3 Cinta - 1
Friday, 2 October 2015 | 21:50 | 2 Komen Penguat
BAB 1
TIGA nama, tiga perwatakan berbeza, tiga muka yang berbeza. Tetapi! Kekacakan, kekayaan, keluarga, semuanya sama malah berada dalam tahap maksimum!
Khaliq Hakim, berpersonaliti
seperti maksud namanya juga. Kreatif dan bijaksana. Dialah tonggak utama
keluarga memandangkan dia anak sulung dan dihormati serta disayangi oleh
adik-beradiknya yang lain. Sangat rajin bekerja. Sering diminati kerana fizikal
dan mentalnya yang menarik. Berkarisma. Kacak. Tinggi. Kemas. Sangat sempurna!
Bekerja sebagai CEO syarikat keluarga, menggantikan bapaknya.
Khalil Habib, turut berpersonaliti
seperti namanya juga. Sahabat yang penyayang. Dialah orang yang sering menjadi
penasihat kepada adik-adiknya jika berlaku perselisihan faham. Selalu
menghabiskan masanya dengan kawan-kawan. Jika ada sambutan, dialah orang
pertama memberi ucapan dan hadiah! Sungguh penyayang dan bibirnya selalu
mengukir senyuman indah! Kacak. Tinggi. Baik. Merendah diri. Kemas. Utamakan
orang lain! Bekerja sebagai pelukis antarabangsa.
Khalish Haiyan. Keikhlasan yang
hidup. Tetapi, sebelum dia memberi bantuan, perkataan yang keluar daripada
mulutnya seperti pisau menghiris di kalbu. Sedikit sombong dan pentingkan diri,
tetapi sentiasa ikhlas membantu orang yang memerlukan terutamanya orang yang lebih
berusia daripadanya. Sentiasa menghormati orang lain dan sangat menyayangi
orang yang dianggap istimewa. Kacak. Tinggi. Kemas. Muka berlagak. Hati baik!
Bekerja sebagai model terkenal sepenuh masa.
“Alright! Pose lain, please!”
Khaliq, Khalil dan Khalish mengubah
posisi mereka. Pancaran flash kamera sekali lagi memancar.
“Okay, nice!”
Sesudah itu, Khaliq terus bergerak
ke arah tepi studio. Wajahnya kelihatan sedikit tidak gemar dengan situasi itu.
Demi adiknya terpaksalah dia datang ke sini untuk mengambil gambar bagi menjadi
model di muka hadapan majalah.
“Liq, thanks.” Khalish menepuk
sekali bahu Khaliq lalu duduk di hadapan abangnya itu.
“Hmm…” Khaliq mengangkat muka
sedikit dan menganggukkan kepala. Dia malas hendak bercakap banyak. Penat.
Patutlah apabila Khalish balik saja ke rumah, pasti kepenatan dan terus
tertidur di ruang tamu tanpa membersihkan diri. Itulah kerjanya juga, bangunkan
adiknya itu. Kalau tak mahu bangun, dialah terpaksa memapah adiknya itu masuk
ke bilik.
“Lil, thanks tau!” Khalish menjerit
ke arah Khalil yang sedang melihat gambar-gambar mereka di komputer.
“Alright! Sama-sama!” Khalil
mengangkat ibu jarinya sambil tersenyum kacak.
“Kau lepas ni ada apa lagi?” Khaliq
bertanya seraya mengambil air mineral disebelahnya. Dijeling adik bongsunya itu
sekejap.
“Tak ada apa-apa lagi. Hari ni
schedule aku ni je.” Jawab Khalish selamba sambil tersengih. Sengih? Hmm, depan
adik-beradiknya saja! Susah juga hendak melihat si Khalish ini tersenyum
mahupun tergelak! Kalau ada pun, orang itu pasti istimewa buatnya.
“Bagus. Bayar hutang kau. Ikut aku
pergi Johor malam ni. Ada meeting esok pagi.” Kata Khaliq selamba. Terus
berubah wajah Khalish seratus peratus!
