You're Mine! No One Else! - 7
Thursday, 25 October 2012 | 08:15 | 4 Komen Penguat
BAB 7
RASHID memberhentikan keretanya di depan sebuah tasik. Aik, apesal dia berhenti dekat sini? Patutnya lepas beli baju terus balik. Aduhai, punah harapan aku nak tengok movie!
“Buat apa dekat sini?” Aku memandang dia dengan kening berkerut.
“Jalan-jalan.. Jom!” Dia membalas kata-kataku seraya keluar dari kereta. Aku pun turut sama keluar dari kereta.
Aku lihat dia berjalan meninggalkan aku. Aku masih tercegat di sebelah keretanya. Ei, menyampahnya! Membuang masa aku betul!
Dia memusingkan badannya melihat aku masih tercegat di sebelah keretanya.
“Buat ape lagi kat situ? Jomlah!” Dia memanggil aku untuk menyertainya. Aku dengan terpaksa melangkah ke arahnya.
Bila aku didapati berada di sebelahnya, dia berjalan dan aku ikut berjalan dengannya. Bau minyak wanginya memasuki rongga hidungku. Wangi!
“Kau pernah datang sini?” Rashid tiba-tiba bertanya kepadaku.
“Pernah la.. Sekali dua.” Aku menjawab sambil melihat sekeliling. Tempat ni memang sesuai untuk beriadah seperti berjogging, bersenam, jalan-jalan. Yang paling best boleh bagi ikan makan. Banyak betul ikan dekat sini. Cantik-cantik pulak tu!
“Jom duduk sana.” Rashid menunjukkan sebuah pondok di tepi sungai.
Aku menganggukkan kepala. Kami beriringan menuju ke pondok tersebut. Aku dan dia duduk di atas kerusi yang telah disediakan.
“Aku nak tanya kau boleh?” Tanya Rashid setelah beberapa minit mendiamkan diri menikmati ketenangan melihat tasik yang cantik di hadapan mata. Aku memandang Rashid yang sedang memandang tepat wajahku.
“Apa dia?” Soalku dengan muka berkerut sedikit.
“Kau dah ada boyfriend ke belum?” Eh, apesal dia tanya? Pelik betullah mamat ni akhir-akhir ni.
“Aikk, kenapa kau tanya pulak ni?” Aku memandangnya sambil menjongketkan sebelah keningku.
“Tak de.. Saje je.. Tak nak jawab tak pe lah..” Rashid memandang ke arah lain. Aikk, merajuk ke?
“Aku ni.. Entahlah. Susah nak cakap. Tapi, aku ni masih single but not available!” Aku bercakap sambil memandang ke arah lain.
“Kenapa not available pulak? Dah ada someone ke?” Aku menganggukkan kepala.
“Dari dulu sampai sekarang aku masih sukakan dia.. Dia sangat special kat hati aku. No one else!” Aku bercakap dengan bersungguh-sungguh.
“Ohh.. Untunglah orang tu..” Rashid menganggukkan kepalanya sambil bercakap.
Hmm.. ‘Untunglah orang tu..’ Kau yang sepatutnya beruntung Rashid! Hati aku masih belum boleh melupakan kau lagi! Kau adalah lelaki pertama yang hadir dalam hati aku. Kau adalah lelaki pertama yang telah mencuri hati aku. Kau adalah lelaki pertama yang mengisi ruang di hati aku! Hanya kau! Mungkin sebelum ini aku cuba membenci kau. Tetapi, semua tidak berhasil! Lagi-lagi ibu dan mama hendak menjodohkan aku dengan kau. Hati aku makin kuat untuk mencintai kau!
“Jom?” Rashid bangun sambil memandang aku. Aku yang sedang mengelamun cepat-cepat mengambil beg tanganku dan berjalan beriringan dengannya.
“Betul kau nak kahwin dengan aku?” Rashid bertanya kepadaku sambil memandang depan.
“Entah. Kau pulak?” Aku menjongketkan bahu.
“Hmm.. Aku pun, entahlah!” Aku tergelak kecil melihat dia menjongketkan bahu dengan muka yang kelakar.
Aku dan dia kembali diam. Melayan perasaan masing-masing. Aku sempat memandang sekeliling tasik. Ada yang sedang bermain skate, bersenam, jogging, berpicnik dan… Oh my gosh, ais krim!!
“Wei! Aku nak ais krim!” Aku menepuk-nepuk bahu Rashid sambil tersengih-sengih macam budak kecil. Seriously, aku memang gila ais krim, gila puding, gila coklat! Peace no war! Hehe..
“Pergilah beli sendiri!” Rashid mengelak dari tepukan bertalu-talu aku di bahunya. Dahinya berkerut. Hish dia ni, tak sporting betul!
