Follow Dashboard
Tokens?

3 Cinta - 2
Friday, 2 October 2015 | 23:01 | 0 Komen Penguat


BAB 2



BILIK CEO HOTEL INSPRING, JOHOR BAHRU – 3.15 P.M.

KHALISH berdecit dan keningnya berkerut. Mesej yang baru diterimanya tadi membuatkan hatinya semakin membara. Sudahlah dipaksa menyertai mesyuarat yang tak penting lagi menyusahkan ini, ditambah pula dengan peletakan jawatan stylistnya! Hish, kenapalah nasibnya akhir-akhir ini tidak berpihak kepadanya? 

“Lish, kau nak makan apa? Aku belanja.” Khaliq yang baru saja masuk ke dalam bilik pejabat, terus menegur adik bongsunya itu.

“Ah, kau uruskan telefon Khalil tu dulu. Aku tengah serabut ni!” Kerutan di kening Khalish semakin menjadi-jadi. Sekarang sudahlah susah hendak mencari stylist yang memahami cita rasanya. Kalau dah jadi begini, haihh!

“Aku dah belikan phone baru untuk dia. Yang kau ni pula dah kenapa? Berkerut-kerut!”  Khaliq berdiri di hadapan Khalish sambil mencekak pinggang. Keningnya turut bertaut apabila melihat keadaan adiknya itu. Nampak macam ada masalah besar saja!

Stylist aku lari. Aduh, susahlah aku lepas ni!” Khalish mengeluh geram.

“Lari? Hahaha. Kau garang sangat ni! Cubalah perangai tu semenggah sikit dengan muka. Baru orang melekat. Ni sampai umur 30 lebih pun still tak ada skandal. Sadislah model macam kau. Kau gay ke?! Kau tak bagi tahu aku pun!” Khaliq tergelak kecil. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi kerja sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Eh, sedapnya kau mengata! Cuba cermin sikit diri tu. Ke nak aku belikan cermin untuk kau?” Khalish menjeling tajam wajah abangnya yang sedang tersengih memandang ke arahnya.

“Alah kau ni. Emo sangat pahal? Setakat stylist tu, belambak! Nak yang lembut? Nak yang kasar? Nak yang separuh lembut? Nak yang gay macam kau?”

“Kurang ajar kau! Eh, masalahnya sekarang, lagi tiga hari aku nak kena fly. Siapa yang aku nak angkut untuk jaga pakaian aku semua?”

“Ajaklah manager kau. Apa susah?!”

“Aku malas nak bawa orang tua tu! Nanti bukan dia yang uruskan aku, aku yang uruskan dia, kau tahu?!” Khalish menggeleng laju.

“Habis, kau nak buat apa sekarang?”

“Kau kan banyak quota. Tolonglah aku. Perlu sangat!” Khalish membuat muka kesian sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Kau ingat aku kisah?! Blah. Aku nak buat kerja.” Kata Khaliq, kasar. Benci dia dengan raut muka adiknya itu! Macam tak ada point lain aje!

Wajah Khalish berubah seratus peratus apabila dia dihalau keluar. “Kurang ajar kau kan! Dah ah, tak nak tolong sudah!” Khalish segera bangun dari sofa lalu keluar dari bilik itu dengan langkah tergesa-gesa. Geram betul hatinya! Orang minta tolong betul-betul, dia buat main pula! Melampau!

Khaliq tergelak kecil apabila dentuman pintu menghentam biliknya. Langsung tak boleh diusik! Telefon di atas meja dicapai. Nombor setiausahanya ditekan. Seketika kemudian panggilannya diangkat.

“Assalamualaikum, tuan.” Sapa Zack di hujung talian.

“Waalaikumussalam. Zack, cari stylist baru untuk Khalish.”

“Lagi?!” Zack, setiausaha Khaliq, terjerit kuat. Baru bulan lepas dia carikan stylist untuk adik bongsu majikannya itu!

“Kau tau-tau jelah perangai Khalish tu macam mana. Kali ni cari yang penyabar gila-gila tapi dia garang dan berbisa.” Khaliq tersenyum sendiri.

“Hah?! Ada ke spesies orang macam tu?”

“Pandai-pandailah kau cari. Yang aku tahu, orang kali ni bertahan lama dengan budak tu.”

