu jam. Aku dari KLIA ni.” Aku menutur kata dengan gelabah.
“Wei! Kiteorang dah makan dah. Kau nak perut kiteorang ni jadi macam ikan buntal ke?” Nadhrah membalas semula kata-kataku.
“Alahai.. Kalau cam tu aku call ibu aku suruh korang masuk then kejap lagi aku datang. Okey? Korang tunggu jela..”
“Hmm.. Kalau cam tu okeylah. Kau cepatlah sikit! Aku tak sabar nak belajar dengan ‘budak pandai’ tu! Hehehe..”
“Gatal! Iyelah.. Kejap lagi aku sampai. Kay, bye weh!”
“Okey, bye!” Aku terus memutuskan talian setelah itu aku menelefon ibuku.
“Hello, assalamualaikum bu. Hari ni adik baru teringat adik ade study group dengan kawan-kawan la. Ade dalam 6 orang kat luar tu. Empat perempuan and dua lelaki. Ibu kasi dieorang masuk eh?”
“Waalaikumussalam.. Adik dah jumpa Rashid?” Tanya ibuku tanpa menghiraukan apa yang aku cakapkan tadi.
“Dah.. Dia ada sebelah adik ni. Ibu jangan lupa tau. Kejap lagi adik sampai.”
“Haa, okey okey.” Balas ibuku semula.
“Okey, bye bu!”
“Okey, bye!”
Aku memutuskan talian dan masukkan telefon bimbitku dalam beg semula. Aku memandang muka Rashid. Aku tahu dia memasang telinga bila aku bercakap dengan kawan dan ibuku. Muka dia aku nampak ada perubahan sedikit. Kulitnya cerah, tidak macam dulu. Mungkin dulu dia budak rugbi itulah kulitnya hitam. Badannya bertambah tough dan dia semakin tinggi, semakin hensem, semakin matang.
“Ehem! Handsome sangat ke aku?” Rashid bersuara tanpa memandang aku.
Aku tersentak. Aku pandang die lama sangat ke? Haishh! Perasan punya mamat! Cis!
“Tak payah nak perasan sangatlah! Ni, aku nak kau hantar aku kat villa dulu. Pastu, kau baliklah.” Aku terus memandang ke luar tingkap sambil berkata.
“Kereta kau ni?” Dia bertanya.
Haah.. Ye tak ye jugak. Kereta aku ni macam mana?
“Ermmm.. Kau bawak balik then esok kau hantar. Boleh? Aku ada hal. Urgent sangat!” Aku memberi idea tanpa memikir panjang.
“Hmm.. Okey!” Dia bersetuju dengan ideaku.
SAMPAI saja di villa, aku terus meluru masuk tanpa mempedulikan Rashid yang berada bersamaku. Aku mencari kawan-kawanku di ruang tamu. Tapi, tiada. Mak Midah yang sedang melintas di ruang tamu terus aku terkam. “Mak Midah! Kawan-kawan saya mana?” Aku terus bertanya kepadanya.
“Astagfirullahalazim.. Luruh jantung Mak Midah!” Mak Midah mengurut-ngurut dadanya. Aku hanya tersengih-sengih.
“Sorry Mak Midah! Dieorang kat mana?” Sekali lagi aku bertanya.
“Dieorang kat luar tu ha.. Lama dah dieorang tunggu.” Kata-kata Mak Midah telah menggembirakan aku. Segera aku ke laman yang terletak di sebelah kolam renang.
Kelihatan Nadhrah, Cassandra, Arisya, Syazwina, Faqhrul dan… aku tak kenal. Maybe tu kawan yang Faqhrul maksudkan kot. Hmm.. Boleh tahan handsomenya!
Aku segera mendekati mereka. “Assalamualaikum! Sorry lambat.” Aku memberi senyuman tapi lebih kepada menyengih.
“Haa.. Sampai pun! Waalaikumussalam!” Cassandra menyapaku.
“Dah, pergi ambik buku. Jom belajar!” Arisya pula yang bersuara.
“Jap.. Faqhrul.. Kawan?” Aku bertanya kepada Faqhrul.
“Haah. Lupa pulak nak kenalkan. Ni Farish Ikram.” Kata Faqhrul sambil tersenyum.
Aku melambaikan tangan ke arah Farish. “Hai! Nice to meet you!” Aku memberi senyuman kepadanya. Dia membalas lambaian aku sambil tersenyum. “Nice to meet you too.” Ucapnya.
Keadaan yang riuh dengan perdebatan jawapan tiba-tiba menjadi keadaan di dalam bilik mayat. Aku memandang seorang demi seorang. Ehh? Ape hal pulak ni? Yang tak boleh agak sekali muka Cassandra. Melopong betul-betul membentuk huruf ‘O’.
Aku terus memandang ke belakang. Oh mak kau!! Tak balik lagi bapak setan ni?!
“Eh! Kata nak balik?” Aku bertanya kepadanya.
“Bila masa? Aku tak cakap apa-apa pun. Lagipun kan, alang-alang dah datang sini aku nak jugak jumpa mak mertua aku!” Dia membalas semula kata-kataku. Dia sengaja menguatkan suaranya pabila menyebut ‘mak mertua’. Aikk! Bile mase pulak aku kahwin dengan dia ni?! Aku memandang ke arah kawan-kawanku. Kelihatan semua membuat muka terkejut + melopong. Tapi bila aku memandang ke arah Faqhrul, ada riak kecewa di mukanya. Apakah??
“Woit! Bile mase aku kahwin dengan kau ni? Masalah betul!” Aku terus masuk ke dalam rumah. Rashid mengikut dari belakang.
Sampai di ruang tamu terus aku bertanya kepadanya. “Apa maksud kau dengan ‘mak mertua’ yang kau cakapkan tadi? What is that?!”
