Cinta Buat Aku - 1
Saturday, 7 July 2012 | 05:53 | 3 Komen Penguat
BAB 1AKU mencapai tupperware atas meja sambil mataku tidak lepas-lepas memandang televisyen di depan. Tudung tupperware dah selamat aku buka. Aku mencapai sekeping biskut yang aku beli di kedai Pak Mikail tadi. Perlahan-lahan aku kunyah.
“Awhh.. Handsome gila mamat ni!” Aku bercakap seorang diri sambil tersenyum-senyum tengok Lee Min Ho sedang berlakon dalam drama Boys Over Flower. Cerita ni dah banyak kali aku tengok. Dah khatam dah pun! Tapi, demi Lee Min Ho yang aku cintai, aku sanggup tengok banyak kali. Keh keh keh..
“Almost paradise..achimboda deo nunbusin..Nal hyanghan neoui sarangi onsesang da gajindeutae.. In my life nae jichin sarme kkumcheoreom.. Dagawajun ni moseubeul eonje kkajina saranghal su itdamyeon..” Aku ikut menyanyi lagu tema Boys Over Flower sambil menggoyang-goyangkan badan ke kiri dan ke kanan.
Habis saja cerita kegemaran aku, aku terus masuk ke dalam bilik tidur. Aku nak bersiap ke gerai Mak Mah. Nak tolong apa yang patut. Al maklumlah, aku ni dah tak ada mak ayah sejak aku berumur 12 tahun. Dekat Mak Mah jelah aku tumpang kasih sayang. Rumah separuh papan separuh batu dan harta-harta sajalah yang mak ayah tinggalkan kat aku.
Aku ni anak tunggal. Tak ada adik-beradik yang lain. Hanya kepada Mak Mah dan anak Mak Mah, Abang Taufiq yang selalu aku bergantung. Dulu-dulu, nak pergi sekolah dia yang hantar dan ambil. Kalau aku tinggal sorang-sorang, dia yang temankan. Kalau aku sedih, dia yang pujuk. Baik sungguh mereka anak beranak kan? Aku rasa terhutang budi dengan dieorang. Abang Taufiq yang menjadi rebutan ramai gadis di kampung, sangat baik dengan aku. Kadang-kadang aku bangga jugaklah berdamping dengan orang handsome macam dia. Aku pun suka dia. Shuttt.. Jangan bagitau dia tau! Hehehe..
Abang Taufiq ni kerja sebagai seorang architect. Memang aku harap sangat suami aku kerjanya architect sejak kecil lagi. Abang Taufiq kerja di Port Dickson. Dia ulang-alik ke sana. Kalau dia cuti baru berkesempatan berjumpa dengannya. Sekarang dia sedang bercuti selama dua bulan. Lama kan? Dah dia dapat tender besar, bosnya pun murah hati nak bagi dia cuti.. Untung lah..
Selesai bersiap, aku terus keluar. Aku memakai t-shirt lengan panjang warna merah jambu, seluar slack warna hitam dan tudung bawal hitam. Dari kecil arwah mak suruh aku jaga aurat dan solat jangan tinggal. Pesanan dia yang satu tu aku tak akan lupa sampai bila-bila.
Aku menutup pintu rumah dan aku kuncikan.Aku memakai selipar dan bergerak menuju ke gate hadapan. Baru saja hendak membuka mangga, ada seseorang menegurku.
“Eh, ingatkan tak nak datang..” Suara Abang Taufiq yang garau menerpa corong telingaku. Aku mengangkat muka memandang wajahnya. Dia hanya memakai t-shirt putih lengan pendek dan seluar paras betis warna hitam.
“Waalaikumussalam..” Aku memerli dia. Dia tergelak kecil. Tahu sangat perangai dia yang suka menerpa tak tentu hala. Nasib baik aku ni tak ada penyakit lemah jantung. Kalau kena dekat dia ni, memang satu hari nanti aku dapatlah penyakit tu! Haishh..
“Hehehe.. Sorry. Assalamulaikum. Ingat tak nak pergi. Sibuk tengok cerita korea lah tu.” Abang Taufiq tersengih-sengih menampakkan lesung pipitnya di kedua-dua belah pipi. Itulah salah satunya keistimewaan yang menjadi kegilaan gadis di kampung aku. Tengok muka dia yang sweet mengalahkan gula-gula ditambah pula dengan lesung pipit yang ada pada wajahnya. Pergh! Luntur iman aku sekejap. Hehehe..
Aku tersengih menampakkan gigi aku yang tersusun rapi. “Ala.. Nak pergi lah ni. Sekejap je kot tengok cerita korea tu. Abang dari mana ni?” Aku lihat seluar dan kakinya basah.