“Hmm… Yelah, tuan.” Suara Zack mengendur. Risau betullah kalau kali ini pilihannya salah lagi! Ingatkan sebelum ini dah cukup terbaik. Rupa-rupanya cekadak Khalish Haiyan ini memang melebihi orang perfectionist!


LOBI HOTEL INSPRING – 5.00 P.M.

KHALIQ, Khalil dan Khalish melangkah tenang apabila turun saja dari tangga. Semua staf yang berbaris di bahagian lobi menundukkan badannya sedikit apabila mereka bertiga berlalu. Urusan mereka di sini sudah habis, tambahan pula Khaliq ada mesyuarat dengan ahli jawatankuasa induk pada esok pagi. Khalil pula hendak menjenguk galerinya. Khalish pula perlu pergi photoshoot untuk iklan baru di televisyen esok pagi. Masing-masing sibuk dengan kerjanya sendiri!

Khaliq menghentikan langkahnya apabila berhadapan dengan seorang staf lelakinya. Khalil dan Khalish turut berhenti berjalan dan memerhatikan gerak-geri abangnya itu.

Scarf.” Sepatah perkataan keluar dari mulut Khaliq sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah leher staf lelaki bernama Mahmud. Terkocoh-kocoh lelaki itu membetulkan semula skafnya yang kelihatan sedikit senget. Manakala pekerja yang lain turut meneliti pakaian mereka agar kelihatan kemas dan bersih.

“Ikmal mana?” Tanya Khaliq sambil memerhati sekeliling.

“Ya, tuan.” Ikmal bergegas menuju ke arah Khaliq apabila namanya dipanggil.

“Nampaknya arahan saya tidak dipatuhi.” Khaliq mencekak pinggangnya sambil memandang ke arah Autumn Café.

“Err… Apa dia, tuan?” Ikmal menikus. Jantungnya terasa sungguh berdebar-debar. Sudahlah dia ketua staf di sini! Majikannya ini pula memang akan ke sini setiap minggu sekali. Apa pula yang tidak puas di hatinya lagi! Habislah…

“Apa yang saya nampak dekat bahagian buffet, design pinggan tu lapuk, tukar plain but elegent. Cawan tu! Pastikan tiada cap jari atau habuk. Renew meja dan kerusi. Design hantar kepada setiausaha saya. Apa-apa keputusan saya akan terus call awak. Saya akan datang lagi minggu depan. Kalau masih lagi tak ada perubahan, saya tak akan teragak-agak pecat awak.” Khaliq bersuara tegas. Perbualannya dengan Ikmal tidak didengari oleh pekerja yang lain memandangkan suara Khaliq masih lagi pada noktaf yang rendah. Dia tidak mahu air muka Ikmal jatuh di hadapan pekerjanya yang lain. Dia ialah ketua staf dan patut dihormati dan dipatuhi arahannya.

“Baik, tuan.” Ikmal menganggukkan kepalanya tanda faham.

“Pastikan kekemasan. Rambut, perempuan paras bahu. Lelaki paras leher. Skirt perempuan sampai buku lali. Seluar lelaki pastikan seluar slack hitam. Bagi perempuan yang pakai tudung, pastikan tudung hitam. Kasut semua kulit. Siapa yang tak mematuhi arahan, pecat saja. Saya percayakan awak.” Khaliq menepuk bahu Ikmal dua kali lalu melangkah keluar dari lobi hotel tersebut.

Good luck!” Ucap Khalil kepada Ikmal sambil tersenyum kacak. Khalish pula hanya memandang tanpa berminat. Selepas itu mereka berdua mengikut langkah Khaliq menuju ke arah kereta Honda CRV berwarna putih yang telah diparkir di hadapan lobi oleh pekerja di situ.

Handsomenya!” Sabrina, seorang staf perempuan yang dikerumuni oleh beberapa orang kawannya, tersenyum hingga ke telinga sambil memandang ke arah kereta Honda CRV.

“Kan bagus kalau hari-hari dia datang! Marah pun kacak, senyum pun kacak, serius pun kacak!” Ainin, staf perempuan di sebelah Sabrina turut menyampuk sambil tersengih.

“Aku suka Khalil tu. Dahlah handsome, baik, gentleman! Kalau dia gelak comel sangat muka dia!” Aqilah tersenyum gembira sambil melambai ke arah kereta Honda CRV yang sudah bergerak.

“Khalish tu pun kacak jugak. Tapi kerek betullah. Aku tegur dia, dia buat derk je. Tapi, sebab muka dia macam tu… Hmm… Smartnya!” Ainin tersenyum hingga ke telinga.