“Alaaaa… Pleaseee.. Nak ais krim.. Nak ais krim..” Aku menggosok-gosok kedua-dua belah tanganku sambil membuat muka comel. Harap Rashid termakan pujuk! Please!
“Hish, budak ni!” Rashid laju melangkah menuju ke gerai ais krim itu. Yeahh!! Ni yang aku bertambah sayang dekat dia. Thanks Rashid!
Aku berjalan ke arah dia sambil tersenyum simpul. Aku berdiri di sebelahnya sambil tersengih.
“Nah!” Dia menyerahkan sebatang ais krim kepada aku. Ehh, dia pun beli?!
“Kau pun beli?” Aku bertanya kepadanya selepas dia membayar ais krim kami kepada pak cik yang menjaga gerai itu tadi.
“Suka hati lah! Aku pun nak makan ais krim jugak.” Rashid bercakap sambil menjilat ais krim di tangannya. Aku menganggukkan kepala sambil menjilat ais krim di tanganku. Yummy!
“Bro! Wassup!” Tiba-tiba seorang lelaki menyapa Rashid. Aku dan Rashid terus memandang ke arah kiri.
“Eh, bro! Wassup!! Bila kau balik ni? Tak call pun!” Rashid kelihatan terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Dia bersalam dengan lelaki tersebut. Handsome jugak lelaki ni. Badan dia pun hot!
“Dua hari lepas. Sorry ah, aku tak sempat nak call. Makan ais krim nampak?” Kata lelaki itu sambil tersengih-sengih.
“Hahaha. Memanglah.. Orang pengaruh makan ais krim kuat!” Lelaki itu tergelak kecil.
“Kau balik nape? Bukan ke hari tu kau cakap nak stay sana dalam dua tiga bulan lagi kan?” Rashid bertanya kepada lelaki itu.
“Mak aku suruh balik. Ada hal urgent sangat katanya. Tengok-tengok suruh hantar dia pergi shopping kat Pavillion sana. Sengal ke tak sengal? Tahlah flight dari UK tu ambil masa sampai 16 jam! Aku ingat urgent sangatlah.” Kata-kata lelaki itu mengundang ketawa Rashid. Aku pun turut ketawa kecil mendengar celoteh lelaki itu.
“Hahahahaha!! Baik ah kau! Kena dengan mak sendiri!” Rashid menepuk-nepuk bahu lelaki itu sambil tergelak-gelak.
“Tu yang tak boleh agak tu! Tapi kalau nak difikirkan balik, aku ni jelah dia boleh bergantung. Aku mana ada adik beradik lain.”
“Haah kan. Kesian jugak kat mak kau tu. Kau takkan nak stay kat UK tu lama-lama? Balik ah Malaysia. Buat business kat sini. Cari isteri. Bolehlah kau jenguk-jenguk sikit mak kau tu.”
“Tu lah.. Aku rasa lepas urusan aku semua selesai kat sana, aku nak pindah balik kat Malaysia ni. Aku pun nak cari kekasih hati lama aku. Entah dah kahwin ke belum dia. Kalau belum kahwin, memang aku ada chance lah!”
“Aku tak tau pun kau ada kekasih hati lama. Ape ni, member sendiri pun tak kongsi. Story ah!”
“Ah! Nanti-nanti lah. Siapa sebelah kau tu?” Cet, baru nampak aku? Berapa lama dah borak daa? Teruk betul!
“Ni lah Mizan!” Lelaki itu membulatkan matanya melihat aku. Apesal pulak ni?!
“Mizan Alina Afisya binti Tan Sri Khalif?” Dia menyebut nama penuhku sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arahku. Aku menganggukkan kepala sambil mengerutkan keningku. Macam mana pulak dia boleh tau nama penuh aku ni?!
“Wow! You are very beautiful!” Lelaki itu tersenyum lebar sambil memandang aku.
Erkk.. Aku ni lawa sangat ke? Aku rasa macam biasa-biasa je.. Dieorang ni memang suka buat cerita betul!
“Tak kenal ke?” Lelaki itu bertanya kepadaku. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Imposible aku pernah jumpa lelaki se’hot’ ni.
“Alif lah! Ku Alif Farhan! Takkan tak ingat?”
Aku menggaru-garukan kepalaku yang tidak gatal. Alif? Hmm.. Alif.. Macam pernah dengar. Tapi.. Aha! Kawan baik Rashid dulu!
“Ohh! Baru ingat! Macam mana boleh jadi hot sangat ni? Dulu keding je.” Aku bertanya kepadanya sambil tersengih.
Dia tergelak mendengar kata-kataku. “Orang sebelah ni asyik bawak pergi gym je. Mana taknya..”
“Hahaha. Patutlah.. Sambung belajar kat UK ke?”
