You're Mine! No One Else! - 12
Tuesday, 27 November 2012 | 22:10 | 16 Komen Penguat
BAB 12
DAH dua hari aku duduk dekat Pulau Langkawi ni. Hari ini aku ditemani oleh Suraya. Pasal orang asing tu? Hari ni baru aku tahu nama dia. Itu pun aku tanya salah seorang pekerja di resort ini.
Megat Izzat Syafiq namanya. Umur dia 28 tahun. Orang cakap dia mix Chinese-Korean-Europe. Patutlah muka dia macam tu! Banyak sangat mixnya!
Aku lihat jam di tanganku. Pukul dua belas setengah tengah hari. Tiba-tiba loceng di dalam hotelku berbunyi. Aku memandang Suraya. Suraya mengangkat punggung hendak membuka pintu.
“It’s okay, Suraya. Akak pergi tengok.” Aku menghalang dia dari bangun. Aku terus membuka pintu hotel. Di luar, ada seorang pekerja hotel perempuan dengan senyuman di bibir.
“Selamat tengah hari cik. Saya disuruh menghantar makanan ini di bilik cik.” Aku mengerutkan dahi.
“Saya tak order apa-apa pun. Awak salah bilik ni..”
“Eh. Bilik nombor 232 disini lah kan?” Pekerja itu pula yang mengerutkan dahi.
“Sekejap. Betullah ni bilik 232. Tapi, siapa yang order?” Aku mengerutkan kening.
“Tak tau cik. Saya hanya menjalankan tugas.” Pekerja hotel itu menolak troli memasuki bilikku.
“Kena charge tak ni?”
“Tak perlu cik. Ini free. Selamat menjamu selera!” Pekerja hotel itu terus pergi meninggalkan aku dengan seribu pertanyaan.
Aku membuka makanan di atas meja dengan berhati-hati. Takut juga ada orang yang nak kenakan aku. Kut-kut diletaknya ular ke.. bangkai tikus ke.. Ish! Tak sanggup aku!
“Wow! Stik lah kak Mizan!” Suraya teruja lalu mendekati aku.
“Siapa yang order ek? Yang paling akak pelik, free pulak! Tah lah stik. Mahal kalau kat hotel ni.” Suraya menggelengkan kepalanya tidak tahu.
“Ala akak.. Dah rezeki. Kita makan jelah..” Suraya menarik tanganku untuk duduk di kerusi makan.
Suraya sudah mula makan dengan seleranya. Aku tengok dia makan selamba je, jadi aku pun turut sama menikmati makanan itu. Ermm.. Sedap!
AKU melangkah seorang diri ke kolam renang. Suraya pula masih tidur di dalam bilik. Malas aku nak kejutkan dia. Aku melihat beberapa orang sedang asyik bermandi-manda di dalam kolam. Riuh-rendah jadinya dengan suara kanak-kanak riang bermain di dalam air.
Aku memasang earphone di kedua-dua belah telingaku. Lagu Aku Suka Dia oleh Ainan Tasneem bermain di telingaku. Aku duduk di sebuah bangku yang berhadapan dengan kolam renang sambil melihat ragam manusia sambil mendengar lagu.
Tiba-tiba aku teringatkan Rashid. Aku mengaku aku masih sukakan dia. Aku rindukan dia. Tapi, kejadian berjumpa dengan Fazlin dan kejadian di dalam kereta itu membuatkan aku sesak! Aku tak faham kenapa dia teragak-agak nak bagitau Fazlin. Padahal, dah empat tahun aku dengan dia dah bertunang! Takkan masa dia belajar dekat UK, dia tak tahu dia dah bertunang? Siap boleh bergirlfriend segala lagi!
Masih terngiang-ngiang suaranya mencabar aku. Dia nak putuskan pertunangan kalau aku keluar dari kereta? Jadi, kalau aku keluar memang dah putuslah pertunangan tu?
Tengah syok-syok layan perasaan, tiba-tiba ada seseorang duduk di sebelah aku. Aku memandang ke arah kananku. Huh! Orang asing ni! Menyibuk betul! Baru nak bersoal jawab dengan diri sendiri, dia masuk line pulak. Tah lah masa line tak clear!
Aku nampak mulutnya sedang terkumat-kamit bercakap sesuatu. Aku buat tak tahu. Dia tiba-tiba menyiku lenganku. Aku terus membuka earphone di telinga.
“Amendenye?” Aku mengerutkan dahi sambil memandang mukanya.
“Laa.. Tak dengar rupanya... Dah kenyang?” Apesal pulak mamat ni? Tiba-tiba tanya aku dah kenyang. Aku kenyang ke tak kenyang ke buat ape dia nak kisah?!
Aku memandang semula ke hadapan. “Apesal kau tanye pulak?”
“Betul kau dah kenyang?” Dia bertanya padaku sekali lagi. Haishh!
“Ei! Tah ape punya soalan!” Aku memasang semula earphoneku di telinga. Buat-buat seperti dia tidak ada di sebelahku.
Tiba-tiba dia mengambil kerusi dan duduk di depanku. Dia melambai-lambaikan tangannya di mukaku. Apa hal mamat ni?! Dia menyuruh aku membuka earphone. Aku buat-buat tak layan.
Aku ternampak mulut dia terkumat-kamit bercakap sesuatu. Aku mengerutkan kening. Sekali lagi dia menyuruh aku menanggalkan earphone. Kali ini aku ikut katanya.
“Stik..” Aku memandang dia. Stik? Stik ape pulak….? Oh my god! Aku membulatkan mataku.
