You're Mine! No One Else - 17
Friday, 21 December 2012 | 19:18 | 21 Komen Penguat
BAB 17
“FOR you.” Dia menyerahkan sebotol air mineral padaku. Dengan pantas aku ambil kerana terlampau dahaga. Pertandingan tadi sungguh memenatkan aku. Tapi, keseluruhannya memang menyeronokkan!
“Apa awak rasa?” Orang asing itu duduk bersebelahan denganku. Aku pandang mukanya.
“Rasa apa?”
“Pertandingan tadi?”
“Hurmm.. Penat.”
“Penat je?”
“Absolutely seronok! Yang paling saya tak boleh lupa, masa awak kupas kulit carrot. Hahaha.. Muka awak dah macam tahan berak je saya tengok! Hahaha.” Aku tergelak-gelak apabila teringat apa yang terjadi masa pertandingan itu berlangsung.
“Eleh.. Cakap orang! Dia tu tarik orang pun tak lepas. Disebabkan awak, kita tak dapat tempat pertama dalam pertandingan tu tau!”
“Ehh.. Siapa suruh awak tu berat sangat? Saya mana larat.. Kalau awak tu cekeding tak apa lah jugak. Sepuluh saat je dah sampai garisan penamat.” Aku jeling Megat.
“Hey guys! Ada lagi aktiviti!” Suara Sansha membuatkan aku dan Megat berhenti berbalas kata. Aku segera berdiri dan melangkah ke arah Sansha. Megat aku lihat hanya mengikut aku dari belakang.
“Ada aktiviti apa lagi Sansha?” Tanya aku setelah berada di sebelahnya. Sansha tidak terus menjawab soalanku. Matanya memandang Megat dibelakang aku.
“Megat, chongmal saramiganeun geotgata?” (Megat, awak rasa dia nak ke?) Aku mengerutkan kening. Ni bukan bahasa Korea ke? Wow! Sansha pun tahu cakap bahasa Korea? Powernya!
“Mullon! Keunyo chinhan chingu waeyo. Dangshineun kokjing hajima..” (Semestinya! Saya dengan dia dah jadi kawan baik. Awak janganlah risau..) Aku pandang Megat pula. Dia ni memang aku tahu pandai cakap Korea..
“Eiii! Apa yang awak berdua cakapkan ni? Saya tak fahamlah!” Aku kerutkan kening rapat-rapat. Geram betul aku dengan mereka berdua. Berkomunikasi dengan bahasa yang aku tak faham. Haishh..!
Megat dan Sansha sama-sama ketawa.
“Nothing..” Ujar Sansha sepatah.
“Sansha, tadi you cakap ada lagi aktiviti kan? Let’s go!” Megat mula melangkah meninggalkan aku dan Sansha di belakang. Cepat-cepat aku berjalan menyaingi langkahnya.
“MEGAT! Awak jangan buat kerja gila boleh tak?!” Mata aku tajam memandangnya. Memang gila mamat ni! Desperate sangat ke?
“Alaa.. Please Mizan. Satu shoot je.” Megat membuat muka kesian. Aku mengeluh kuat. Hilang akal ke Megat ni?!
“Megat.. Kenapa dengan awak ni? Nak ambil gambar segala. Dengan pakai baju pengantin bagai. Benda ni boleh mendatangkan fitnah awak tau tak? Nanti orang ingat kita pasangan suami isteri.” Tegas aku. Aku menjeling geram ke arah Megat.
“Mizan.. Dekat sini semua orang kenal saya. Semua orang tau saya belum kahwin lagi. Setakat ambil gambar pakai baju pengantin, ape lah dieorang nak kisahkan.. Okey, macam ni. Awak jangan risau. Tak ada siapa yang berani bukak mulut. Believe me!” Ujar Megat bersungguh-sungguh dengan muka yang serius.
Aku menjeling sekilas memandang Megat. Riak wajahnya menunjukkan keikhlasan dengan kata-katanya tadi. Aku mengambil nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan.