Ikmal berdiri di hadapan mereka bertiga sambil mencekak pinggang apabila melihat mereka bertiga masih lagi tercegat di tengah-tengah lobi.

“Dah tak ada kerja ke?” Ikmal memerli  dengan muka serius.

Sabrina, Ainin dan Aqilah terkocoh-kocoh pergi dari situ selepas mengucapkan maaf kepada Ikmal. Ikmal sekadar menggelengkan kepala melihat gelagat mereka. Pantang betul nampak lelaki kacak!


HOTEL INSPRING, CAWANGAN KUALA LUMPUR – 12.30 P.M.

“TUAN MUDA DAH SAMPAI!”

Jeritan itu membuatkan semua staf yang berada di ruang lobi berlari ke tempat kerja mereka semula. Tetamu yang berada di situ turut terkejut dengan jeritan tersebut. Namun, selepas beberapa saat staf yang sedang bergurau senda dan berborak antara satu sama lain lesap menghilangkan diri ke tempat kerja masing-masing.

Kereta Honda CRV berwarna putih berhenti di hadapan lobi Hotel Inspring. Khaliq keluar dari kereta dan menyerahkan kunci kereta kepada staf yang bertugas menyambut tetamu. Setelah itu dia diiring oleh pegawai-pegawai atasan sepanjang berjalan menuju ke lif.

“Selamat tengah hari, Tuan Muda.” 

Itulah ayat yang diucapkan oleh semua staf apabila Khaliq berjalan melalui mereka.

“Tuan Muda, Tuan dah tunggu dekat atas. Ada perkara nak dibincangkan.” Zack, selaku setiausaha kepada Khaliq bersuara tenang.

“Ye, saya dah dapat mesej tadi.” Jawab Khaliq lalu masuk ke dalam lif bersama-sama setiausahanya. Zack menganggukkan kepala lalu menekan butang lif nombor 12.

“Habislah kita! Habislah!!! Kita cari designer baru, Tuan mengamuk!” Sebaik saja pintu lif tertutup, Zack menjerit seperti orang gila, tangannya pula memegang tangan Khaliq lalu digocang-goncangkan sekuat hati. Bukan lagi Zack yang tenang seperti tadi, perangainya terus bertukar!

“Woi, rileks la! Dia bukan makan kita pun!” Khaliq menyentak tangannya daripada pegangan Zack dengan kerutan di dahi. Itulah perangai setiausahanya! Bila depan orang, fuh, berlakon tenang memang meletup! Bila depan majikannya, terus keluar perangai gilanya itu. Langsung tak boleh nak dikawal!

“Tapi masalahnya dia nak detail tentang designer dan apa sebab Tuan!!!” Zack menjerit sekali lagi.

“Ei kau ni kan! Aku sepak jugak kang!” Khaliq mengangkat kaki seakan-akan hendak menendang Zack. Terdiam jugalah setiausahanya itu sekejap. Namun, tidak lama selepas itu dia kembali resah.

“Macam mana ni Tuan?” Zack membuat muka sedih.

“Hish, jauhlah! Bising je kerja kau ni!” Tubuh Zack ditolak ke tepi dengan kasar lalu Khaliq keluar dari lif selepas pintu lif terbuka. Blazer di tubuhnya dibetul-betulkan beberapa kali sebelum memulas tombol untuk masuk ke dalam bilik pejabatnya.

Suasana suram dan sepi terlayar di matanya sebaik saja pintu dibuka. Tan Sri Azhar yang sedang duduk di kerusi kerja dengan muka yang ketat dan serius, dipandang tanpa senyuman. Blazer ditubuh ditanggalkan lalu disangkut di kayu pengampai.

“Tuan, what’s the matter?” Tanya Khaliq sambil berjalan tenang ke arah bapaknya.

What’s the matter?” Tan Sri Azhar mengajuk cakap Khaliq lalu tersenyum sinis.

“Saya ada kerja nak buat, Tuan ada apa nak cakap dengan saya?” Seperti biasa, kata-kata Khaliq dan wajahnya pasti dingin. Tiada nada mesra langsung!

“Ceh!” Tan Sri Azhar segera bangun dari kerusi tersebut dan berjalan menuju ke arah Khaliq. Bahu Khaliq dipeluk erat. “Cerita dekat bapak, apesal cari designer baru? Designer yang bapak sediakan tu tak cukup bagus ke?” Tan Sri Azhar berbisik perlahan di telinga Khaliq.