“What? Salah ke? Aku tak nak kau rapat sangat dengan lelaki tu..” Katanya selamba. Ape punya jawapan daa! Aku tanya lain, dia jawab lain. Haish!
“Yes! Memang salah! Apa hak kau nak kawal-kawal aku? Aku nak kawan dengan laki ke perempuan ke apa salahnya! Aku hanya berkawan! Salah ke?!” Aku terus mulakan perdebatan.
“Yes! Memang salah! Sebab kau bakal isteri aku!” Rashid memandang aku dengan geram.
Aku membulatkan mata. What?!
“What?!! Ape yang kau merepek ni?!” Aku menjerit nyaring.
“Hish! Tak yah menjerit boleh tak? Buat ape la aku nak merepek! Aku masih waras lagi ni!” Dia menutup telinganya tanda suara vetoku sudah keluar.
“Jadi.. Selama ni aku tunang.. Kau?!” Aku memandangnya dengan mata yang membulat sambil menunjukkan jari telunjukku ke arahnya.
Dia menganggukkan kepalanya dengan muka yang selamba. Nampaknya ada lagi satu perubahan pada Rashid. Dulu dia seorang yang penuh dengan riak. Tapi sekarang, segala perbuatannya kelihatan selamba dan tenang. Senang cerita seorang yang cool. Erkk.. Aku puji dia?!
“Arghhh!! Aku tak percayaaaa!!” Aku terus berlari menaiki tangga lalu masuk ke dalam bilik tidurku dan mengunci pintu. Fikiran aku kosong sekosongnya!
Aku duduk di depan meja solek. Kenapa aku mesti kahwin dengannya? Aku mengingati semula apa yang terjadi.
“DIK, pakai cincin ni.” Ibu menyuruh aku memakai sebentuk cincin emas putih simple.
“Ape bende ni bu?”Aku bertanya kepada ibu dengan pelik.
“Cincin la.” Kata ibu sepatah.
“Yelaa.. Cincin untuk apa?” Aku mengerutkan keningku.
“Cincin pertunangan.” Kata ibu dengan tenang.
“What?! Bu.. Adik baru 19 tahun.”
“Bertunang je. Belum kahwin lagi.”
“Ala….. Kenapa ibu pulak yang cari? Biarlah adik.. Lagipun adik nak enjoy dulu life ni.”
”Enjoy la. Tapi tak payahlah enjoy lebih-lebih. Ingat, adik dah bertunang.Fullstop!” Kata ibu dengan nada yang tegas.
Aku ingin membalas tetapi bila dengar suara ibu dah bertukar nada, aku terdiam.
SALAH aku jugak. Aku tak tanya ibu siapa. Hailaa.. Tapi, kenapa mesti dengan Tengku Rashid Zafran bin Dato’ Tengku Zahrin?! Why him? Why? Why??!! Aku menekup mukaku dengan kedua-dua belah tapak tangan. Rasa pedih dengan kata-katanya dulu masih tidak hilang dalam diriku. Kata-katanya juga telah membuat diriku sentiasa dibayangi bayang-bayang hitam!
Aku terlampau bencikan dia! Terlampau! Tapi, kenapa aku harus dikahwinkan dengan dia?! Tak ada lelaki lain ke ibu nak jodohkan dengan aku?! Kenapa diaaaa!!
Adakah ini takdir aku? Takdir untuk dikahwinkan dengan musuhku sendiri?! Tak! Aku tak akan benarkan perkara ini terjadi! Aku akan halang! Aku tidak akan kahwin dengan musuhku sendiri! Tak akan! Aku akan tentang segalanya dengan sedaya upayaku! Aku takkan perkara ini menjadi kenyataan! Neverrrr!!!!
Pintu yang aku kunci tadi telah terbuka dari luar. Ibu memegang kunci pendua di tangannya. Dia memandangku sambil mendekati aku.
“Adik.. Ibu minta maaf.. Ibu tak ceritakan perkara ni.” Ibu memelukku.
“Tapi.. Kenapa dia? Kenapa dia bu? Ibu tau kan apa yang terjadi antara adik dan dia?” Aku bertanya kepada ibu dengan suara yang ditahan-tahan.
“Ibu rasa dia adalah yang terbaik untuk adik walaupun hubungan adik dan dia dingin. Adik kena faham dia dulu. Adik kena kenal dia dulu. Baru adik boleh terima dia.. Hmm?” Ibu memujukku sambil mengusap-ngusap jari jemariku.
“Tapi.. Adik ..” Aku menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak boleh terima semua yang terjadi.
“Adik.. Pandang ibu. Adik sayang ibu tak? Hmm? Adik sayang ibu tak?” Ibuku memegang kejap bahuku sambil menggoyang-goyangkan aku. Aku menganggukkan kepala.
“Kalau adik sayang, adik sanggup lakukan apa saja untuk ibu kan? Kan?” Ibuku bertanya lagi.
“Tapi.. Bukan ni bu..” Aku menjawab sambil menundukkan wajahku.
“Adik.. Kalau nak tengok ibu bahagia, please! Please terima Rashid. Ibu mintak sangat. Hmm?” Aku mengalirkan air mataku. Permintaan ibu sungguh berat aku hendak tunaikan. Aku sudah berjanji untuk menentang perkahwinan ini berlaku. Tapi.. Suara ibu merayu bagaikan kata-kata aku luntur begitu sahaja. Tak sanggup aku nak sakiti hatinya.
“Bagi adik masa ibu.. Please..” Aku memandang wajah ibuku dengan mata yang sembap.
Ibu menganggukkan kepalanya. “Tapi, ibu harap sangat adik setuju.. Ye?”
“Insya-Allah..”
- bab 4 is cominggg! :D tolong komen ye. ;) -