“Jad.. Jadi.. Kau.. Kau yang hantar stik tu?” Tergagap aku! Dia menganggukkan kepala sambil tersenyum.
“Oh no! Oh no! Besen! Mana besen! Aku nak muntah sekarang!!!” Dia tergelak melihat aku. Eh! First time aku tengok dia gelak. Sweetnya muka dia! Ei, Mizan! Bukan masa ni nak tengok sweet ke tak sweet. Sekarang ni masalah! Masalah!!!!
“Aku harap kau kenyang.” Dia bangun dari kerusi dan mula melangkah.
“Wei! Aku nak bayar balik!” Aku berjaya menghentikan langkahnya. Aku keluarkan beberapa not warna biru dan aku hulurkan padanya. Dia hanya tergelak kecil.
“Tak payah.. Aku belanja..” Aku masih tak puas hati.
“Aku tak suka kau belanja aku! Pasal hal semalam, jangan harap aku maafkan kau!” Dia masih buat muka selamba.
“Aku belanja kau sebab semalam lah.. Aku nak minta maaf pasal semalam.” Erkk.. Dia ni kenapa?!
“Tak nak! Ambik duit ni! Sekarang!” Aku hulurkan beberapa not warna biru itu dengan lebih dekat padanya.
Dia memandang duit itu lepas itu dia pandang muka aku pula. Gelak kecil meletus di bibirnya. Selepas itu dia terus pergi dari situ tanpa mempedulikan aku.
“Weiii!!!” Aku menjerit lagi. Dia langsung tak pedulikan aku!
MALAM ni, aku dan Suraya makan di resort saja. Malas nak jalan-jalan. Lepas makan, terus masuk tidur.
“Kak, saya tengok akak dengan tuan resort tu asyik gaduh je.. Ape cerita sebenarnya?” Suraya bertanya seraya duduk di sebelahku sambil meletakkan pinggannya.
“Panjang ceritanya.” Aku menjawab perlahan lalu mengambil sudu dan garfu di sisi pingganku.
“Pendekkan lah.”
“Okey, cite dia macam ni..” Aku terus cerita kat Suraya A sampai Z. Berbagai-bagai muka Suraya buat, gelak, terkejut, marah..
“Ohh.. Macam tu.. Tapi kan kak, saya tengok dia tu boleh tahan handsomenya. Kalau dipadankan dengan akak, bagai pinang dibelah dua. Sama padan!” Suraya tersengih-sengih.
“Kalau handsome tapi perangai macam bapak batu pun tak boleh jugak Suraya! Tak berkenan akak dengan dia! Lagipun, akak ni dah nak kahwin dah..”
“Oh, yeke? Dengan siapa?” Suraya memandangku.
“Dengan pilihan ibu akak.. Nama dia Rashid.” Aku jawab acuh tak acuh.
“Kenapa akak kena kahwin dengan dia pulak?” Haihh.. Banyak betul budak ni bertanya. Aku menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulutku. Selepas itu baru aku jawab.
“Ibu akak dengan mak Rashid rapat. Jadi, akak kenalah kahwin dengan dia.”
“Ohh.. Bila akak nak kahwin?”
“Hari ni dah dua hari akak duduk sini kan? So, lagi enam hari lagi.” Suraya membulatkan matanya.
“What?! Lagi enam hari?! Kenapa akak lari?” Suraya memegang lenganku.
“Terasa.. Kecewa.. Sedih.. Pilu..” Aku mengelamun seketika.
“Kenapa pulak kak?” Suraya memandangku dengan penuh simpati.
“Akak memang suka dengan Rashid tu.. Tapi, dia dah ada makwe. Hari tu akak jumpa makwe dia. Lawa sangat! Tak tertanding akak.. Yang paling akak tak boleh lupa, masa tu kiteorang beli cincin.. Terserempak dengan makwe dia. Makwe dia tanya akak ni siapa. Dia jawab akak ni kawan dia. Kecewa sangat akak masa tu..” Aku rasa macam dah hilang selera.
“Kalau macam tu, tak payahlah kahwin dengan dia.. Batalkan je perkahwinan tu..”
“Tak boleh dik.. Akak kesian dekat ibu akak.. mama dia.. Akak tak sampai hati.” Aku mula sebak.
“Adoi kak.. Kalau bukan pilihan hati akak, buat apa akak nak kahwin. Tolak je.. Pasal ibu dengan mama akak tu lain ceritalah. Lepas masalah kahwin tu selesai, akak pujuklah ibu dengan mama akak tu. Apa susah..” Berkerut-kerut dahi Suraya bercakap.
“Memang susah Su.. Kalau akak tak ikut kehendak hati ibu akak, akak rasa bersalah, tak selamat, risau. Akak memang tak suka buat hati ibu akak tak keruan. Lagipun dia ibu akak.. Dia tahu yang terbaik untuk akak. Akak redha..” Ucapku dengan air mata yang bergenang di tubir mata.
“Dah lah kak.. Kalau macam tu nak buat macam mana lagi.. Terpaksalah teruskan perkahwinan..” Aku menganggukkan kepala. Aku terus menyuapkan nasi ke dalam mulutku walaupun rasanya macam pasir.
Tiba-tiba orang dibelakang aku bangun. Aku menoleh ke belakang. Aku lihat dia meninggalkan makanan yang tidak berusik. Hmm.. Agaknya dia tak ada selera kot. Aku teruskan makan tanpa mempedulikan lelaki itu.
p/s: harap enjoy baca bab 12 ni.. Thanks for reading :D #kalau nak komen, tekan link dekat bawah title post. Thankyou :)