“Saya percayakan awak. Tapi! Kalau kepercayaan awak tak boleh pakai, jangan harap saya nak percaya awak lagi!” Kata aku dengan nada yang keras. Megat hanya tersenyum lebar sambil menganggukkan kepalanya.
“CANTIK kan gambar ni?” Megat menunjukkan sekeping gambar bersaiz 4R kepadaku. Aku menganggukkan kepala seraya mengambil gambar di tangan Megat.
“Awak ambik tu, saya ambik yang ini.” Aku mendongak memandang Megat dengan dahi berkerut.
“Kata satu shoot. Kenapa ada dua gambar pulak?” Serentak itu juga aku merampas gambar yang berada di tangan Megat. Hmm.. Gambar ni lagi cantik.
“Ada yang candid.. Yang saya punya tu candid. Kalau aw….” Belum sempat Megat meneruskan kata-katanya, aku telah memotong.
“Saya ambik gambar ni lah. Awak ambik ni ye. Hehehe.” Aku menghulurkan gambarku kepadanya sambil tersengih. Dia seperti terpinga-pinga seketika. Seketika kemudian dia tersenyum segaris.
“Nakalnya dia!” Serentak itu dia mengambil gambar di tanganku. Aku tersengih panjang memandangnya.
Aku memandang jam tanganku. Sudah pukul sebelas malam. Hee, kalau balik lambat sangat bahaya ni.
“Megat, saya nak balik lah. Dah pukul sebelas dah ni.” Megat memandang jam tangannya. Kemudian dia memandangku.
“Okey. Jom saya hantar.” Aku tersenyum seraya mengangguk.
AKU memusingkan badan berdepan dengan Megat sambil tersenyum.
“Okey, saya masuk dulu ye.”
“Okey. Good night. Have a sweet dream. Take care. Assalamualaikum.” Ucap Megat dengan senyuman di bibir.
“Waalaikumussalam. Take care jugak. Have a sweet dream jugak. Good night jugak.” Aku dan Megat sama-sama ketawa. Lucu dengan kata-kata yang aku balas.
“Saya masuk dulu..” Kata aku dengan ketawa masih bersisa. Megat mengangguk.
“Ah! Lupa pulak.” Aku pusing berdepan dengan Megat semula. Megat menjongketkan sebelah keningnya.
“Thanks a lot for today. I’m very very happy.” Kata aku dengan ikhlas. Megat hanya memandang lama wajahku.
“Ada kertas dengan pen?” Pertanyaannya membuatkan aku terpinga-pinga.
“Nak buat ape?” Tanya aku dengan dahi berkerut.
“Adalah.. Ada tak?” Aku mengangguk lalu dengan cepat aku memunggah barang-barang di dalam beg tanganku.
“Nah. Kertas tak ada. Tapi buku ada lah.” Dengan pantas Megat capai. Dia kelihatan menulis sesuatu di dalam buku aku. Aku memandang dia dengan dahi berkerut. Apa benda lah dia tulis tu..
“Nah. Jangan baca sekarang. Baca lepas saya pergi.” Megat mengenyitkan sebelah matanya. Aku ambil buku dan pen yang Megat hulurkan.
“Okey.. Saya masuk dulu. Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..” Selepas Megat menjawab salamku, aku terus masuk ke dalam bilik.
Aku memegang erat buku di tanganku. Rasa tak sabar-sabar nak baca! Perlahan-lahan aku buka muka surat yang Megat tulis tadi.
“Happiness is not something ready made. It comes from your own actions.” - Dalai Lama
“Be brave and always happy!!! ^^” – Megat Izzat Syafiq
Aku tersenyum lebar. Thank you very much Megat!
p/s: Megat lagi~ Hehehe.. Enjoy reading. Kalau ada kekurangan, minta maaflah ye.. ^^ Jemput baca :D
#kalau nak komen, tekan link dekat bawah title post. Thankyouuu ^^V