“Haah.. Sama dengan Rashid. Tapi ambil course lain-lain. Kan dia nak jadi arkitek.. Saya ambil bisnes. Tapi, sepanjang kat sana memang satu rumah dengan dia.” Aku menganggukkan kepala.
“Tak silap Mizan masih belajar kan? Belajar kat mana?” Alif bertanya kepadaku.
“Kat Uitm Lendu. Ambil Tesl.”
“Ohh.. Dulu dengar nak jadi cikgu? Jadi ke?” Alif tersengih.
“Eh, mestilah jadi.. Tapi lebih tertumpu nak jadi pensyarah lah..” Alif menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
“Bro, jemput datang majlis perkahwinan aku nanti. Sepuluh hari dari sekarang.” Kata Rashid tiba-tiba. Mengubah topik perbualan.
“Hah? Kau nak kahwin? Dengan siapa?” Alif memandang Rashid sambil mengerutkan keningnya.
“Sebelum aku pergi UK lagi aku dah tunang. Dengan orang sebelah aku ni lah.” Jawab Rashid dengan tenang.
“Wow! Untunglah kau.. Kahwin dengan orang kau suk..” Tiba-tiba Rashid menumbuk lengan Alif dengan kuat. Tak sempat Alif meneruskan kata-katanya.
“Aduh!” Alif memegang bahunya sambil mengerut-ngerutkan mukanya tahan sakit. Aku mengerutkan kening. Apesal pulak dua orang ni?
“Kenapa pulak ni?” Tanya aku pelik.
Rashid tersengih dan menjongketkan bahu.
“Tak ada pape.. Okey lah Lif. Pape aku roger kau. Datang tau majlis perkahwinan aku nanti.” Rashid menepuk-nepuk bahu Alif. Selepas itu dia membisikkan sesuatu di telinga Alif. Alif hanya menganggukkan kepalanya.
Rashid bersalam dengan Alif dan terus berjalan menuju ke keretanya. Aku pula memberi senyuman kepadanya. Selepas itu aku mengikut Rashid dari belakang.
Aku cuba merangka-rangka ayat Alif yang tidak sempat diucapkan tadi. ‘Wow! Untunglah kau.. Kahwin dengan orang kau suk..’ Suk? Suka? Hish! Imposible Rashid suka aku. Masa sekolah menengah dulu aku lah orang dia suka cari gaduh. Everyday mesti ada saja nak dibalahkan dengan aku. Imposible.. Imposible..
Belum sempat Rashid dan aku hendak masuk ke dalam kereta, Alif memanggil Rashid sekali lagi.
“Lupa pulak aku nak bagitau kau. Fazlin dah balik Malaysia.” Alif bercakap dengan Rashid dari jauh.
Fazlin?? Siapa pulak Fazlin ni?
Wajah Rashid berkerut sedikit. “Pahal dia balik pulak?” Rashid bertanya kepada Alif.
“Entah! Aku pun tak tau. Amal yang call aku semalam!” Balas Alif.
“Okeylah! Thanks Alif. Aku balik dulu.” Rashid mengangkat tangan lalu masuk ke dalam kereta. Aku pun turut masuk ke dalam keretanya.
Siapa Fazlin tu? Makwe Rashid ke? Ah! Malas aku nak kisah!
“Aku hantar kau balik villa. Esok kita pergi khusus perkahwinan. Mama cakap dia dengan ibu dah uruskan semuanya. Tinggal nak pergi khusus perkahwinan then nikah.”
“Esok aku ade kelas lah.”
“Bila kau habis kelas?”
“Dalam pukul dua laa..”
“Okey! Pukul dua sharp aku ambik kau.”
“Nak pergi mana pulak?”
“Pergi khusus perkahwinan lah!”
“Ohh..” Aku menganggukkan kepala.
“ESOK aku ambik kau. Jangan lupa pulak!” Rashid bercakap dari dalam keretanya. Aku di luar hanya menganggukkan kepala.
Setelah aku mengangguk, Rashid mengundurkan keretanya dan menderum meninggalkan villa. Aku terus masuk ke dalam rumah.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam.. Dah balik dah? Rashid mana?” Ibu bertanya kepadaku.
“Dah balik.. Esok dia nak bawak adik pergi khusus perkahwinan. Adik naik dulu eh bu. Penatlah.” Aku mencium tangan ibu.
“Haa, yelah. Makan malam jangan tak turun pulak ye.” Aku menganggukkan kepala lalu melangkah naik ke bilik tidurku.
“Eh! Baru teringat! Rancangan aku tak jadi pulak!” Aku menepuk dahiku seraya masuk ke dalam bilik tidurku.
“Biar jelah.. Malas aku nak fikir!” Aku membaringkan tubuhku di atas katil. Tidak lama kemudian mataku kian memberat dan akhirnya tertidur.
-p/s: Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam!! Selamat banyak makan daging lembu. Hohoho xD