“Ah, tak nak aku! Kau pergilah.
Ajak si Khalil tu hah!” Khalish terus berdiri hendak pergi dari situ. Kalau dia
asyik berhadapan dengan abangnya, itulah yang sering dibangkitkan! Tak
habis-habis nak tarik dia masuk bidang perniagaan! Balik-balik kena ikut
telunjuk! Huh, bosan!
“Oh… Tak nak ikut? Alright!” Khaliq
mengangkat kening sambil tersenyum. “I will make sure your Lambo, Pera and
Poshe akan dijual!” Dengan tegas Khaliq bersuara.
Terus terhenti langkah Khalish!
Mukanya berkerut, dia menggigit bibir bawahnya. Dia tahu, kereta-kereta itu
semua hadiah daripada abangnya itu. Dah jadi kesayangan dah pun! Haish, siapa
tak sayang kereta mahal?! Lambo, Lamboghini. Pera, Ferrari. Poshe, Porsche.
Argh! Kejam betullah Khaliq ni!
“Siapkan diri. Malam ni after aku
balik dari office, kita terus gerak.” Selepas berkata begitu, Khaliq terus
berlalu dari situ dengan senyuman lebar di bibirnya.
“Ish!” Khalish mengetap kuat
giginya dengan kening berkerut sambil memandang ke arah Khaliq yang sedang
menuju ke arah bilik persalinan. Main ugut-ugut pula dia! Bossy sungguh!
“Bro! Aku laparlah. Kau ada makanan
tak?” Khalil menyergah Khalish dengan muka yang ceria.
“Hish, tak habis-habis makanan! Kau
nak makan pergilah beli sendiri! Hishhhh!” Muka Khalish memerah, semua
dihamburkan kemarahannya kepada Khalil. Terpinga-pinga Khalil mendengar
bentakkan Khalish.
“Woi, kau pehal?” Khalil bertanya
dengan riak serba salah. “Aku ada buat salah ke? Tadi gambar tu lawa je.”
Khalil mengerutkan keningnya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
RUMAH banglo
moden tiga tingkat yang terletak di tanah lot berukuran setengah ekar itu
ditujunya. Selepas pintu pagar dibuka, kereta Lambogininya diparkir di garaj
yang memuatkan lapan biji kereta di situ. Rumah ini dibina pun disebabkan
kerenah lelaki seorang ini! Konon nak berdikari tiga adik-beradik! Alih-alih
dia yang paling manja, kereta pun ada tiga dan mahal-mahal! Abang sulungnya pun
memakai dua kereta sahaja, dan bukan kereta mahal-mahal sepertinya. Abang
keduanya itu pun begitu! Selamba saja pakai Perodua Viva dan Myvi. Sangat
rendah diri!
Kod pintu rumah ditekan malas,
seketika kemudian pintu terbuka dari dalam. Dengan langkah longlai dia masuk ke
dalam rumah dan suis lampu ditekan semuanya serentak. Matanya hanya ternampak
sofa putih yang empuk dan indah.
“Khalish! Anak mama dah balik
rupanya!”
Terhenti langkah Khalish di hadapan
sofa tersebut. Terus hilang kantuk yang beraja tadi! Dia segera memusingkan
tubuhnya dan memandang ke arah mamanya yang sedang tersenyum simpul melihat ke
arahnya. Tudung bawal yang dihias cantik di kepala mamanya itu dapat memberi
penjelasan kepadanya bahawa mamanya baru sahaja datang ke rumah.
“Mama!” Khalish terus berlari
memeluk mamanya.
“How are you, sayang?”
Khalish menganggukkan kepalanya
sambil tersenyum.
“Ma, I miss you so so so much!”
Puan Sri Shuhaida tersenyum
mendengar kata-kata indah anak bongsunya itu. Sudah besar, masih lagi merengek
seperti budak kecil!