“Oh.. Tadi abang pergi sungai sana. Saja jalan-jalan.. Kebetulan abang jalan depan rumah Hana, tengok-tengok Hana ade pulak. Jomlah pergi gerai Mak.” Abang Taufiq tersenyum.
“Abang jalan kaki ke?”
“Haah.”
“Nak naik kereta ke jalan kaki je?”
“Jalan kaki lah. Elok untuk kesihatan. Lagi-lagi Hana yang selalu duduk terperap je dalam rumah tu.”
Aku mencebik. Sempat lagi tu dia nak kenakan aku. Padahal, baru pagi tadi aku keluar rumah pergi beli barang-barang yang dah habis. Jalan kaki lagi! Sengaja nak buat cerita! Huh..
“Fine.. Jom.” Aku kunci semula gate dan jalan bersama-sama dengannya menuju ke gerai Mak Mah yang 500 meter dari rumahku. Abang Taufiq tersenyum lebar.
“ASSALAMUALAIKUM..” Aku dan Abang Taufiq serentak memberi salam setelah sampai di gerai Mak Mah. Ramai jugak orang dekat gerai Mak Mah sekarang ni. Oh ya.. Kan sekarang tengah hari. Mestilah orang tengah cari makanan sekarang.
“Waalaikumussalam.. Haa, dah sampai pun kamu berdua. Tolong Wawa ambil order dengan cuci pinggan dekat belakang.” Terus Mak Mah beri tugas kepada aku dan Abang Taufiq.
Aku mengangkat kening ke arah Abang Taufiq. Abang Taufiq menjongketkan bahu. Aku mencapai apron yang tergantung di dinding manakala Abang Taufiq mengambil sebuah buku nota kecil yang terletak di dalam bakul. Kami bergerak ke tempat masing-masing.
Aku bertungkus-lumus membasuh pinggan mangkuk di dalam besen di belakang gerai. Dua puluh minit kemudian aku sudah habis membasuh. Aku masuk ke dalam gerai semula untuk letak pinggan mangkuk yang telah aku basuh.
Aku lihat orang ramai sudah beransur pulang. Dah kenyang, tidur lah pulak kan? Aku pandang Abang Taufiq yang sedang mengambil order di depan. Mukanya tidak lekang dengan senyuman. Aku pandang pula orang yang dia sedang ambil order. Aku ternampak ada seorang perempuan memandang Abang Taufiq tidak lepas-lepas. Macam… Wuuu.. Nak nangis! Mane boleh sape-sape ambik Abang Taufiq aku! Tanpa berlengah lagi, aku melangkah semula ke bahagian belakang.
“Ehem.. Excuse me. Can I have a glass of fresh orange?” Suara garau yang menyapa telingaku mendorong aku berhenti daripada berjalan. Aku menoleh memandang ke belakang. Seorang lelaki berpakaian kerja dan berkot. Badannya sasa, tinggi, hidung mancung, muka putih bersih, mata yang sederhana, bibir yang merah tanda dia tidak merokok. Amboi.. Perfectnya aku describe lelaki depan aku ni. Entah perfect ke tidak.. Kot-kot playboy. Huh, tak nak aku terlibat deh!
Dia speaking? Elehh.. Aku ni ada master la. Belajar dekat UK lagi. Setakat tu? Hmm! Hampeh..
“Erkk.. Encik cakap apa?” Sengaja aku buat-buat tak faham sambil menggaru-garukan kepala yang tidak gatal.
“Saya nak air oren. Ada?” Jawabnya sambil tersenyum. Amboi.. muka handsome, nampak macam baik. Tapi aku rasa dia ni orang kaya kot. Dari segi pemakaian dia pun boleh tau..
“Ohh.. Saya ingatkan apa la tadi.. Hehe. Kejap ye encik. Encik boleh duduk dekat sana dulu. Kejap lagi saya hantar.” Dia menganggukkan kepala sambil tersenyum. Aku menuju ke dapur semula untuk buat air orennya. Dalam fikiran aku sekarang, lelaki tu dari mana? Sebelum ni tak pernah pulak aku nampak dia datang sini. Hmm.. Maybe singgah je kot.
Setelah air oren siap, aku menuju ke arah lelaki tadi. Aku letak segelas air oren di atas meja depan dia. Dia mengucapkan terima kasih sambil tersenyum. Laki ni asyik senyum je.. Tak penat ke? Aku membalas semula senyumannya seraya melangkah ke dapur.