Khaliq tergelak perlahan lalu ditepuk-tepuk tangan bapaknya dibahu. “Bukan sebab tu lah bapak. Designer tu memang dah lama kawan Khaliq suggestkan. Diaorang cakap kerja dia tiptop. That’s why Khaliq nak cuba. Bapak janganlah risau. Apa-apa jadi, Khaliq yang akan bertanggungjawab.” Khaliq menepuk dadanya berkali-kali.

“Okeylah, kalau Khaliq cakap macam tu. Pastikan itu adalah tanggungjawab Khaliq! Jangan ingat bapak bagi green light sekali, Khaliq akan lepas lagi.” Tan Sri Azhar melepaskan pelukan di bahu anaknya itu lalu menepuk kuat belakang Khaliq sehingga tubuh anaknya itu tergerak ke hadapan. Terasa luruh jantung Khaliq apabila dibuat begitu. Namun, bibirnya terpaksa mengukir senyuman kelat untuk mengambil hati bapaknya.

“Okey pak! Janji!” Khaliq mengangkat tangan seperti orang berikrar.

Good! Dahlah, bapak pergi dulu. Take care of this company. Very well!” Tan Sri Azhar tergelak kuat sebelum keluar dari bilik pejabat tersebut.

Khaliq menghembus nafas lega apabila pintu tertutup rapat. Peluh di dahi segera dikesat dan tubuhnya dihempas di atas kerusi kerjanya.

“Fuhhhh selamat!” Khaliq bersandar di kerusi kerjanya sambil menutup mata. 

“Tuan, cane? Cane? Cane?” Masuk saja Zack, suaranya riuh menggempar bilik tersebut. Khaliq pula masih tenang menutup mata dan bersandar di kerusi kerjanya.

“Tuan!” Zack menjerit kuat apabila melihat tiada respon daripada majikannya itu.

“Rombak balik schedule esok. Aku nak jumpa designer tu.” Arah Khaliq tegas. Zack menganggukkan kepalanya lalu menulis segala arahan majikannya itu di dalam buku laporan yang sentiasa berada ditangannya.

Khaliq bangun dari kerusi kerjanya dan menuju ke arah tepi tingkap. Matanya tajam memerhatikan sekitar Kuala Lumpur yang semakin pesat dengan bangunan-bangunan mencakar langit. Seketika kemudian matanya terhenti di sebuah bangunan tinggi yang masih dalam proses untuk disiapkan.

“Zack! Kau nampak tak tu?” Khaliq menjerit memanggil setiausahanya. Zack segera berdiri di sebelah Khaliq dan memandang ke arah tempat yang ditunjuk oleh Khaliq.

“Hotel ke tu?!” Khaliq kelihatan cemas. Teleskop yang terletak di tepi biliknya dicapai lalu diletakkan di hadapan tingkap. Dia segera menggunakan teleskop itu untuk melihat bangunan tinggi itu dengan lebih jelas.

“Tu World Hotel, tuan. Takkan tuan tak perasan selama ni?” Zack menggaru kepalanya sambil memerhatikan tingkah laku Khaliq yang kelihatan sungguh cemas.

What?! Kenapa kau tak cakap awal-awal?! Dah tinggi macam tu baru kau nak bagi tahu aku?!” Khaliq menjerit geram. Mahu saja tangannya meluku kepala Zack itu!

“Kenapa pula tuan? Ada masalah ke?”

Khaliq makin berapi mendengar pertanyaan Zack. Dia mencekak pinggang sambil menghembus nafas berat.

“Kalau hotel tu ada dekat situ, maksudnya dia akan bagi persaingan sengit kepada hotel kita. Tahlah dekat sangat tu! Huish, tak boleh jadi ni! Zack, aku nak report pasal hotel baru tu. Cepat! Pergi!” Khaliq seperti komander menyuruh anak buahnya menjalankan tugas. Dengan mukanya yang serius, suaranya yang tegas dan lantang itu membuatkan sesiapa saja yang mendengar arahannya akan berasa kecut perut! Zack segera keluar dari bilik tersebut dengan langkah tergesa-gesa.

Khaliq mengetap giginya sambil memerhati bangunan yang semakin dibina tinggi itu. “World Hotel konon! Kampung Hotel!” Omel Khaliq dengan muka mencuka.


Old things | New things