KERETA Honda CRV
milik Khaliq sudah selamat diparkir di garaj. Matanya tidak lepas memandang ke
arah kereta Toyota Camry di hadapan rumah dengan pandangan yang tajam.
Perlahan-lahan Khaliq melangkah masuk ke dalam rumah sambil membuka butang
blazernya.
“Ma! Sedapnya! Kalau hari-hari
dapat makan masakan mama ni confirm Lish terus gemuk! Sedap berkrim!” Suara
Khalish bergema di dalam rumah agam tersebut. Gelaknya yang berdekah-dekah
turut menggamit perasaan Khaliq. Tanpa berlengah lagi, Khaliq terus ke bilik
makan untuk melihat keadaan di sana.
“Aip, Lish kenalah jaga badan. Dah
jadi model international!” Puan Sri Shuhaida tersenyum manis.
Khaliq berdiri di hadapan pintu
sambil mencekak pinggang. Haruman lauk ketam masak lemak cili padi di atas meja
membuatkan perutnya berasa sedikit berkeroncong. Tambahan pula, memang dari
tengah hari dia tidak menjamah sedikitpun makanan. Selepas photoshoot tadi, dia
terus pergi mesyuarat dengan syarikat hiasan dalaman.
“Wei, makan! Sedap gila!” Khalish
yang baru saja ternampak Khaliq merenung tajam ke arahnya, mengajak terus
abangnya itu menyertainya sekali. Puan Sri Shuhaida turut memandang ke arah
Khaliq yang tidak sedikitpun memandang ke arahnya.
“Siap cepat! Kita pergi Johor.”
Ujar Khaliq tegas sebelum melangkah pergi dari situ tanpa senyuman mahupun
kata-kata indah daripada mulutnya.
Terhenti tangan Khalish daripada
terus menyuap nasi ke dalam mulut. Suara tegas dan serius milik Khaliq tadi
serba sedikit mematikan seleranya walaupun tahap masakan mamanya itu berada di
tahap yang cemerlang sekali. Wajah muram mamanya dipandang sekilas.
“Ermm… Ma, Lish kena bersiap pergi
Johor dengan abang. Lish dah janji nak tolong dia.” Khalish berkata perlahan.
Makanan yang bersisa di dalam pinggan terus disumbat ke dalam mulut hingga
licin.
“Iyelah. Lish pergilah bersiap.
Mama kemaskan ni dulu.” Ujar Puan Sri Shuhaida sambil tersenyum kelat.
“KAU ni tak fikir
ke perasaan mama?! Dia dah mengandungkan kita sembilan bulan lebih, jaga kita
sejak dari kecik tapak tangan lagi, bila dah besar kau nak melawan dia pula?!
Kau manusia jenis apa ni?! Ibu sendiri pun tak tahu nak berbudi!” Khalish
membentak kuat di sebelah Khaliq.
“Wowowo! Sabarlah weh. Benda boleh
bawa bincang!” Khalil yang duduk di tempat duduk belakang segera menyampuk
apabila mendengar suara adiknya itu meninggi. Bukan dia tidak tahu perangai
Khaliq, pantang sungguh kesabarannya dijolok-jolok! Nanti tak fasal-fasal ada
je kena jalan kaki balik rumah semula.
“Baik kau diam, Khalish! Aku tak
ungkit fasal kau dah cukup baik!” Khaliq bersuara keras, matanya tajam melihat
jalan di hadapan.
“Alah kau! Tunjuk bagus pulak!”
Khalish mencebik.
“Kau pahal, Lish?! Kau gaduh dengan
bapak tak ada pulak aku masuk campur! Sekarang nak bangkit-bangkit fasal jaga
dari kecil segala! Eh, bapak pun jaga kita sejak kecil, sejak besar tapak
tangan ni! Cheh, anak mithali konon! Sampah!” Khaliq tersenyum sinis.