Aku melabuhkan punggung di atas bangku warna biru di belakang gerai menghilangkan penat sekejap. Sekarang sudah pukul 2.00 petang. Kalau pelanggan di gerai Mak Mah ni dah berkurang, aku nak minta balik lah.
“Hana.. Kenapa duduk sini?” Abang Taufiq berdiri disebelahku. Aku tersengih.
“Penat sikit.”
“Ohh..” Abang Taufiq ambil lagi satu bangku dan duduk di sebelahku.
“Hana…”
“Hmm..”
“Hana…”
“Hmmm…”
“Hana…”
“Aish Abang ni! Hana, Hana, Hana. Ape bendenye?” Aku mengerutkan kening sambil memandangnya. Dia tergelak melihat reaksi aku. Haishh.. Mengada-ngada betul Abang Taufiq ni! Nasib baik aku suka dia.. Hehe..
“Hana, umur Hana berapa?” Aku mengerutkan kening. Aikk, umur aku pun dia tak tau? Berapa tahun pulak dia duduk dengan aku ni?
“27?” Haish, kenapa aku rasa tua sangat ni?
“Tak fikir nak kahwin ke?” Uhh, ayat pelik tu ye!
“Tak.. Abang tu kena kahwin. Umur dah nak 30 dah..”
“Abang nak kahwin dengan sape? Abang bukannya handsome..”
“Chet! Rendah diri konon.. Abang, abang handsome lah! Takkan lah akak Sara, akak Syira, akak Zura sanggup tunggu abang. Ramai yang suka abang.. Abang je yang jual mahal..” Di penghujung ayat aku perlahankan suara.
“Kalau Hana kahwin dengan abang nak?” Aku tergamam. Kalau sekarang aku tengah makan ikan, aku rasa aku dah tercekik tulang ikan. Kalau aku minum air, aku rasa aku dah tersedak. Kalau aku tengah potong sayur, aku rasa mesti tangan aku dah berdarah-darah. Kalau aku tengah pegang pasu kaca, mesti pasu tu dah pecah sebab jatuh. Aduhaii.. Abang Taufiq yang ku sayang.. Abang Taufiq tengah lamar Hana ke ni?
“Erkk..” Itu je suara yang boleh aku keluarkan.
Lepas itu, aku terdengar Abang Taufiq gelak. Bukan gelak kecik, ni gelak besar!
“Hahahaha.. Abang main-main je.. Hana ni.. Abang tengok muke tu dah pucat lesi dah. Hahahaha..” Cis! Tak guna! Dia mainkan aku! Haishhh!! Wahai Abang Taufiq yang ku sayang sangat-sangat, tolonglah jangan buat main perasaan Hana ni..! Tau tak, Hana suka dekat Abang Taufiq lah! Eeeee!!
“Eeee!! Jahatnya! Tak nak kawan abang!” Aku terus bangun dan berjalan mendekati Mak Mah yang sedang duduk di kerusi. Nampaknya semua pelanggan dah balik.
“Mak Mah…” Aku duduk di sebelah Mak Mah.
“Haa, Hana. Mak Mah ade berita sikit ni.” Aku menjongketkan kening. Langsung hilang hal abang Taufiq di kepala.
“Ape bendenye Mak Mah?”
“Kamu tengah cari kerja kan?” Aku menganggukkan kepala. Memang aku tengah cari kerja. Dah dua bulan aku duduk terperap je dalam kampung ni. Nak jugak merasa kerja dekat luar sana.
“Kerja apa-apa pun boleh?”
“Apa-apa pun boleh.. Asalkan halal Mak Mah..” Jawabku lembut.
“Kerja dekat butik nak?” Butik?
“Butik apa Mak Mah? Dekat mana?”
“Tadi, Suraya ada jumpa Mak Mah. Dia cakap dia nak sambung belajar. Tapi, dia dah dapat kerja kat Butik Fahin. Jadi, dia minta Mak Mah pass kan kerja ni dekat sesiapa. Rugi kalau tak pergi.. Katanya, limited edition kerja ni.. Maklumlah, pengusaha dia orang besar. Macam mana? Hana nak?” Panjang lebar Mak Mah bercerita. Aku dari tadi mendengar sudah tersenyum-senyum. Inilah peluang aku!
“Dekat mana Mak Mah?” Tanya aku dengan muka yang teruja.
“KL. Lusa Hana dah kena pergi mula kerja.” Balas Mak Mah.
“Okey! Hana terima! Terima kasih Mak Mah!!!” Aku terus memeluk Mak Mah dengan erat. Sekali lagi dia membantu aku. Terima kasih Mak Mah! Terima kasih banyak-banyak!
-Done! Macam mana bab 1 ni? best tak? :D-