Kini mulut Khalish sudah terkunci
rapat. Kata-kata abang sulungnya itu membuatkan mulutnya terdiam seribu bahasa.
Fikirannya pun sudah lambat untuk mencernakan ayat. Memang benarlah, abangnya
ini jarang sekali hendak bersuara. Kalau sekali bersuara, memang berdengung
kepala! Langsung tak boleh nak menjawab!
“Bro, rileks la! Benda boleh
bincang. Tak payahlah macam ni. Kita kan best friend. Tak yah lah gaduh-gaduh.”
Khalil mengurut bahu Khaliq dan Khalish dengan tangan kiri dan kanannya.
“Lil, baik kau duduk belakang
diam-diam. Kang ada jugak kena balik rumah jalan kaki ni!” Khaliq bersuara
tegas sambil memandang tajam jalan di hadapan.
“Okey, okey. Rilek!” Khalil
mengangkat tangan lalu bersandar di tempat duduk belakang. Huh, susah betullah
kalau adik-beradik suka bergaduh ni! Dia yang serba salah jadinya.
Laman Twitter yang terpapar pada
telefon bimbitnya dipandang tanpa bersuara. Tiba-tiba bibirnya mengukir
senyuman. Khalil segera meletakkan dagunya di tempat duduk Khaliq, di bahagian
pemandu.
“Liq, awek kau dah balik.” Bisik
Khalil perlahan sambil tersenyum.
“Awek mana ni? Aku mana ada awek!”
Khaliq membalas kuat. Geram hatinya apabila dituduh begitu.
“Alah kau ni… Takkan tak ingat
Maisara? Dia baru twit, dia cakap dia dah sampai Malaysia.”
Khaliq mendiamkan diri apabila
mendengar berita itu. Matanya masih terarah ke hadapan, memandang jalan raya.
“Woi, dah putuslah.” Khalish
menyampuk.
“Aku taulah! Hehehe.” Khalil
tersengih lalu tersandar semula di tempat duduk belakang. “Dia bertambah cantik
bila balik luar negara ni. Nak tengok gambar dia?”
Tiada jawapan untuk soalan Khalil.
“Fuh… Kawan-kawan dia semua cantik-cantik!
Lish, kau tengok ni. Confirm taste kau!” Khalil memberi telefon bimbitnya
kepada Khalish yang sudah berminat hendak melihat gambar tersebut.
Namun, baru saja tangan Khalish
mencapai telefon bimbit Khalil, Khaliq pantas mengambil telefon tersebut.
Tingkap terus dibuka dan telefon bimbit tersebut dicampak keluar kereta yang
masih laju membelah jalan raya.
Khalil melopong melihat telefon
bimbitnya dicampak ke luar tanpa izinnya terlebih dahulu. Khalish pula tergamam
melihat telefon bimbit Khalil dibuat seperti itu! Seperti sesaat kejadian itu berlaku!
“Woiiii!!! HTC akuuuu!!!! Baru
sehari keluar dari kilanglah, sial! Asal kau buang?!!! Arghhh!!!!” Khalil
menjerit seperti orang terkena histeria. Kepalanya dipegang lalu terbaring di
tempat duduk belakang. Hilang separuh nyawanya!
“Aku pernah cakap, babit fasal
perempuan tu, kau akan tahu nasib kau macam mana kan! Aku dah pernah cakap! Itulah
salah satu akibat yang aku akan buat!” Khaliq mengetap giginya. Perasaan geram
tadi terus menjalar di segenap tubuhnya. Perasaan benci lagilah!
Menjulang-julang!
Khalish di sebelah sudah menikus.
Khalil di tempat belakang masih lagi stress dengan telefon bimbitnya sudah
dibuang. Akhirnya perjalanan ke Johor malam itu menjadi salah satu sejarah
dalam hidup mereka. Tiada gelak tawa. Tiada usik-mengusik. Apa yang ada,
hanyalah kemarahan, kemurungan, kesedihan dan kesepian.